MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Saturday, June 9, 2012

Jangan asik nak dukuunggg je anak tu.


"Jangan ajar anak tu berdukung, nanti asik nak dukuuuuunggg je. Tak boleh letak."

Pernah tak dengar ayat lebih kurang gini?

Mesti pernah kan?

Aku pun pernah dengar. Cuma kadang aku terpikir, kenapa tak boleh dukung, peluk, cium anak?? Hanya sebab takut nanti budak tu asik mintak dukung je?

Hmmm...mulanya aku setuju dengan pandangan gini. Lama-lama aku rasa macam tak adil pulak. Tak adil untuk baby tu.

Baby..dari dalam perut ibu dia lagi dia dah terbiasa dengan suasana yang warm, yang comfort, macam dipeluk. 9 bulan dia hidup dalam keadaan gitu. Pastu tentiba lahir ke dunia ni semua pakat nak letak dia atas tilam memanjang. Tak merasa dah dipeluk, dicium, dikendong macam dulu.

Kesian pulak aku rasa.

Tak rasa ke kita yang dewasa ni macam selfish??

Sanggup abaikan emosi anak semata-mata untuk kesenangan diri sendiri.

Kalau pikir-pikir balik, aku terasa kot. Sebab aku pun pernah buat macam tu kat Aidi.

"Aidi ni...asik nak mama dukuuunggg jek. Cubalah duduk main sendiri."

Eh, pernah kot aku cakap macam tu kat Aidi. Bersalahnya.

Tapi sekarang aku makin insaf sikit. Kalau Aidi hok hek mintak dukung, mintak peluk, memang aku cepat-cepat angkat dukung dia dan gomol-gomol sampai dia ketawa geli. Bila agak-agak dia dah bosan main dengan mama dia ni, baru aku letak balik dia atas lantai/tilam. Main dengan toys.

Tak sampai hati nak biarkan Aidi merayu-rayu panggil mamanya nak mintak dukung. Runtun hati tau kalau dengar suara Aidi panggil aku. Tapi panggil dalam bahasa dia lah. Kekadang je dengar ada bunyi-bunyi ma...ma...ma.=)

Tapi alhamdulillah..bila dah makin besar ni Aidi takdelah 24 jam nak berdukung. Dia dah pandai nak main sendiri, pandai berdikari sendiri. Cuma itulah..kadang-kadang bila tengah ralit-ralit dia main tentiba dia akan pusing-pusing cari mama abahnya smabil mulut bising memanggil. Tangan pulak depang-depang macam mintak dukung, Ha, itu tandanya dia perlukan peluk cium lah tu.

Alah..kita dulu-dulu masa bercinta pun macam tu jugak.

Tengah elok-elok tengok TV, tentiba rasa nak sms pakwe nak cakap ilebiu.

Kan??

=)

5 comments:

  1. agree! dina pun heran why ehh org2 suka sgt pertikai if kita syik kelek anak... research shows that babies yg slalu didukung/stay close dgn their moms (or dads) akan lebih calm perwatakannya... so, why not kan? hehe..

    ReplyDelete
  2. Pernyataan turun temurun dr org dolu2.. Mungkin relevan dgn zaman dolu2 sebab anak2 diorg rapat2.. so kalo sorg tu je nk dikelek.. anak lain tak sempat siap la (masak, bg makan, mandikan anak dsbgi nye).. Sekarang.. tak bole la wat cam tu.. dh la mak bapak keje.. anak makan masakan kita pun sekali sehari.. masa utk anak pun tak sampai 12 jam sehari..

    ReplyDelete
  3. I think sebabnya, kalu anak dihantar ke taska atau babysitter, and dia telah terbiasa berdukong akan meragam bila tak dapat didukong.MAklumla orang jaga anak kita tak sama macam kita sendiri yang jaga.Nanti kesian kat anak kita pulak diabaikan..

    Kalu kita suri rumah memang itulah sebaiknya.Bergomol dengan kita selagi dia kecil.Bila dah besar kita kena jadi kawan depa plak.
    Kan?

    ReplyDelete
  4. setuju dgn wifenavy and ur statement lah nana
    xsampai hati kot nak biar nangis2 minta perhatian.
    adakalanya terbuat gak, tu pun nyesal x sudah lepas tu

    ReplyDelete
  5. sejak2 jadi mak ni..aku pon tak setuju ngan bende tu...aku bace dalam buku pasal ni..memang betul pon tak adil tuk anak..sedangkan lagi banyak sentuhan dan pelukan dari ibu tu ar yg merapatkan hubungan ngan anak lagi kan..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...