MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, September 19, 2010

ALA...TAK DAPAT DUIT RAYA PUN TAKPE.



Tarikh: 9 September @ 30 Ramadhan
Lokasi kejadian: Rumah tok di Padang Rengas Perak.
Jam di dinding: 6.30 petang gitu.



Suasana di dalam rumah amatlah meriah. Sekumpulan manusia yang bergelar sedara-mara sedang sibuk menyiapkan juadah berbuka puasa yang terakhir untuk tahun ni juga hidangan berhari raya untuk hari esok. Sangat meriah kerana ramai manusia yang buat-buat sibuk kerana mahu memeriahkan lagi suasana sehari sebelum hari raya.


Tentiba..

Ada satu makhluk bergelar wanita asiklahhhhhh tak duduk diam. Kejap ke depan kejap ke belakang. Kejap duduk ngadap laptop, pastu mengeluh tak tentu pasal, pastu asik dok letak henset *cikainya* ke telinga sambil mendengus-dengus marah kerana di rumah tok tiada line maxis. Emergency call only katanyeee.. Bila dah boring berkelakuan sedemikian, wanita tersebut mula mencari kerja lain iaitu menghidangkan lauk-pauk berbuka. Bila dah boring hidang lauk, beliau mula berperangai seperti di awal perenggan tadi. *sila baca semula untuk tahu*.


Tentiba lagik..


Wanita itu berdiri di depan laptop beliau dengan perasaan yang berair batu campur layaknya. Mukanya berkerut berkedut seperti mahu menahan ber*%k lagaknya.

















Tentiba...





Wahhhhhh!!!! Uwaaaaaa!!!! Eyeahhhhhhhhh!!! Hohohohohho!!!!! Horayyyyyyy!!


*sambil melompat-lompat bintang*


Apakeheynya???!


Entah.


Menjerit terpekik terlolong bagai orang gila sampaikan sang suami depan mata pun ternganga tak terkata apa.


Seisi rumah terkujat lagi terkesima. Yang ada di dapur berlari ke depan, yang ada di depan, berlari ke tengah, yang ada di luar berlari masuk kedalam. Mungkin gusar takut-takut wanita tersebut terkena sawan gigit sudu besi. Pelik ni...amat pelik.


Rupanya apa kamu tahu??



Wanita itu telah menerima satu berita.


Berita yang menggembirakan. Lebih gembira dari dapat duit raya.


Berita apakah???


Ini dia...








Gembira tak? Gembira tak??

Serius aku hilang pedoman kejap time dapat berita ni. Menjerit macam kena histeria sampai incik suami pun terdiam. Sampai semua pun hairan apa incik suami tak gembira ke aku dapat posting mengajar di Labuan??? Huhu..

Alhamdulillah...permintaan termakbul.


Mulai 27 September ni bermulalah hidup aku yang baru.


Baru mengajar, memulakan kerjaya sebagai seorang guru, juga baru belajar untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri idaman kalbu. Huhuhu.


Tapi dalam hepi-hepi, sedihnya tetap ada.


Kau gila tak sedih nak tinggalkan keluarga jauh beribu-ribu batu ke seberang laut sana??


Kalau flight semua kena tunda camne aku nak balik KL??


Berenang??


Setakat kuak anjing reti lah. Hahaha..

10 comments:

  1. i like..
    tahniah wan..
    jadi pendidik yang berjaya yer... sy doakan :)

    ReplyDelete
  2. wah...yong, congrats. hehe. selamat bergelar pendidik. btw, bila gsst baru lapor diri eh?

    ReplyDelete
  3. congratz...
    tp kan...saya mintak sangat padamkan ic no tu sbb mcm2 org blh guna dgn ic tu..ramai customer dah kena tipu (kredit kad, loan etc) dgn ic...for ur own good =)

    ReplyDelete
  4. wawawaa...dekat la dgn hubby...tak pjj lg

    ReplyDelete
  5. Cik Fiza..thanks ya! Wish me luck!


    Azian..cikgu gsst dengan lpsn DPLI sama ke ek? Hehehe..konpius tetiba..rasanya sama je kot. Tp FYI ambilan cikgu sethn ada 4 kali..jan, april, julai, okt. Huhu..

    Syima..thanks sgt2 sbb ingtkan. Btol2 terlepas pandang..hehe..

    EKA..Alhamdulillah..tak PJJ dah pasni. Hubby pun nampaknya teruja.hehe

    ReplyDelete
  6. Wan,

    All d best! Bila nak jumpa nih? kira ko xdpt dtg weds lin 10.10.10 nnt la?

    tcare! =)

    ReplyDelete
  7. Ninie...a'ah, tak dpt aku nak pegi wedding Lin nnt. Sedih jgk..nak balik cuti mcm mustahil la..baru je kot pegi sana.huhu..

    Bila nak jumpa nih??hehe..

    ReplyDelete
  8. ahad ni bley? sabtu aku ada open hse and weds. apa2 aku roger nnt.

    ReplyDelete
  9. Ninie oiii...Ahad ni la aku akan berangkat Labuan nun..Flight aku kul 7.50 pagi.Huhu..

    Kalau free Sabtu malam datang la rumah..Famili buat majlis doa selamat sikit sebelum aku terbang. Ajak Team bomba yang lain sama.

    ReplyDelete
  10. alamak!! br perasan reply ko! InsyaAllah..nak gak nyibuk dtg. hehehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...