MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Friday, February 10, 2012

Review Baby Stuff

Hai!!


Hari ni nak buat review tentang baby stuff pulak. Tapi sebenarnya malu..sebab aku takdelah beli barang-barang mahal pun kat Aidi. Semua pun aku amik yang paling murah punya harga. Hoho.


Nak review dari mana dulu ye?

Aku ikut susunan yang ada dalam baby checklist kat side bar sebelah ni la ye. *anak dah nak 2 bulan, baby checklist tak reti-reti nak delete lagi ke?*


1) Pakaian

Pakaian ni memang bab paling best nak dibeli. Kau tengok baju ni..cantik. Kau tengok baju tu..eh kiutnya. Tengok tengok lagi...wahh handsome kot anak aku kalau pakai baju ni..sekali tengok tengok purse..eh eh takde duit. Begituuu.. Haha.

Untuk Aidi, kebanyakan baju Aidi aku beli secara online. Maklumlah kat Labuan tak banyak sangat choice. Jadi beli online je. Beli online ni ada baik buruknya. Baiknnya kebanyakkan bajunya harga sedikit murah banding dengan harga kat kedai. Tapi yang buruknya kita tak dapat nak rasa material kain baju tu. Tebal sangat ke, nipis ke, kasar ke, lembut ke apa ke kan. Jadi iktulah mana terbaik. So far aku beli online takde pulak aku kena tipu ke apa. Semuanya sampai dengan selamat. Cuma aku perasan kebanyakan baju yang aku beli online jarang aku pakaikan as a daily wear untuk Aidi. Mungkin sebab kainnya sedikit tebal kot.

Tapi bagi aku kedai paling best nak borong baju baby adalah di Butik Anakku.

Kat Anakku...harga bajunya taklah terlalu mahal. Kalau tengah lelong-lelong tu kau boleh dapat baju seploh hengget je sepasang. Tapi apa yang lagi penting adalah material kain baju tu sesuai dengan cuaca dan iklim kita kat Malaysia ni.

Selesa.


Tentang baju lagi. Ramai yang kata jangan beli baju banyak-banyak..anak cepat besar. Yep itu betul. Jangan beli terlalu banyak tapi jangan sampai beli 2 3 helai je pulak ye. Aku sebenarnya tak berapa suka stigma sesetengah orang yang beli baju anak 2 3 helai kononnya nanti ada ramai oranga akan hadiahkan baju lagi. Entahlah..kurang suka pandangan gitu. Itu anak kau, kenapa nak mengharap orang lain sediakan kain baju anak kita pulak kan? Kalau ada orang hadiahkan alhamdulillah la..rezeki. Buatnya takde??? Berbedung semata la budak tu kat situ. Jadi pandai-pandailah bajet nak rembat bape pasang baju untuk baby baru lahir. Tips dari aku...


- beli baju butang depan lebih sikit.

- rompers tak perlu beli banyak. Tak berapa sesuai sebab kulit baby terdedah. Bila umur dia dah 3 bulan ke atas mungkin okey. Boleh pakai legging.

- Beli baju takde lengan 3 4 pasang. Malaysia ni panas. Baju cenggitu amat selesa kecuali baby kamu duduk dalam air cond hampir kebanyakan masa.

- Baju saiz newborn mesti ada jugak sikit. Kesian kat anak lahir-lahir je habis semua baju seluar longgar-longgar kalau semua baju beli saiz besar.

- Beli baju 1 saiz lebih besar dari saiz badan sebenar anak. Katakan baby newborn *saiz 0-3 bulan*, jadi beli baju saiz 3 - 6 bulan supaya tahan lama sikit. Baby pun cepat besar. Aidi ni 2 bulan dah kena pakai baju saiz 3 - 6 bulan dah. Baju-baju newborn semua dah al sendat al ketat.

- Mitten and booties kena ada at least 8 - 10 pair. Baby newborn sampai umur 3 bulan memang akan pakai mitten and booties setiap masa. Oh ye, ada sesetengah mitten and booties ni ada saiz. Jadi check it out.

- Stokin tak perlu beli banyak. 2 3 pasang cukup. Beli saiz besar sikit supaya boleh pakai lama.

- Barut sila beli banyak. Kalau boleh, beli lebih dari 10 helai. Baby biasanya akan tukar barut tiap kali tukar pampers sebab barut pun sama kotor kena kencing berak dia. Jadi beli lebih tak kiralah barut jenis tali ke jenis stripe ke. Tapi untuk baby baru lahir, barut tali lebih sesuai sebab boleh adjust saiz. Barut jenis berpelekat tu biasanya longgar untuk baby 0 - 2 bulan.


- Baby bip tak perlu beli lagi pun takpe. Baby bukan boleh makan lagi pun. Setakat minum susu boleh alas dengan sapu tangan jek. Lebih senang.

- Sapu tangan...pun sila beli banyak. Itu lah nak guna buat lap air lir meleleh dia..itulah nak guna lap sisa-sisa susu kat mulut pipi dia, nak lap muak dia apa semua..jadi beli lebih.


- Bedung...guna napkin sudah. Boleh jugak nak beli kain bedung yang fancy fancy yang banyak jual sekarang ni tapi bagi aku kainnya agak tebal and panas. Kesian baby. Aku bedung Aidi guna kain napkin jek. Itupun tak lama dia nak berbedung dan tak ramai baby yang suka dibedung. Huhu.

- Selimut...beli la 2 helai cukup.

- Towel..beli lebih. 5 6 helai pun takpe. Baby bisanya suka nak kencing time lepas mandi. Time mama dia nak pakaikan baju, time tulah dia nak kencing. Pastu habis dengan towel-towel pun kena kencing sekali. Huhu.


Apa lagi yang penting bab pakaian ni ye??

Itu je kot yang penting. Kalau ada yang tertinggal boleh share kat comment box okey. =)




Eh Aidi dah bangun tido lah pulak.


Kita sambung lain kali ye barang-barang yang lain pulak.


Im sorry....*versi Amir Raja Lawak*

2 comments:

  1. teringat masa beli brg@baju utk syaurah. hehe

    ReplyDelete
  2. suke gak bg bb pakai rompers pastu skg tak dahh sebab bile dukung die cam terketat lak kat bhgn bawah diee sbb rompers kan kene butang bawah kann

    rasa cam bb x selesa jee bile baju tertarik2 naik ke atas
    hheeee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...