MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Saturday, June 2, 2012

Dah dapat dah hadiah anibeseri.=)



Semalam memang lawak sikit rumahtangga aku ni. Haha!

Nak sangat memvonvoti incik suami keluar beli hadiah kan, ha ikutlah. Pastu jalan separated lah ye. Aidi abahnya bawak duduk dalam carrier. Aku pulak bawak diaper bag Aidi. Pastu siap pesan, kalau Aidi nanges nak susu cepat-cepat call.

Masuk-masuk je pintu mall, sampai kat simpang...terus incik suami cakap.

"Okey, abang amik belah kanan..ayang amik belah kiri. Ok jom!"

Huhuhu..sebijik macam nak pertandingan mencari harta karun. Haha.


Sepanjang masa nak cari hadiah tu mata aku meliar je takut-takut terserempak dengan incik suami. Kang kantoi kang tak best lah kan. Otak pun jem sikit tak dapat nak finalised lagi nak beli apa. Last-last aku nampak satu kedai tu ramai nau orang kerumun. Aku pun apalagi..nengoklah sama.

Asalnya nak usha-usha je sekali boleh sangkut rembat jugak.

Bukan satu..tapi dua. Ceaaa!! Tapi satu lagi tu aku punyalah. Ngeh ngeh ngeh.

Dah siap beli apa semua, laju-laju naik parkson beli wrapping paper dengan kad ucapan. Pastu agak-agak line dah clear baru call incik suami. Apakehal tak tahulah dua beranak tu.

"Helo helo, abang katne ni? Dah siap cari ke hadiah kittew??"

"Dah dah. Abang kat KFC ni."

Phewww!! Makan KFC tak ajak aku meh. Rajuk ah gini. Aku pun laju-lajulah gi KFC. Sampai-sampai sana, alahaiiii siannya Aidi, sampai terlena dah dalam carrier.

Terus tak jadi nak round-round lagi. Padahal banyak lagi benda nak cari.

Nak cari periuk kecik untuk masak bubur Aidi.

Nak cari tupperware kecik dalam 3-5oz untuk simpan makanan Aidi.

Nak usha rantai tangan emas. Woot woot!

Nak beli toiletries sikit.

Ahhh pendek kata adalah benda nak dicari lagi. Tapi mandangkan anak dah tido, maka jom balik je lah. Sekali bila masuk kereta je terjaga pulak si comel ni. Aku rasa nak patah balik masuk mall je. Huhu.

Dalam kereta, inci suami buat dialog gini.

" Sampai rumah nanti bolehlah bagi-bagi hadiah kan?"

Aiii tak nyempat nak sampai ke 4 Jun la ni. Takpelah..kita kasi dedah je lah apa hadiahnya. Nak surprise surprise sangat pun boleh buat hilang sabar je nanti. Haha.

Dengan tak payah berbalut pun hadiah, dengan takde kad ucapan apa pun sudahnya. Bagi pakai dalam plastik jek. Incik suami punya siap ada harga lagi. Kantoi aku aku berapa rege hadiah aku. Siap ada tag diskaun lagi. Haha!

Apa ke hadiahnya???

































Adeh, gambar tak dapat nak upload pulekkk.

Next entri la ye.

Lalalalalala...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...