MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Friday, February 24, 2012

Beli Bouncer Pulak Dah.

Bouncer atau rocker.

Penting ke?

Masa mengandung dulu, rocker atau bouncer bukanlah satu benda yang jadi keutamaan aku. Rasanya takde masuk dalam list barang baby pun sebab rasa macam alahhhh..takde pun tak pe.

Bila Aidi lahir...bila dah semakin kenal perangai anak...baru terasa bouncer atau rocker tu penting.

Sebab??


Aidi jenis suka tido berbuai-buai..berayun-ayun. Tapi aku cekal tak nak ajar anak tido dalam buaian. Entahlah..takde sebab spesifik. Cuma aku rasa macam leceh kalau anak dah biasa tido dalam buai nanti. Ke mana pun nak tido berbuai aje. Buatnya dalam shopping mall dia melalak nak tido dalam buai jugak camne? Itu takpe lagi..boleh kejar balik umah lagi. Kalau atas flight dia nak buai??? Tak ke adoyai tepuk dahi mamanya nanti. Muahaha! Sudahlah kami anak beranak ni nanti jenis selalu travel naik flight. Setahun mahu 4 6 kali jugak apa naik flight. Jadi tak payah lah ajar berbuai.

Setakat ni Aidi tido lena bila didodoi guna lengan atau tidokan dia atas dada atau atas bahu. Boleh je dia lena. Bila dah lena pejam mata tu baru aku letak atas katil dia. Lena lah dia kat situ.

Tapi bila ramai yang suggest aku beli rocker atau bouncer..hati mula tergerak nak beli jugak. Tapi benda alah tu bukan murah-murah benda sekarang ni. Yang jenis pakai besi and kain net biru or pink tu saja dah RM60 ke RM70 aku tengok kat Butik Anakku hari tu. Mak kata masa zaman aku kecik dulu regenya RM20 lebih jek. Huhu.





Mula ingat nak beli bila dah balik Labuan je nanti, senang..tak payaj nak berangkut banyak kali. Tapi entah..tentiba je hati nurani ni rasa nak beli sekarang jugak. Rasa macam comel pulak tengok bouncer-bouncer yang ada kat pasaran tu sampai rasa geraammmmm...nak beli nak beli nak beli jugak! Haha.


At first usha bouncer yang rege bawah RM150 je. Almaklumlah...bukan kaya. Huhu.


Jumpa.


Yang ni.


Berkenan sangat.






Jenama My Dear. *ada aku kesah jenama apa?*


Mostly letak harga dalam RM125 - RM 140.


Dah nak beli dah ni.


Tapi bila survey-survey lagi.


Jumpa ini.




Pergh!!

Fisher Price!!

Pastu confirm confirm pricenya pun kemain cantik lagi kan? *sambil kira-kira duit dalam bank*


Tapi bila timbang sukat timbang sukat tiga pat kali. Aku rasa lebih berbaloi beli yang Fisher Price ni.

Yang My Dear tu boleh guna masa baby je..sedangkan yang Fisher Price boleh guna sampai baby jadi toddler. Boleh guna sampai 4 tahun kalau badan anak tak serupa aku. Huhu.


Harga??

Market price biasanya RM359.

Tapi kebanyakan online store jual RM299. Ada aku jumpa jual RM260, tapi dia caj transpotation sampai RM30. So jadi RM290 jugak. Still murah..tapi aku tak dapat nak proceed payment kat store tu. Kenapa ntah.

Jadi sudahnya beli jugak Rocker Fisher Price pada harga MR299.


Hari Selasa baru deme deliver.


Ohh mama yang tak sabar nunggunya.

Haha!

9 comments:

  1. yong beli yg lebar dah rendah sikit.. x risau sgt kalaunk bouce dia

    ReplyDelete
  2. OOhhh...fisher price tu rocker idaman aku...aku mahu beli yang tu...!!! rocker tu aku suker sebab ley tahan lame..ley siap buat duduk agi..dapat gaji ni nak beli..;)

    ReplyDelete
  3. Farhana..btol3..yang fisher price ni rasanya boleh adjust ketinggian baring dia. Kalau baby kita adjust dia baring habis la..so tak tikt jgk tinggi sgt.

    Atau awak ada cdgn bouncer lain yang best? *adeh, tp dah beli yg ni.huhu*

    Aty..jom jom beli? Nak beli katne?on9 ke kedai?

    Jom jom jom!

    ReplyDelete
  4. umar pun sama..dia kan nak beriba je..dah la mak dia czer..bapak dia pulak dah balik sarawak..tension jugak la masa tu nak melayan dia..bila letak dalam buai,ok je dia..tapi sekarang dah balik peel asal nak beriba pulak..

    ReplyDelete
  5. sy pn plan nk beli bouncer utk arissa bila dh smpai ipoh nt. dia sgt lah suka kena riba. smpai mak ny tak berapa boleh nak buat apa. =_='

    ReplyDelete
  6. Oh..anak sy dah berbuai dah. Sebab yg jaga mak mertua so no choice sebab all his children masa kecik tido buai n also dah macam tradisi keluarga lak huhu.Cuma malam luckily dia boleh tido atas tilam n so far g shopping compleks takder masalah lg sbb boleh gak buai kat tgn. Tp mmg lenguh lah mak dia jd buaian bergerak. Tp advise sy better jgn ajar buai but mesti ada satu stuff kena bg untuk buat dia ralit. mcm puting ker..napkin ker. Sbb dah 5 anak buah hanya anak sy jer berbuai tp yang lain semua ada benda ralit sendiri.For u pulak jgn sesekali masukkan buaian. Ibu kena tegas n kuat. Mcm sy takder pilihan hehe. Oh..bouncer sgt membantu bila dah 3++. Lately ni letak dalam bouncer n bawak dekat dapur sgt membantu. Mula2 beli dia mcm tak nak ingat dah nak let go but luckily masa 3 bulan cuba2 dia ok lak. Itupun ada blogger yg cakap..So takper beli mahal. Berbaloi kelak insyaallah:p....

    ReplyDelete
  7. wah beli rocker tuk Aidi..mesti Aidi tido lena lam rocker tu..sama mcm Rayyan suke sgt duk lam tu..bila on vibrate lg la best kot..mlyn perasaan sampai tertido,bgs jgk awk survey hrga dpt y murah skit,sy beli harga 349 sbb xsaba..haha..

    ReplyDelete
  8. aaaaaaa nak jugak rocker fisher price tu. idaman hati!

    ReplyDelete
  9. saya nak beli baby bouncer jugak dekat mydear warehouse...tapi baby bouncer di warehouse ni mahal lah pulak..bila tgk kat lelong.com..harga lagi murah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...