MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Sunday, September 5, 2010

SIAPA NAMPAK AKU BERGADUH KAT KLCC TADI?

Hari ni mood bercinta.

Eh silap, mood BENCInta.

Pasai apa?

Pasai hari ni berpeluang keluar dentink ke KLCC dgn buah hati. Dah lama woo tak jenjalan berdua ke KLCC *padahal takde apa pun yang best situ*. Tapi sebabkan KLCC tu dah ibarat tugu cinta aku dan dia *perghh...ada tugu siap*, maka bila pegi KLCC berdua memang la sorga!


Lomantik gitu bila dentink dengan suami sendiri. Haha.


Start mood cinta.


Kami pegi nonton citer Step Up 3D.


Uiiii...memang best movie ni. Aku yang first time tengok movie 3D ni memang la sangat jakun. Sampai nak pakai spek mata 3D tu pun aku amik masa 10 minit. Haha. Memang susah sikit untuk specky pakai spek mata 3D tu. Asik melurut jatuh jek. Kang kalau aku bukak spek mata sendiri kang rabun pulak. Maka redha je la buang masa berlama-lama hanya untuk kukuhkan duduk letak spek mata 3D aje.


Tapi movie memang meletops! *eh dah macam nama contest Azlina pulak*. Sila pergi tengok. Smart gila mereka menari. Kepala ke bawah, kaki ke atas, tertonggeng terbalik terpusing segala la, tapi sangat sharp dan smart. Terpegun. Rasa macam nak bagi standing ovation *btol ke frasa?* jek.


Okey, seronok sampai situ aje. Mood cinta abis dah.


Lepas tu start mood benci bila incik suami keluarkan kata-kata ini..



" Ayang balik la rumah dulu ye, abang nak jumpa kawan abang jap..ada hal sikit. Abang nak ke Banting *kem tudm Jugra* malam ni..mungkin tido sana."


Perrghhhh!!!!


Tak sampai 24 jam nengok muka aku, dah nak lari cari kawan-kawan lama kat Banting nun dah??


Uishh! Makan ati beb!


Memang perang jugak la aku kejap tadi. Siapa-siapa yang ada kat Taman KLCC and bas stand KLCC mungkin boleh lihat adegan yang tak mahu dilihat itu. Hohoho..


Aku bengang betol. Muka memang masam macam air sunquick tak taruk gula. Biarpun incik suami tetap temankan aku tunggu bas untuk balik rumah tapi aku buat tak pedulik je jasad dia kat situ. Bila bas U26 sampai je aku terus lompat naik bas. Tak toleh-toleh dah kat incik suami. Nak bersalam-salaman apatah lagi, memang nan ado bila mood dan marah gitu.


Tentiba rasa macam durhaka pulak. Huhu..


Tapi marah tetap marah. Air mata sikit lagi je nak nitis ni dalam bas..tapi kutahan Jebat. Sampai rumah terus tido. Padahal jam dah pukul 6.15 petang dah tu. Ahhh nak tido jugak. Aku stress ni. Ubatnya tido jek. Maka tidolah aku. Lagi 3 minit nak berbuka baru aku bangun. Hahaha.


Lepas dah berbuka *berbuka Pizza Hut kau arini*, kenyang...mood pun ada baik sikit.

Bak kata orang..gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Hehe..

Pastu terus roger-roger incik suami, konon nak berbaik lah kan? Tak baik marah-marah lelama. Itu kan suami i...hehe.


Tapi aku ni ada ego jugak ni. Tak mau mintak maaf lagi tu. Sampai sekarang aku tak mintak maaf lagi sebab bentak-bentak petang tadi.















Ke incik yang suami yang patot mintak maaf dari aku??


Ego lagi tuh! Huh!

9 comments:

  1. cian gler akak..lau sy pn sure majuk cm2..btw, still sweet...

    ReplyDelete
  2. haa....itu perangai en.bf masa awal2 percintaan (ayat...skema)..suka nye dia time dating2 pastu rushing nak balik sbb dah janji dgn kwn...hambek..amukan puaka meletus bersama2 ngilaian...
    oleh krn itu skrg dia dah INSAF tak buat lagi...cukup lah 3,4x..skrg dia dah tau pantang larang dlm etika ber dating

    ReplyDelete
  3. step up mmg sgt best, suka si robot tu! heee

    sabar ye sabar, faham perasaan kamu itu:)

    ReplyDelete
  4. huhu

    xpe, majuk siket dulu. klu kite wat camtu gak, tp x lama laa.. keesokkan paginyee dah melilau tanya kabar die hehe

    xpe, nanti si dia musti pujuk awak punye, hehe

    have a nice day cik hampir ke situ ;)

    ReplyDelete
  5. sama la en.fika..asal balik jer ipoh..x sah x cari kawan2..lelaki mmg macam tuh..huhu..

    ReplyDelete
  6. alolololo~~

    majuk yer.. majuk2 manja ek...

    alaa dh nk raya dh ni xmau majuk2 wan.. nnt muka cm sunquick tak comel...

    alaa x salah mengalah.. :)

    tapi maafkan bersyarat la.. suh dia open table ke ape ke bg menebus kegeraman anda..

    eh sy lak yg pandai2 ngajar hehehe

    ReplyDelete
  7. eh dear...suami yg patot mintak maaf...lgpun dia mmg x patot wat g2...x sampai 24 jam jumpa bini kan....dah la lama x jumpa...sian bini...<--------- nasihat org suka gadoh dgn laki...xnak ikot xpe...huuu

    ReplyDelete
  8. Wahh..ramai penyokong jugak ek perasaan merajuk bentak-bentak ni.hehe..

    Memang sakit ati sgt semalam..tp semuanya dah okey dah. Incik suami pujuk sikit-sikit maka cair lah..haha.


    Sape tak sayang laki oiiiii....

    =p

    ReplyDelete
  9. wann...tak baik...mintak maaf ajee laa....ha3
    nway, best laaa dh tgk stepup..elya nk tgkkkkkkkkkkkk

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...