MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Monday, June 25, 2012

Retis lah sangat!


Komen dari sorang peminat i..*ewaaahhhh*



Retis kan aku? Haha!

Semalam bawak mak and mama jenjalan kat Ujana *shopping mall paling best kat Labuan kononnya*. Tentiba ada sorang preggy mommy yang comel  tegur aku.

" Ini Wan kan?"

"Saya Adein...selalu baca blog." *lebih kurang gitu la ayat dia sebab aku pun terkesima jugak time tu*

Bila dia perkenalkan diri barulah aku macam boleh rewind-rewind sikit siapa Adein ni. Adein ni rumah dia dekat-dekat je rumah aku sebab dia pernah bagitau kat comment box yang dia ada nampak kereta aku parking tepi jalan. Wahh!! Stalker sampai ke rumah kau. Hehe.

Comel tau Adein ni.

Dia nampak Aidi tengah tidur dalam stroller..

"Ohhh inilah Aidi. Selalu tengok gambar je. Hari ni baru dapat jumpa."

Wahh! Aidi pun boleh feeling retis dah gini.

Paling tak tahan dia tanya pulak..

"Bila besdaynya?"

Eh, besday aku pun tau ek? Aku ada gebang dalam blog eh? Lupa pulak..heee. Pastu aku pun lupa bila besday aku. Aku jawab "semalam". Patutnya aku jawab "hari ni". Eh retis jumpa peminat memang cenggini. Gelabah lebih. Haha.

Pastu borak-borak sikit....bla bla bla..Rupanya aku dah pengaruh dia supaya shopping barang baby online. Katanya semua kedai online yang aku pergi, dia pun pergi. Ohhh mentor sangat kan? Haha.

Bla bla bla bla. lagi....katanya dia nampak kain langsir bilik Aidi masa lalu depan rumah. Wahhh..kain langsir bilik pun ingat. Ni yang sayang ketat-ketat ni.

Lepas dah beredar...aku kelip-kelip mata banyak kali nak pastikan ini bukan mimpi. Puii!

Bukan senang nak feeling retis kan, ada orang kenal kau kat luar, pastu boleh recall balik semua kisah hidup kau. Memang terharu.

Sampai mak aku pun tak percaya aku ada peminat misteri gini.

Nasib baik perempuan cun..kalau lelaki hensem yang minat aku mesti incik suami awal-awal dah tarik bawak larik.

Haha!!

Thanks to Adein. Nanti kita jumpa la lagi eh bila-bila.

Kalau baby awak girl, bolehlah kita berbesan...Eh?

=P

3 comments:

  1. part yang pengaruh online shopping tu memang ya pun...kira kalau wan berjaya order, & berjaya dapat barang tu, so, meaning kedai online tu boleh dipercayai...hehe...kira wan sebagai test...erp....jangan charge kami ya.....heheheh

    ReplyDelete
  2. adoyai, malunye sy dgn insiden tuh.. masih tak caya leh tegur wan kt UK. mcm mimpi jumpe yongnana a.k.a cikgu wan, huhu..=) ape pun thanx la coz sudi lyn borak2 kejap. insya Allah, kalo de rezki kte jumpe lg.

    p/s: hr tuh pg scan, doktor ckp insya Allah bb boy.. xpe, boleh jd kawan aidi bergusti kt padang tepi taman. hehe..=)

    ReplyDelete
  3. rosy: yep, sy setuju.. kalo wan order dan buat post kt blog maksudnye kedai tuh mmg betui2 bagus la.. tp yg paling besh ble dia ade bgtao mn2 on9 shop yg de free delivery. yg tuh lg besh nk shopping. jgn mare ye cikgu, hehe..=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...