MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Thursday, September 16, 2010

MENANGIS DI RUMAH MENTUA

Dia dah amik tempat di birai katil. Aku pulak dah elok duduk bersimpuh atas lantai. Mata bertentang mata.

Lama.

Dia senyum.

*eh eh main sengih-sengih pulak. Aku ni dah la tengah pening nak susun ayat ni.ishh*

Aku senyum balik.

Aku pegang tangan dia.

Erat.

*tak boleh jadi ni, kena mula sekarang jugak ni*


Aku: Abang...kite nak ucap selamat hari raya aidilfitri. Kite pun nak mintak maaf banyak-banyak kat abang. Kite tau kite ada buat banyakkkk salah kat abang..

*ohhh air mata dah keluar dah...dah keluar dahh..Demm!*


Aku lagi:
*dengan sedu sedannya* Abangg..maafkanlah kite..



*ceh, memang nak nangis dah time ni. Tak boleh kaber lagi dah*


Gila betul raya tahun ni, Seingat aku, 26 tahun aku beraya tak de pernah aku menangis sedu-sedan sampai keluar air mata air hingus segala. Hati cekal jek time mintak ampun mintak maaf dengan keluarga *sebab lepas tu dapat duit raya. hehe*

Tapi tahun ni.....alahaiiiiii..Pecah rekod.


Aku pun tak tahu camne boleh ter touching lebey pulak time tu. Mungkin betul la aku ada banyak buat dosa dengan incik suami, sebab tu feeling syahdu jek. Haha.

Incik suami pulak dah jadi satu keje nak pujuk aku. Jenuh jugaklah beliau memujuk, siap lap-lap kan air mata, siap cium pipi kiri pipi kanan, usap-usap belakang segala. Sebijik macam orang nak pujuk budak kecik menangis. Nasib baik lokasi kejadian adalah di bilik tidur. Kalau di ruang tamu??? Adoiii....rasa nak pakai topeng Ben 10 sepanjang hari buat tutup muka sebenar. Haha.

Memang pengalaman sungguh.

Betul lah..beraya sebagai isteri memang berbeza. Perasaan yang tak sama.


Tak percaya??


Cubalah!

=)


Sekejap je nangesnya..selang 10 minit lepas tu kemain riang ria makan kuih raya berdua.haha

5 comments:

  1. huh..sy tak de lak feel mcm tu..blh salam sambil gelak2..hehehehe

    best kan raya sebagai seorg isteri..:)

    ReplyDelete
  2. igt kan nages kenapa...kagum la melihat org nanges time minta ampun.saya suka main2...maybe cahaya keinsafan belum tiba lg kot

    ReplyDelete
  3. hihihi..saya pon gelak2 je bila time salam..huhuhu, mungkin kite ni kes sama la eka..

    ReplyDelete
  4. syahdu nye kak!uwaa..nak tawen jugak.=p

    ReplyDelete
  5. wah.. Begitu ke rasanya beraya sbg isteri... Sy mmg tiap2 thn kalo minta ampun mesti laa nangis...hoho sy mmg kuat nangis pn huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...