MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Tuesday, February 21, 2012

VCD Pertama Aidi

Ya hampun...budak demok muntel ni sekarang dah pandai nak test vokal dah. Kalau meraung kemain pekik lagi. Lambat sikit bagi susu, mulalah...macam retis rakam lagu. Memekik!

Pastu Aidi ni hobi sebijik abah dia. Tengok TV.

Kau bagilah dia tengok cerita apa pun..layaannn aje. Citer melayu layan..citer omputeh layan..citer hindustan pun minat..citer tamil pun takde hal la. Semua pun boleh.

Bila tengok dia ni dah hobi sebijik abah dia, aku pun rasa elok jugak kalau aku belikan Aidi vcd yang untuk baby baby tu. Ada jugak pekdahnya Aidi tengok dari dia tengok cerita mengarut mengarut kat TV tu.

Pernah sekali tu kat tv tengah ada adegan pompuan pakai seksi seksi, terus aku kalih muka Aidi tak bagi Aidi tengok. Haha.

Tapi kalau tengok vcd ilmiah cenggini..mama seribu kali bagi kamu tengok anak oii..




Vcd Baby Einstein...nak harap anak sebijak Einstein ke kak jemah oiii!




Ralit nau.




Mama panggil "Aidi..Aidi..." pun beliau buat dono jek. Suka lettew!

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...