MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 7, 2012

Ini dia on9 shop yang menipu itu. Seranggg!!!!


Okey..aku dah pikir masak-masak. Dah pikir dalam-dalam. Hari ni aku nak reveal nama online shop kat cuba cuba berani menipu aku tu.

Aku ni sebenarnya hati memang baaaanyaak baik. Kalau beli barang online, pernah je beberapa kali orang salah hantar barang aku. Aku nak baju corak A, dia bagi corak B. Aku nak kasut design C dia bagi design D. Malang pulak kasut design D tu kasut baby girl. Dah anak aku boy, camne?? Sebabkan aku baik hati, aku tambah lagi duit kat tokey kedai tu suruh dia hantar jugak kasut design C yang aku nak tu. Tapi sampai sekarang kasutnya tak sampai-sampai sebab akak kedai tu ada famili problem sekarang. Okey fine, aku paham. Jadi takde masalah untuk KIV deliver barang aku as long as aku tau apa sebenarnya yang berlaku.

Tapi ada sorang hamba Allah ni...alahaiiiii...aku tak tahu aku insan pertama yang terkena ke apa. Kalau aku yang first, memang malanglah aku kali ni.

Hari Rabu lepas, 30 Mei..aku ada place order kat satu online shop kat fesbuk. Mula-mula aku inbox, tapi tak reply. Aku pulak nak barang ni secepat yang boleh sebab konon nak jadikan hadiah anibeseri untuk incik suami. Anibeseri on 4 June, jadi memang takde masa sangat dah. Jadi nak cepat, aku place order guna sms jek.

Dan ada respon. Aku bagitau aku nak baju sekian-sekian *3 helai semuanya*, aku dah bank in duit sekian-sekian, reference number sekian-sekian, alamat apa semua aku dah bagi.

Then dia reply lebih kurang gini.

"Okey okey. Saya atas bas sekarang ni. Nanti sampai rumah saya check stok. Kalau ada saya pos esok."

Okey.

Aku pun senang hati lah pikir hadiah untuk suami dah setel. Legaaaa....

Esoknya aku sms lagi tanya status order aku camne, ada ke tidak barangnya...tak berbalas.

Aku inbox kat fesbuk..pun tak jawab. Ohh mungkin dia bizi. Takpelah. Tunggu lagi.

Tunggu punya tunggu punya tunggu sampai ke sudah takde jawapan. Aku sms tak jawab, banyak kali inbox pun tak respon. Aku call pun takdenya dia nak angkat. Nak kata bizi, aku tengok wall dia tiap-tiap hari hapdet. Gamaknya fesbuk dia rosak kot. Haha.

Itu yang bila incik suami kata nak anjak date sambut anibeseri aku jadi gelabah gila sebab aku sendiri tak tahu apa citer hadiah incik suami yang aku order. Tak pasal-pasal melayang RM900 sebab nak beli henpon sorang satu. Huhu.

Kesimpulannya sampai ke hari ini, saat ini aku masih tak tahu apa cerita order jersi aku tu. Walaupun jumlah yang aku bayar cuma RM115, tapi itu tetap duit. Wei, RM115 tu sama dengan belanja sekolah aku untuk 2 minggu tau. Valuable jugak apa. Lainlah kalau aku orang kaya yang takleh nak beza ni not seratus ke not singgit.

Tapi aku memang tak larat nak mengharap dah. Aku pun dah reveal kat incik suami hal yang sebenar dan dia memang marah, siap mintak telefon biar dia maki kan jek. Tapi nak buat camne kan, bini abang ni hati memang selembut sutera, tak sampai hati. Sampai terngiang-ngiang pesan mama..."biar orang buat kita takpe, jangan kita buat orang." Ohh tentiba rindu mama. Huhu.

Jadi takyah bebel panjang lagi dah sebab aku tau ramai yang nak tau siapa yang sanggup memperkotak katikkan hatiku yang tulus ini....*muntoh*


Ini dia orangnya.


KEDAI JERSI BOLA ONLINE

Sila sila klik. Tak pasal aku promosi kedai dia pulak.

Ramai jugak yang cadang suruh aku report polis since aku ada nombor akaun dia. So tak jadi masalah kalau nak trace siapa orang ni. Nama penuh dia pun aku tau. Tapi entahlah...aku ni memang tak suka nyusahkan orang. Kalau aku ter buat org susah, nanti aku sendiri akan susah hati. Camne?


Aku tak nak ajak korang pakat-pakat boikot kedai ni ke apa. Itu namanya sekat periuk nasi orang.Cuma pesan aku....

Be careful. Jangan sampai banana fruit two times.





Ohh lega bila dah luahkan semua.












7 comments:

  1. mmg menyakitkan hati je klu org menipu ni... kite banned die!

    ReplyDelete
  2. kuang ajaq btul brani menipu org...
    dh la harga tu mcm agk mahal je...
    semoga Allah balas pbuatan org mcmtu...kite BANNED kedai dia!!!!

    ReplyDelete
  3. K.wan boleh report kat tribunal pengguna...case kalau camni boleh menang...

    ReplyDelete
  4. rm115 tu byk jugak yong..
    i penah kena tipu gak kat mudah.com dan org tu skrg buat online shop jugak jual tudung..
    dia kata handbag guess tu ori...sekali rupanya cap pasar malam rm250 duit husband melayang.sampai skrg takmau pun mtk maaf

    ReplyDelete
  5. tindakan yang betul...sebab wan bukan reka cerita..cerita benar...sabar wan...semoga terbuka hati "si hawau" tu refund or bagi baju yang wan beli...harap2

    ReplyDelete
  6. dah tgk kat fb dia td. nampak gayanya mcm bukan yong sorang jer yg kena tipu...memang tak takut agaknya makan duit haram.

    ReplyDelete
  7. boleh bagi nama kedai tu..sebab try bukak link tak dpt..tqvm

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...