MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Monday, September 20, 2010

CIKGU BERSOPING UNTUK POSTING. hahaha..

Huh..tinggal 6 hari je lagi sebelum aku kena berpindah ke Labuan nun. Sedih kot.. Sejak 26 tahun yang lepas mana pernah aku pindah keluar dari Ampang Bandar Bunga Tanjung ni. Tak pernah..nehi nehi sapna. Kecuali tinggal di asrama sementara nak menuntut ilmu di menara gading mahupun menara takde gading. Itu saja. Abis jauh pun nuuuuunnnn kat Kolej Matrikulasi Arau nun. Itu pun setahun jek. Pastu kena halau sekejap ke Segamat nuuunnnn..itu pun 4 tahun jek. Tolak balik-balik KL setiap minggu dan cuti semester..mungkin tinggal dua tahun je aku kat Segamat nun.


Tapi kali ni??


Labuan weiii...jauhhh nun kat tengah Laut China Selatan nun. Berapa lama kat sana pun tak dapat dipastikan lagi. Jangan menetap sana sampai pencen sudahlah..makin dalam pulak Laut China Selatan tu kang sebab penuh dengan air mata aku. Hahaha.

Walau apapun, tugas tetap tugas. Aku dah pernah sign perjanjian...dan dalam perjanjian tu aku dah janji.."saya yang menurut perintah". Maka ke mana pun aku kena campak mengajar, aku kena pergi jugak. Sebab?? Sebab aku yang menurut perintah. Huhu.


Jadi bila nak berpindah jauh-jauh gini maka banyaklah persiapan nak kena buat. Itu nak kena beli. ini nak kena bawak, itu penting, ini penting, pendek kata rumitlah. Jenuh. Nak kena teliti betul-betul...yelah kalaulah ada satu benda pun tertinggal, bukan senang nak patah-patah balik nak u-turn u-turn gitu jek. Ni jauh ni dik non oii.


Jadi harus teliti lagi berhati-hati.


Errr panjang nau intro entri aku kali ni. Padahal bukan itu yang aku nak story sebenarnya. Sebenarnya aku nak tunjuk kat korang apa yang aku beli kat Mydin USJ Semalam. Hehehe....


Nak tengok tak?? Hehehe..


Selaku isteri yang sentiasa memikirkan kebajikan sang suami melebihi kebajikan anak murid..maka aku telah menyambar ini.



Hehehehe...

Periuk nasi comel. Kecik sajork. Cukuplah buat masak nasik untuk dua orang. Hehe..Harga?? Murah..aku tak mampu nak beli periuk nasik cecanggih. Tengok lah..standard 20 tahun lepas jugak yang aku rembat.haha.


Lagi...





Tadaa..

Tengok gambar kat kotak je lah ek. Aku malas nak keluarkan periuknya, kang tak reti nak susun balik dalam kotak. Huhu.

Periuk 7 pcs ini sangat berbaloi sebab harganya cuma rm29.90 sajork. Kalau pening-pening pikir adiah apa nak bagi kat kengkawan yang nak kawin tak lama lagi ni, hmmm majulah ke Mydin USJ. Berbaloi-baloi..hehe.



Ada lagi..



Ngeh ngeh ngeh..


Pinggan mangkuk sudip senduk segala pun haruslah diborong sama. Nanti takkan kat sana nak makan atas tapak tangan kot? Hehe..

Kat Mydin nun banyak pinggan mangkuk melamin dengan design-design yang cantik lagi vouge da vasss. Tinggal ada duit ke takde je lah nak beli. Ater kalau dah pinggan saja 6 hengget sebijik, kalau nak beli berbijik-bijik berapa hengget pulak nak dilabur ke tokey Mydin tu ye tak? Jadi amik sajalah pinggan yang murah. Sebijik singgit setengah. Jimat. Pinggan jugak kan? Hehehe.


Eh ada lagi la..




Hoh jangan gelak.


Ini adalah barang-barang yang tiada dalam senarai tapi disuruh beli oleh emak. Kata beliau..


"amik je mana yang nampak, nanti sampai Labuan nun kelam kabut nak beli-beli lagi".


See? See?

Amik je mana yang nampak.


Tu yang aku kaut abis segala penggosok pinggan mangkuk, axion, pengepit baju bagai aku hangkut bawak masuk troli. Hahaha..

Yang penting semua tu ada gunanya. Pasti takkan di sia-siakan.

Cukuplah itu je aku beli dulu kat sini. Yang belen-belen lain tu nanti aku seret incik suami ke Giant Labuan, sambung soping kat sana pulak. Kalau ikutkan banyak lagi benda nak kena beli. Tapi nanti lah. Bawak-bawak betenang. Barang-barang yang baru beli ni pun dah penuh satu beg. Kain baju aku nak sumbat mana entahlah.




Kau beli barang berlambak-lambak seumpama nak meniaga direst selling ni...dah ada ke rumah nak duduk kat Labuan nanti???










Belum ada.



Hahaha.

13 comments:

  1. "saya yang menurut perintah"

    "arahan dari semasa ke semasa"


    haaa ni dua ayat lazim utk penjawat awam...

    mak aih borong sakan yer wan..

    takpe2 tempat baru suma nk kena beli persediaan kn...

    ReplyDelete
  2. kelakar tau 3 ayat terakhir tu! ahahahha. takpa. berangan ittew indah!

    ReplyDelete
  3. Eh sis, DPLI juga ke? sebab nora pun posting dalam 6 hari lg. nora dapat n9. Ada sorang kawan nora pun dapat labuan. dia dapat teknik. selamat berposting ye. =)

    ReplyDelete
  4. Cik Fiza...borongan ni kira dah berpada-pada dah ni..kalau nak sakan..uiii...kena amik luggage 50kg pun blom tentu cukup.haha


    Xora..apa nak buat..kami laki bini baru belajar, rumah pun takde lg.uhuk uhuk..Btw..selamat utk kamu ya Xora!


    Nora..yup..DPLI jgk..ohh kamu pun sama ek? Tahniah la jgk. Besfren saya pun dpt nogori jugak, entahnya sama sek dgn kamu nnt.hehe..


    Selamat berposting utk kita dua!=)

    ReplyDelete
  5. hepi teaching!nnt bw lik kristal ek!

    ReplyDelete
  6. jauhnya...eh,nanti leh dok bsame hubby la ek?*jeles

    ReplyDelete
  7. Tahniah dpt posting dkt dgn hsbnd..sronok kn dpt tggl b'same dgn org yg t'syg..nway slamat m'jalankan tugas d'tempat baru!

    ReplyDelete
  8. bila berangkatnya..?
    take care duk sana..

    ReplyDelete
  9. wahhh.welcome to the club.selamat mendidik ank bangsa cikgu

    ReplyDelete
  10. Faratul, Farah, Farhana (aik, nama uolls dekat nak sama.hehe), Thalhazlin, Nanie Eka...


    Thanks for the wishes! Harap2 semuanya berjalan lancar nnt.hehe..

    Oh ya..saya berangkat ke sana 26hb ni. Lepas ni blog ini akan bersiaran dari seberang laut sana.huhu..

    ReplyDelete
  11. dh survey tmpt di labuan.. takut mati terkejut nnti.:) my father lect kat matrik labuan.... bawk banyak2 skit brg.. nnti kekeringan die sana..bikin kurus..siyes!! :)btw.. ape name skolah cikgu bakal posting??

    ReplyDelete
  12. Hai Cik Sweety..oh ayah kamu lect di matrik ya? Bestnya...BTW thanks for the tips.kalo ikut hati mmg nak hangkut segala brg dari semenanjung nu. Mak siap suruh bawak kuih raya, nasik impit segera, kuah kcg segera bagai..haha..

    Harap2 idup kat sana nnt okey la hendaknya. Sekolah?? Hmm tatau lagi..Isnin nanti saya announce my school dalam belog ini okey?

    =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...