MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, June 6, 2012

Kau Tak Habis-habis Soping!!


Bulan ni kan, aku memang banyak betul shopping. Mentang-mentang cuti sekolah kan, asal boring je bukak fesbuk..shopping. Bila incik suami off duty je..jom jalan! Shopping lagi. Tapi banyaknya semua barang Aidi dan seangkatan dengannya. Barang aku memang lambat sikit baru terpikir nak beli.

Ini antara feveret stuff aku untuk bulan ni.



Jumper. 

Aku 1st time tengok baju je terus jatuh chenta. Terus place order. Bukan satu, tapi dua. Satu untuk Aidi, satu lagi untuk anak buah aku si Shaqil ni ha. Shaqil ni sebaya dengan Aidi sebab dua-dua lahir 2011. Tapi sorang bulan Januari, sorang bulan December. Dua-dua pun hensem. Eh tentba.



Banyak lagi baju bajan Aidi bulan ni. Hampir semua aku simpan buat stok raya. Kalau kira-kira adalah 8 pasang dah. Itu pun ada lagi yang belum sampai ni. Hai lah anak..Syaaban pun tak masuk lagi tapi baju raya kamu dah nak penuh laci. Untungnya la haiiii.


Aku sekarang dah boleh muntoh kalau tengok baby shop lagi. Naik juling dah mata aku ni tengok baju budak. Jadi meh lah kita tukar angin pulak.

Angin nak jadi member Cosway pun datang.

Tau kan Cosway? Ala..yang banyak jual barang-barang rumah tu. Tupperware la, storage lah, ubat-ubat lah..paling glamer adalah bedak Miyami tu. Boleh kata semua mak andam mesti ada bedak miyami tu. Tapi aku tak beli pun. Huhu.

Aku berkenan betul dengan beberapa benda kat Cosway ni lalu terus aku rembat.

Satu..ini.



Penyidai baju 3 tingkat. Hok oloh...memang berguna amat untuk aku yang duduk kat rumah takde tempat nak sidai baju ni. Jadi senang...aku letak benda alah ni dalam bilik je. Bukak tingkap besar-besar bagi cahaya matahari masuk. Kering baju. Memang sesuai sangatlah untuk buat sidai baju-baju anak yang kenit-kenit tu.

Lagi satu..ini.

Apa nama ntah aku tak hafal pulak.




Gunanya untuk buat alas-alas. Aku buat alas kat dapur.

Comel sebab dia polkadot. Ada kaler pink jugak, tapi sebab kat rumah ni boy mendominasi, jadi kita amik blue la yek.





Alas atas peti ais pun suwit jugak.



Tu yang 2 roll kat gambar atas tu sebenarnya aku baru tambah beli tadi. Tak cukuplah 1 roll. Banyak nau tempat nak dialas. Jadi belilah lebih. Berapa regenya ek? Dalam RM5.90 kot aku bayar tadi. Satu roll tu ada dalam 2 meter panjang. Eh senang kalau berminat jomlah kita terjah Cosway la senang. Hehe.


Aku sebenarnya dah konpius ni, banyak nau beli barang online bulan ni sampai aku pun takleh nak track dah mana barang yang aku dah dapat, mana yang belum. Aku pun dah lupa. Setiap hari abang posmen datang hantar barang sampai abang posmen tu pun dah berani nak bersenda gurau dengan aku dah sekarang. Regular customer katakan. Haha.

Tapi dalam banyak-banyak online shop aku pergi, ada satu ni memang aku tak boleh lupa.

Memang macam......coi!!

Berani dia tipu aku.

Nantilah aku citer lain entri.



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...