MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Thursday, February 23, 2012

Kamera Baru. Eh Silap...Baru Nak Beli Kamera. Hehe..

Uiii aiii.

Hari ni gaji, kejap tgk dpt tgk jumlah 5 angka dalam akaun. Tak sampai bape minit tinggal 4 angka balik. Muahaha.

Tadi aku keluar ke Ampang Point. Biasalah, takde port lain nak tuju. Situ je la tempat paling dekat, paling senang aku nak pergi. Pergi pun sorang-sorang. Aidi tinggal..Pah Ma nya jaga. Nasib baik behave. Sebabkan Aidi behave, terus mama upah baju baru 4 pasang. Hehe.


Pastu sempat rembat kamera sebijik. Takdelah kamera DSLR ye mengkeme, aku nak pegang DSLR tu mau makan seminggu blajar pegang saja, belum blaja shoot lagi. Haha. Jadi aku beli kamera kompak biasa jek. Nak cari brand Nikon, tak terjumpa pulak hai..beli Olympus sudahlah. Janji boleh ketik gambar, boleh ketik video cukuplah. Rasa macam lama nau aku takde kamera sendiri. Last kamera aku ada tu yang jenis nak amik gambar kena letak mata rapat ke kamera tu, jenis yang pakai kodak lagi tu. Kodaak habis..maka habislah chance nak amik gambar. Salah amik gambar, burn la sekeping kodak. Bila cuci pun siap dapat filem kemain panjang berjela lagi. Pastu jakun nak tengok filem-filem tu kat bawah lampu. Huhu..lawak pulak bila ingat balik. Tapi memang itulah zaman last kamera aku ada. Lepas tu langsung tak pernah ada kamera sendiri. Asik menempel pada kamera orang jek.

Jadi bila dah ada anak ni nak la ada kamera sendir kan? Senang..boleh rakam momen-momen indah Aidi membesar. Nanti boleh tunjuk kat dia bila dah besar.


Inilah kameranya.





Kamera biasa jek.

Harga pun level orang biasa-biasa je macam aku. Huhu.


Tapi tadi kemain berejam jugak aku termangu kat kedai tu memikir nak amik kaler pink ke kaler hitam..kaler pink ke kaler hitam.


Kalau nak kaler pink..harga up lagi 50 hengget.


Hurmm..tak payahlah.

50 hengget tu baik aku buat beli susu Aidi satu kotak. Kenyang jugak perut anak aku.


Heh.

3 comments:

  1. boleh la mik pic aidi bebanyak.. awak fullybreastfeed o x yer?

    ReplyDelete
  2. Farhana..saya tak fully breastfeed dah..hafly jek. Saya dah bagi Aidi minum susu formula dah sebab susu badan tak dapat nak tampung demand anak yang memuncak-muncak nafsu minumnya.huhu..

    ReplyDelete
  3. ok x kamera ni?plan nak beli kamera kecik2 jugak..yg besau leceh la nak guna..(padahal tak reti)..berape rege?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...