MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, June 27, 2012

Upgrade Bilik Anak



Hari tu dah cerita tentang bilik Aidi, kali nak cerita tentang bilik Aidi lagi. Eh sejak jadi mak orang memang kalau boleh nak cerita hal anak jek. Biasalah kan..teruja lebih. Ko tunggu anak ko berderet nanti..tak kuasa dah agaknya. Haha.

Bilik Aidi dulu biasa-biasa jek.

Sekarang??

Pun biasa-biasa jugak. Haha.

Cuma aku ada upgrade sikit lah nak bagi anak seronok duduk dalam bilik dia.

Satu, aku gantikan tikar evamatic yang ada dalam bilik Aidi dengan ABC puzzle mat. Lebih ceria, lebih lembut, lebih gebu. Mamanya pijak terus tenggelam kaki. Almaklumlah..gajah. Haha.

Dua, aku gatai tangan pi lekat-lekat wall sticker kat bilik Aidi. Aku beli sticker kat sini. Ada sticker yang memang murah betul, ada yang mahal jugak. Pandai-pandailah pilih yek. Aku beli banyak jugak. Untuk bilik Aidi, untuk hall, and untuk master bedroom. Tapi aku tunjuk yang kat bilik Aidi dah la ye. Segan nak tayang yang kat hall and bilik sebab buruk betul hasil tampalan aku. Herot-bengot. Huuuu..




Abaikan je lah tilam bantal buruk kat tepi tu. 

Untuk ABC puzzle mat ni aku kena beli 3 set baru cukup nak cover seluruh lantai. Satu set rege dalam RM65. Aku beli kat pasaraya kat sini jek. Dah tu aku tengok harga online pun ada yang lagi mahal dari harga aku beli. Tapi memang best..Aidi pun suka golek-golek atas ni. Rasa macam golek atas tilam.

Tak percaya cer tengok gambar bawah ni.



Cari mana Aidi.

Heeee...

terlena kau!

Aidi ni memang kadang ada habit gini. Tengah main-main dengan toys tentiba...lena. Tak payah mama dodoi-dodoi lagi dah.


Sticker tu pulak aku main hentam jek. Tampal pun ikut sebijik-sebijik dalam gambar contoh. Kalau nak suruh aku guna kreativiti sendiri memang jahanamlah dinding tu nanti. Mak tak kretip nak..huhu.

So far aku takde rasa nak beli katil ke apa ke untuk bilik Aidi. Biarlah bilik dia lapang cenggini. Mudah untuk dia bergerak dan bermain. Bila malam nak tidur, aku bentangkan tilam toto dua tiga lapis. Siap!

Tunggulah Aidi umur setahun ke dua tahun ke atau bila Aidi ada adik ke baru nak pikir beli dia bedroom set. Sekarang kamu tidurlah atas toto dulu ye sayang.


Eh nak tunjuk gambar benda alah membazir yang aku beli dulu. Ada aku gebang dalam entri ini.

Ni ha bendanya.




Besar kan?

Nampak budak comel dalam "penjara janji" tu? Hihi..




Aku nak beli bola kecik warna-warni tu nak letak dalam benda ni, tapi tak tau kat mana nak cari. Sudahnya aku campak je toys dia dalam tu. Ha..kau mainlah ye.

Budak belum pandai duduk, manalah reti nak main dalam ni. Dia nak meniarap. Meniarap pulak makan ruang. Jadi sempit . Bila sempit, jawabnya teriaklah.

Itulah..mama silap percaturan.

Sudahnya benda ni simpan masuk kotak balik.


Rasa macam nak let go jek. Tapi ada ke yang nak?



6 comments:

  1. uwaaahhhhh aritu igt kena beli playpen untutk letak baby...ada ni ok la..blh memasak...

    ReplyDelete
  2. kalau kena dengan rege, ada je org yang nak beli.
    simpan la dulu, mana la tau, esok lusa si aidi dah boleh melompat, dia nak ke duduk dalam tu..

    ReplyDelete
  3. ko nyer abc mat tu lagi besh n cantik..!!! besar lak tu...!! aku pon baru jer beli..tapi tak dapat cover stu bilik pon...aku kene beli 2 set...
    sticker tu aku teringin nak tampal gak..tapi memandangkan aku pon dahnak pindah..simpan jer ar hasrat dulu..lagi pon aku takut tuan umah aku marah lak nanti aku dok tampal2..kompem malas nak bukak dah..heheh

    ReplyDelete
  4. Saya suka bende yang akak beli untuk Aidi tu kak... series...
    Tapi tak beli pun untuk nanak saya tuu.... Tengok la anak ke-2 nanti kot... :-p

    ReplyDelete
  5. ABC Puzzle mat tu kat mane ye ada? saya tengah mencari untuk letak kat bilik my baby.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat cosway ada jual tp yang kecik. kena beli lg byk lah nak tutup lantai. kalau online cuba tgk kat littlewhiz.com. rasanya ada.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...