MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, June 20, 2012

Berapa kerap kau bergaduh dengan suami??


Ada satu hari tu..Mak Long Aidi ada tanya aku..

"Wan selalu gaduh tak dengan Amry?"

Uiii..soalaaannn.

Nak jawab ke tidak?

Haha.

Aku jawab..kalau tak pernah gaduh tu bukan laki bini Kak Ija oiii. Haha.

Yelah, pentipu sangat kalau kata tak pernah gaduh kan? Ke ada laki bini yang tak pernah bertegang urat sekalipun kat sini? Uiiii amannya dunia rumahtangga.

Tapi bagi aku la..bergaduh laki bini ni best jugak. Barulah adventure sikit. Merasalah diri merajuk, dipujuk, buat muncung itik serati sekilometer panjangnya..merengus-rengus huh huh huh..alih-alih sedar-sedar dah main geletek-geletek pinggang dah pulak. Eh setengah jam tadi berperang katanya. Haha!

Itulah nikmatnya bertekak laki bini. Macam mana pun mesti baik balik. Kadang tu terlebih mesra pulak lepas bergaduh.

Tapi kena tengok orang jugaklah. Kalau dapat yang jenis dua-dua pun reti nak marah jek, memang ranaplah. Macam aku..aku ni memang cepat sentap. Suami lupa cium pipi pun sentap terlebih. Tapi suami aku very the cool person. Aku malas nak masak pun dia senyum jek sambil capai plestik megi dann kuali. Haha!

Aku rasa dalam rumahtangga ni kita bukan cari berapa banyak persamaan yang kita ada dengan pasangan kita, tapi berapa besar keserasian yang ada.

Orang kata..pasangan yang bahagia biasanya pasangan yang sikap dan perwatakannya berbeza....tapi punya minat yang sama.


Anda bagaimana?

=)

6 comments:

  1. jgn selalu sangat gaduh dgn husband, cepat pulak aidi dapat adik nnt..ehhh...

    llalalalla...

    ReplyDelete
  2. aku pon jenis mudah sentap..cepat naik hangin sikit..huhu..laki aku cool..tapi kalau mud die tak baik gak..alamatnyer ade sorang kat tingkat atas dan sorang kat tingkat bawah..huhu

    ReplyDelete
  3. hhehe dah lama sgt tak gaduh dgn husband...skrg ni mood nak manjaaaaaaaaaaa je...ewahhh...geli tak? hehehe

    ReplyDelete
  4. kita sll gadoh..haha..maria jenis cepat naik angin..husband kurang skit..tp kalau dia naik angin..waah kita takut..

    ReplyDelete
  5. aku jrg gaduh yong. tp klu ikut angin ni, laki aku cpt nk marah, aku plak lex lex je. so far lm lg gaduh over2, stkt majuk2 manja ade la. heee..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...