MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 10, 2013

Saya Ada Seorang Abah


Aku ada seorang abah.

Ewaaahhh..nak buat entri bertajuk ABAH pulak today yek? Haha. Layankan aje.



rasanya itu aku tu atas riba abah. Haha main rasa-rasa pulak.


Abah aku ni dia pencen kerja awal sebab dia nak berbisnes. Siapa yang tahu, tahulah kot yang abah aku ada buat bisnes videografi.

Core bisnes dia Wedding Videografi.





Aku rasa dah lebih 10 tahun dah abah start bisnes dia ni. Daripada home based business, sampailah sekarang dia dah ada office sendiri.




Amboiii office taknak kalah. Nak decorate macam office dalam drama samarenda aje. Haha. Dulu office abah ni cikai-cikai jek. Lampu pun takde, gelap jek. Sekarang, ha...dah macam dalam drama katako.

Pernah la abah buat luahan hati tentang siapalah antara anak-anak dia yang nak take over business ni esok-esok. Rasa macam sayanglah kalau company kena bagi pada orang lain. Aduhaaaiiii sedih pulak rasa. Aku pulak dah masuk line cikgu, jadi nak keluar and join company tu memang payahlah. Aku harap, adik-adik aku ada lah yang minat nak join company. Nini si tokey Fellina tu ha, ko keje je lah dengan abah. Mintak abah gaji 2k sebulan plus kereta sebijik. Ewaaaahhhhh...position trainee je tapi kemain nak letak harga kaannn? Hahaha.


Abah aku ni dulu memang nampaklah bisnes dia banyak main dengan wedding videografi. Tapi sejak setahun dua kebelakangan ni aku perati dah lain pulak.



Nah.





Ini apa pulak ni amik gambar kucen nak kena operate ni??

Ah sudahh. Aku tak paham.

Kadang tu sampai amik video ke sekolah-sekolah.

Video budak berkursus lah.

Video sukan tahunan lah.

Video sukaneka tadika lah.

Ehhh macam-macam.


Paling aku terkejut bila abah terlibat dengan ini.





Amboiiiiii retis sangat abah aku.



Media katako!!!

Kemain sekarang dah join dunia selebtriti. Tak tahu macam mana abah dapat tender cover red carpet AIM baru ni untuk NTV7. Ohh kagum. Merasalah beliau beramah mesra dengan retis-retis. Facebook dia penuh gambar dia dengan retis je sekarang. Ceaaa!!

Tapi core business tetap amik gambar orang kawen katanya.


Masa balik Kedah ritu, jumpa abah.

Sempat la borak. Aku tanya abah, KENAPA VIDEO ABAH TAK SAMA MACAM VIDEOGRAFER-VIDEOGRAFER LAIN? 

Yelah..sekarang kan trend orang buat video kawen ala-ala filem gitu. Eh filem ke iklan aku pun tak tahu. Tapi yang macam highlight tu lah. Buat cantik-cantik, sweet sweet. Kan?

Aku tanya, nape abah tak buat stail macam tu. Kan banyak permintaan.

Abah kata....itulah beza dia dengan company lain.

Abah buat video kawen yang cover majlis dari awal sampai habis. Abah edit bagi cantik full video. Kalau highlight tu just edit cecantik tapi 5-10 minit je. Kebanyakan videografer bagi video full yang raw tanpa edit. Jadi sayanglah.

Ohhhhh...baru aku paham. Aku ni biasalah, buta teknologi sikit. Aku kawen dulu pun mana ada upah-upah videografer ni, abah kan ada. Haha. Jadi aku tak tahu sangat hal-hal videografer ni.

Tapi dalam unik-unik stail abah edit video tu aku tengok bukan calang-calang jugak customer dia. Ada anak VIP la, anak Dato itu Dato ini. Yelah, taste orang lain-lain. Ada yang suka cara cenggitu, ada suka cara cenggini. Terpulanglah.

Aku cakap dengan abah...

"Yong selalu ada niat nak promote business abah kat blog, tapi yong tak paham kenapa abah punya stail lain dari orang lain, itu yang tak jadi nak promote tu."

Hahaha. Direct je aku bagitau aku bodoh piang gitu kan. Haha.

Tapi bila abah dah explain, aku paham dah lah.

Tapi aku rasa, kalau aku tak promote pun, job abah sentiasa ada je. Bukan pengantin je cari abah, orang-orang korporat pun dah kenal dah company abah ni.


Nak tayang gambar sekeping lagi ni. Ni latest ni aku jumpa kat fesbuk abah.






Ewwaaahhhh..kalau takde kamera kat tangan tu mesti orang ingat abah pun menteri jugak. Keh keh keh.


Kemain sekarang ye abah. Semua dia sapu.

Yelah..bak kata orang, rezeki jangan tolak ye dok?

Aku doakan abah sukses dalam bisnes dia.

Tumpang gembira tengok abah dah hidup selesa banding dulu. 

Rumah pun dah besau.

Kereta besau.

Anak-anak pun dah besau-besau.

Isteri pun besau. Ngeeeee......;p


Sebenarnya entri ni bukan nak promote pun. Tapi kalau ada yang nak berkenalan lebih lanjut dengan bisnes ni or pakej-pakej yang abah tawarkan *confirm murah*, bolehlah tengok pict bawah ni.





Jangan soal aku macam-macam tentang pakej ke harga ke apa semua sebab aku memang tak tahu. Ngong sikit aku bab-bab ni. Tanya abahku terus la ye.

Eh tadi kata tak nak promosi. Hahaha.

Abah...

Love you!!

22 comments:

  1. wah, boleh lah wat videografi ulangtahun perkahwinan heee~~

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Kaaaannnn? abah adalah our 1st boifren forever and ever. =)

      Delete
  3. oh...Nana ni anak Wandet ke?kenal la abah Nana coz pernah amek khidmat Wandet ms wedding...tk sangka dpt kenal anknya plak...hehe

    ReplyDelete
  4. wah.. hebat.. ayah videographer.. saya, adik yg videographer. hehe

    ReplyDelete
  5. patut la cucu (aidi) dgn anak (yongnana) jd retis.. abah yong pun retis jugak lor. hehe..=)

    ReplyDelete
  6. tabik kat pakcik!
    you got the coolest father aver yong :D

    ReplyDelete
  7. laaaa.... abah akk ke... dlu sy kawin gune perkhidmatan abah akk...

    xsangka pulak... keciknya dunia ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la..abah kitew lettew. Hehe. Thanks sbb hired him. =)

      Delete
  8. : kak yong.... Awien salah sorg customer abah kak yong... Hehehe... Superb abah kak yong buat video... Sampai sedara mara awien pun tanye... Sapa videographer nye... Hehehe...

    Pstttt... Awiens siap dapat diskaun lagi sebab jual nama siAyed tu... Hehehe...

    Kenal hanafi or bern tak...?

    -jom la follow blog awiens plak..hihihi-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh Awien ni adik bern rupanya...dah sudah, jadi medan jejak kasih pulak memasing hari ni. Haha.

      Betul sgt strategi tu, jual nama anak-anak dia nnt dptlah diskaun. Ngeeeee..

      Delete
  9. alhamdulilah... yong, nie hanya cover di kedah sahaja... tempat lain x cover ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abah cover seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak. Sampai ke Siam nun pun dia ada job, tapi bukan wedding lah..ntahlah job apa kat sana. Huhuhu. Mana-mana pun abah boleh pegi with minimum transportation costs. =)

      Delete
  10. kagum ngan abah ko...siyes besh..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh kembang pulak hidung aku pagi ni. Haha. Semua abah pun best kan sebab dialah 1st boifren kita. =)

      Delete
  11. waa.. rasa terharu Wan memuji abah sendiri di dlm blog bagi satu dunia tau.. bangge2! rasa nk puji papa sendiri jek, tp melalui sms ja la.. Lid x b'blog :)

    ReplyDelete
  12. uncle wandet the best..diakan my videographer dulu2..hehe..vid dia buat utk wed etty pun sgt best..mak u pon baik..last time jumpe masa sarat preggy 1st child..now i nk masuk 2 pun..salam buat uncle wandet & aunty tau..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...