MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Friday, April 27, 2012

Ke Mana Tumpahnya Duit Kalau Tidak Ke AIDI. Huhu..




Baru lepas tengok-tengok kalendar, pastu baru perasan yang 2 minggu lagi nak kena bawak Aidi pergi check up and cucuk 5 bulan.

Waaweee!! Aidi dah nak 5 bulan dah. Kejap je rasa. Pastu mulalah ada angan-angan nak suap solid food dah kat Aidi. Huhuhu.


Budak ni sekarang pun makin kuat menyusu. Kos susu dia saja sebulan RM300. Beruntung badan kalau dapat breastfeed. Tambah pulak sekali minum dah 5oz selang hampir setiap jam. Tu pun kenkadang tak cukup. Nampak gaya nak kena beli botol 9oz dah sekarang ni. Bila dah banyak minum, mulalah badan memberat serupa mama dia. Mak Long Aidi yang jaga Aidi tiap hari tu ada ngasuh baby girl jugak sorang. Baby 6 bulan. Boleh tahan bam bam jugak budaknya..tapiiiiii Mak Long Aidi kata Aidi lebih berat dari baby girl tu. Ate camne?? Haha!


Ini dia rupa budak bam bam si mata boolat.




Aidi pakai jumpers. Baju tido Aidi boleh kata hampr semua style jumpers. Mula-mula dulu nampak kiut tengok Aidi pakai jumpers. Sekarang aku rasa dah bosan pulak. Nak belikan Aidi pyjamas yang banyak sangat jual kat blogshop-blogshop hatta kat fesbuk pun melambak tu. Murah sikit. Ada yang promo 6 helai RM100 pun ada. Tapi saiz semua besar-besar. Paling kecik pun aku jumpa saiz 18 - 24 months. Siapa pernah beli ye pyjamas-pyjamas ni? Boleh review tak cutting dia dia macam mana? Agak-agak Aidi boleh pakai tak?


Eh,

Baru hari tu janji bulan ni Aidi cuma dapat soft book je dari mama dia. Alih-alih nak beli jugak baju.


Dasar!


Haha.






4 comments:

  1. org ckp pjama ni kne beli saiz besar sikit.. saiz dia x sama mcm yg biasa kte beli..

    ReplyDelete
  2. dear, sy biasa beli pyjamas ni tuk anak sy (19month)...kalo yg brand gap & holabebe mmg small cutting...rasanya aidi leh pakai saiz 18m..ank sy skrg ni pakai yg 3y...kira badan ank sy kecik jer...tp tetap kena pakai yg 3y...
    nati leh la shopping pyjamas kat aidi...hehhehehe

    ReplyDelete
  3. dear,yg 18m rasanya aidi boleh pakai..umar pun pakai yg 18m tuh..besar la sikit dgn dia..

    ReplyDelete
  4. salam kenal dan dofollow sini,,

    montel kan baby... baby akak pun paha macam ayam KFC tapi bila mula pandai jalan pandai lari, badan pun jadi slim.. biasa lee...

    anak2 akak plak x suka pakai bj tdo, semua bersinglet je sebab cuaca panas, kalau pakai bj tangan panjang terus x selesa nak tido...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...