MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Tuesday, June 12, 2012

Aidi 6 bulan..


Aidi masuk 6 bulan hari ni. Yeayyy!!

Selagi tak genap setahun umur Aidi, selagi tu lah aku kepoh nak hapdet setiap bulan perkembangan anak. Huhu.

Besar dah anak aku. Kejap je dah 6 bulan. Dulu masa Aidi baru lahir gedik-gedik pikir "bilalah Aidi nak 6 bulan..bilalah Aidi nak 6 bulan..". Tak tau lah nape. Bila baby dah cecah 6 bulan tu rasa macam satu achievement pulak. Hehe..ntah hapa-hapa kan aku?

So alhamdulillah, hari ni Aidi genap 6 bulan.

Solid food??

Heh, lama dah aku bagi. Since Aidi 5 bulan. Dah Aidi memanglah budak yang suka makan. Meal time dia antara jam 11 - 12 tengah hari gitu. Sekali je cukuplah walaupun kalau tengok kat brosur yang KK bagi tu siap suruh bagi makan 3 kali sehari sama macam orang dewasa. Takpelah, kita buat soft landinglah. Slowly. 

Sekarang aku dah mula introduce porridge untuk Aidi. Ada yang aku campur carrot, ada yang campur ayam, ada yang campur potato, ada yang campur-campur ayam/potato/carrot/bilis. Dan macam yang dijangka, Aidi said "yummy mama!!" Hehe. Sebijik serupa aku, suka makan bubur. Tapi Aidi ni rasanya sumbat apa pun dia telan jek. So far Alhamdulillah, Aidi takde sebarang alahan terhadap food. Semua pun okey jek. Berak pun okey, kulit pun okey. 


Semalam anak buah aku si Amsyar tu TER suap NUGGET ke mulut Aidi.

Nugget..reti??

Nasib baik nugget tu dah dipotong kecik-kecik. Bila tanya kenapa Amsyar bagi Aidi nugget?? Dia selamba jawab.."dah Aidi tu asik nganga ngana mulut jek. Amsyar suaplah."

Heh, tanpa rasa bersalah langsung. Budaaaakkkk kan?

Takpelah.

Perkembangan lain?

Sudah makin pandai bermain dengan emosi. Dah pandai menunjukkan sikap protes sambil hentak-hentak kaki. Lambat sikit bagi susu, dia hentak-hentak kaki sambil buat muka sentap. Berlakon!

Kalau mama riba abang Amsyar atau Kak Iman dia, laju je dia menyulur ke mama dia jugak sambil buat muka cebik. Cemburu lettew!!

Pantang tengok orang melompat-lompat atau berlari-lari depan mata dia..ketawaaaaa lahaii. Macam tengok Super Spontan. Terbahak-bahak.

Suka berjalan. Kalau keluar berjalan, behave amat. Sikit pun tak buat perangai. Dia boring, dia main dengan toys kat stroller. Dia ngantok, dia tido. Kadang susu pun dia lupa nak mintak. Seronok sangat dia tengok dunia. Nanti ada masa nak bawak Aidi pijak pasir pantai and air laut. Mesti dia teruja.=)

Alhamdulillah..sepanjang 6 bulan ni Aidi langsung tak pernah demam. Berkali-kali kena jab pun Aidi steady je. Mungkin berkat kolustrum susu ibu. Syukur sangat.

Makin senang nak tidurkan Aidi sekarang. Umpan dengan susu je, lena lah dia. Plus dah boleh tidur di bilik sendiri. Jadi mama reward Aidi..GOOD BOY!!=)

Dan satu lagi..

Ohhh ini budak sudah mahu merangkak. 

Go Aidi..go Aidi..go Aidi!




Ewahhhhh!!




Ha..goyang-goyang sikit bontot tu.lalalala...*Adeh kantoi kaki buruk mama kat tepi tu.*




Ohh masa ni memang dia bergoyang inul ni. Tu yang bergegar gambar. Haha.





Punyalah best dah nak merangkak, siap sujud syukur lagi. Hehe. Adoilah anak, sampai tersembam hidung.


Tak cukup merangkak atas lantai, dalam bath tub pun kalau boleh nak merangkak jugak.



Abahnya la ni..mandikan anak, paras air dalam bath tub dah macam standard olimpil. Punyalah dalam. Sebenarnya incik suami tu berkenan sangat nak ajar Aidi berenang. Nak tiru Dr Sheikh Muzaphar lettew!!


Khamis ni nak bawak Aidi pegi check up and cucuk 6 bulan.

Hopefully semuanya okey.

Daa!!

3 comments:

  1. cepatlah aidi boleh merangkak, mesti cepat jalan jugak...insya-allah

    ReplyDelete
  2. da besar dah die....dlu bace entry mama nye tgh cbok nak meneran...hihi...

    ReplyDelete
  3. aku pon tak sabar nak anak aku 6 bulan..huhu..tak pasti ar kenape..;D

    waaah anak ko berenang...ngeh ngeh..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...