MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Saturday, February 11, 2012

Review Bedding And Feeding Set

Nak sambung entri review meview baby stuff ni. Ada yang nak baca lagi ke? Huhu..

Semalam setel dah bab pakaian baby. Arini sambung pulak bab lain yang mana sempat.

Mula dengan..


BEDDING SET:

Entri tentang bedding set ni aku pernah published dulu. Boleh cari kat entri-entri bawah label "Baby Stuff".

Playpen aku tak beli. Guna semual playpen anak buah aku yang sekian lama bersimpan je dalam almari.

Playpen brand Bumble Bee.




Playpen ni senang gila nak pasang. Aku pasang seekor diri je haritu. Masa tu tengah sarat pulak tu. Ala..setakat peluh-peluh jantan keluar sikit apa ada hal kan? Haha.


Untuk tilam Aidi, aku beli dua set. Dua-dua pun beli online

satu beli kat Kedai Mini Kelantan

Satu lagi beli kat Wanisa Shop.


Dua-dua pun aku guna. Gila tamak. Aku saja beli dua konon-konon satu nak jadikan tilam dalam playpen, satu lagi tilam mobile..jenis yang boleh aku hangkut ke sana ke mari. Alih-alih dua-dua pun aku jadikan tilam playpen jek. Lapik dua-dua tilam bagi tinggi and gebu. Nyenyak Aidi tido. Hehe.

Review??

Mula dengan tilam Kedai Mini Kelantan.




Tilam kekabu yang ni tebal sikit banding satu lagi. Memang dari awal aku jadikan tilam playpen jek sebab tak berapa sesua nak buat travel mattress. Tambah lagi berat. Jenuh nak angkat. Cumanya kat kedai ni diorang takdelah offer tilam dengan design kain yang kiut kiut fancy fancy sangat. Kain sedia ada jenis biasa biasa, kalau kita ada kain yang cantik nak buat sarung, boleh je hantar kat diorang. Diorang jahitkan. Tapi kes aku walaupun beli kain sendiri..tetaplah design biasa-biasa jugak. Kain murah jek. Uhul uhuk. So far aku tengok Aidi tido nyenyak je atas tilam tu. Kalau tak sedap tak tahulah..beratus jugak regenya mama beli nak oii.


Tilam Wanisa Shop

Sedikir nipis. Lebih kurang 2 -3 inci tebalnya. Tapi ringan. Paling best, design sarung tilam semua kiut miut. Suka!!






Tilam yang ni sesuai buat travel mattress sebab ringan. Boleh dilipat dua. Senang.

Tapi bila pikir-pikir balik aku rasa macam sebenarnya tak payahlah nak bertempah beria tilam sampai dua set. Kalau nak tempah pun satu cukup dah. Satu lagi tu beli je tilam biasa-biasa yang banyak jual kat kedai tu. Bukan apa..kadang rasa membazir pulak. RM400 terbang hanya untuk beli tilam?? Waa Weee!!! Junior juss!!



FEEDING SET:

Okeh, meh kita masuk bab botol botol susu pulak.

Masa mengandung memang dah set mind yang aku nak breastfeed Aidi. Memang sangat-sangat mahu. Jadi aku takde pikir sangat hal nak beli botol susu anak ke pacifier ke apa ke. Dalam kepala masa tu cuma aim nak beli breastpump jek. Tahu je la breastpump ni rege dia berapa kan? Berbulan sep duit tahu? Huhu.

Aku beli and guna breastpump Madela Swing. Beli secara pakej di Fabulous Mom. Harga RM799.



Dalam pakej ni ada:

1 set madela swing breastpump

6 biji storage bottle brand jingle jungle

1 beg breastpump and cooler bag (beg jenis 2 in 1)

3 keping ais pek

1 helai nursing bra jenama apa ntah aku lupa. Huhu.


So far aku memang selesa guna pam jenis ni. Suction tak menyakitkan. Bunyi pun tak bising. Kira kalau aku mengepam sebelah Aidi tengah tido pun takde hal lah.

Madela Swing pun jenis senang nak cuci. Part-part dia senang nak bukak and senang nak cuci. Tapi aku takdelah cuci setiap kali guna. Takut tak sempat kering untuk next pumping session. Aku cuci sekali sehari jek. Waktu lain aku lap je bersih-bersih dengan tisu.

Madela Swing juga kecik and ringan. Nak sumbat dalam hand beg pun boleh. Pastu boleh pakai bateri jugak. Kalau tentiba blackout ke atau ada kat mana-mana yang takde bekalan letrik pun still boleh pumping dengan syarat kau ada bateri. Haha.


Botol susu pulak aku beli brand The First Year.





Aku pilih botol susu ni bukan sebab aku rasa botol ni bagus ke apa. Aku beli sebab aku rasa botol ni murah. Beli 3 biji botol per set harga RM53.90. Okeylah tu.


Sekali bila dah guna..


Wow!!!

Bestlah botol ni.


Ceh, macam aku pulak yang menghisap botol tu kan? Miahaha!

Tapi memang..melalui pemerhatian aku pada Aidi aku tengok botol ni bagus. Walaupun design takdelah super duper kiut macam tommie tippie tapi aku suka.

Satu...puting botol ni ada dua lapis. Bukan dua lapis yang bercantum, tapi boleh separate untuk mudahkan dicuci. Kenapa ada dua lapis??

Ha..inilah bagusnya botol ni. Putingnya dua lapis untuk jadikan milk flow sama macam breast flow. Tak laju dan haluuussss je keluarnya. Jadi baby insyaallah takkan tersedak masa minum susu sebab susu mengalir sama macam breast flow.


Dua..putingnya ala-ala puting breast *yang normal lah. Bukan puting aku. Huhu*. Jadi kalau baby jenis yang directfeeding pun takde masalah nak guna botol sebab puting sama design.

Tiga...botol ni akan paksa baby menghisap, then baru susu akan keluar. Kalau baby tak hisap..susu takkan keluar dari puting. Andai kata baby tertido masa minum susu pun takdelah risau sangat sebab susu tak mengalir keluar masuk dalam mulut. Bahaya tau kalau susu masuk dalam mulut sedangkan baby dah tido. Itu yang boleh buat tersedak susu tu. Uiii..mintak simpang.


So far aku selesa dengan botol ni. Buat masa ni Aidi cuma ada 3 biji botol je. Maybe sebelum balik Labuan nanti aku akan beli lagi 3 biji kot. Banyak sikit botol pun takpe..Aidi kuat minum. Belum sempat basuh 1 botol ni, dia dah mintak susu lagi. Belum sempat kering botol yang dibasuh, dia merengek nak susu lagi. Aku rasa berus botol and sinki tu dah naik muak tengok muka aku asik membasuh botol jek. Haha!


Cukuplah sampai sini dulu.

Ngantoklah..maklumlah...mama baru kan tak pernah tido lena malam-malam. Huhu.

Tapi Alhamdulillah sekarang Aidi dah pandai kenal mana siang mana malam. Siang-siang dia tido ala-ala jek. Banyak nak main nak bersembang bagai. Bila malam dia tido lama and panjang sikit. Apapun tetap kena bangun tengah malam susukan Aidi at least sekali setiap tengah malam.


Okeylah tu kan?


Nanti next entri aku sambung review stuff yang lain pulak okeh?


Daaa..babai!

11 comments:

  1. aku byk benda g x beli.huhu.tunggu ko punya review dulu la.hehe.barut ko beli mana nana?

    ReplyDelete
  2. Zuera..barut aku banyak beli kat kedai anakku. Beli kat mana pun takpe. Eloknya beli yang lebar sikit, boleh pakai lama.

    ReplyDelete
  3. botol tu macam memnarik dan bagus tuk baby..lagi2 part ko cakap-kene menyedut..kat mane nak beli ek..??

    ReplyDelete
  4. eh,mana nak beli botol tu?umar dia xnak minum botol..nak puting mak dia jugak..no hal lah,sbb mak dia tak kerja..tapi susu yg dipam tuh sayang la nak buang..

    ReplyDelete
  5. Wan, rasa macam nak beli botol susu tu SEKARANG! ;p Muhammad terpaksa saya bagi susu formula sebab production susu saya langsung kosong bila start period. huhuhu :(

    ReplyDelete
  6. Hai geng!! Botol susu The First Year tu biasa ada jual kat baby shop. Aku beli kat One Baby World aritu. Beli secara online. Rasanya kebanyakan online baby shop ada jual botol susu jenis ni. Selamat memebeli!

    ReplyDelete
  7. nana,ko punya review betul2 buat aku terkesan.terus place order beli botol susu tu jugak!

    ReplyDelete
  8. wan~
    welcome to motherhood..hehehe
    slalu baca blog ko ni tp malas nak mengkomen..

    aku pun memula dulu pakai swing ngan botol first year gak..alhamdulillah ok je..skang ni upgrade sket ke FS..botol pun da tukar ke avent..tambah satu lg sippy cup untuk train minum pakai cawan..hehehe...aku beli kt jusco je botol first year tu..masa tu ada sale, mmg murah sgt la banding kat tempat lain

    ReplyDelete
  9. Nk nyebok sket ye.botol fisrt year tu ada jual kt sogo n parkson jgk.klu nk susu bdn brtmbh,lh try milk booster mamamilky.shaklee pn ok.sy dh try.insyaallah brkesan.

    ReplyDelete
  10. Botol susu first years ni ada jual kt parkson n sogo jgk.lg 1,klu nk tmbh susu bdn,lh try milk booster mamamilky or shaklee.sy dh try.alhamdulillah mmg susu brtmbh.

    ReplyDelete
  11. Nk nyebok sket ye.botol fisrt year tu ada jual kt sogo n parkson jgk.klu nk susu bdn brtmbh,lh try milk booster mamamilky.shaklee pn ok.sy dh try.insyaallah brkesan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...