MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Monday, February 20, 2012

Rezeki Aidi Rizqy

Bulan Februari ni memang bulan rezeki la untuk aku. Bulan ni saja 6 orang famili member sambut besday, maka paling koman mesti dapat makan free 3 atau 4 kali. Makan kek jangan cakap lah..paling meriah adalah bulan ni lah.

Pastu last week abang posmen ada hantar surat untuk aku. Tengok sampul..hmm matiklah, ini mesti surat mintak hutang. Bahahahah!!

Sekali bukak..


Ooo mai god!!


Cek Nuffnang yo!!


Rezeki rezeki...Memanglah takde banyak mana pun jumlah pada cek tu,sementelah aku bukan blogger hebat macam Red Mummy ke, Ben Ashaari ke Hanis Zalikha ke kan..aku cuma Yongnana, jadi berapa sen sangatlah yang mampu dikutip sepanjang berblogging dekat nak 3 tahun ni. Tapi berapa pun jumlahnya, tetaplah rezeki. Lepaslah nak buat beli henbeg cap carlo rino sebijik. Huhu.

Kemudian minggu ni. Hari ni. Tadi.


Minggu ni adalah minggu gaji untuk pekerja gomen termasuklah aku. Jadi aku pun saja lah nak usha-usha aku punya slip gaji. Slip gaji cikgu cikgi sekarang pakai print sendiri dari website Jabatan Akauntan Negara jek, dah takde kakak kerani nak tolong print sorang-sorang punya lagi dah. Jadi aku sajalah nak tengok slip gaji and nak save sekali dalam laptop. Senang kalau pape hal nanti.

Sekali bukak bukak slip gaji...tengok..

Aik?? Apsal gaji aku tinggal RM1500 ++ jek?

Gosok-gosok mata..pastu tengok lagi sekali sambil muka tinggal 3 inci je dari skrin laptop. Huhu..

Ohhh..rupanya RM1500 lebih tu EPF.


Hah??!!


EPF???


Kalau dah EPF banyak tu..gajinya berapa la ye?


Eh jangan salah sangka, bukan nak kata aku keje cikgu gaji melantun-lantun banyak. Takde banyak mana gaji cikgu ni. Tolak sana tolak sini tinggal tak sampai seribu pun dalam tangan.

Tapi syukur syukur syukur sangat-sangat sebab bulan ni aku dapat tunggakan gaji 15 bulan. Sebelum ni aku dapay gaji guru sandaran jek..DC 41. Since dah lulus interview SPA, dah lulus induksi, aku dah naik dapat jadi guru tetap dan berpencen gred DG 41. Jadi beza gaji guru sandaran and guru tetap tu aku dapat secara tunggakan. Dibayar lump sum. Itu yang EPF bulan ni sampai RM1500 tu. ALhamdulillah.


Bila dalam situasi gini, aku terbayangkan wajah Aidi jek.


Kamu memang pembawa rezeki wahai Aidi Rizqy.


Aminn..



Aidi..sejak-sejak mama bagi can takyah pakai mitten dah, kemain rancak dia makan jari. Nom nom nom bunyinya.

4 comments:

  1. bestnye epf rm1500...pegh~!!kaye mak~!!

    ReplyDelete
  2. anak mmg pembawa rezeki kan ;)

    motip mama tup muke ngn topi? kekekek

    ReplyDelete
  3. anak2 memang pembawa rezki..alhamdulillah..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...