MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, July 11, 2012

Aidi Eksiden!


Yeay!! Hari ni 11 haribulan. Esok Aidi enter 7 months. Alhamdulillah. Bertambah sebulan lagi umur Aidi. Sekejap je rasanya dia dah besar.

Aidi sekarang ni makin lasak. Uiii aiii..memang melasak tiap hari. Celik je mata terus meyulur macam aksi komando lalu bawah dawai besi tu. Kiri kanan kiri kanan kiri kanan. Haha. Aidi belum lagi boleh merangkak. Orang kata biasanya baby akan pandai duduk sendiri dulu then baru dia akan merangkak. Okey, sekarang nak tunggu Aidi boleh duduk sendiri dulu. Aidi kalau kita dudukkan dia..memang boleh je dia duduk. Stabil dah kalau didudukkan. Tapi kalau nak tengok dia sendiri dudukkan diri dia sendiri belum lagi lah setakat ni. Takpe takpe..usaha lebih sikit hokey?

Makan..hmmm macam biasalah. Tak pernah tak selera makan. Demam ke apa ke makan tetap selera. Start esok aku nak bagi Aidi makan 2 kali sehari. Sekali makan bubur nasi, sekali lagi makan buah. Antara waktu makan bolehlah bagi dia snek macam biskut baby tu ke...buat kudap-kudap.

Baru-baru ni terjumpa benda ni.

Food feeder.



Kita boleh letak puree or buah-buah yang lembut dalam tu then baby boleh nyot nyot nyot makan sambil tengok TV. Haha. Menarik kan? Teringin nak beli. Tapi nantilah..harus meeting dulu dengan incik suami. Hehe.

Aidi kan sekarang suka nau praktis memanjat. Kalau aku duduk atas lantai, gigih dia paut badan montel mama dia ni untuk berdiri. Pastu mulut pun sama naik sekali ehhh ohhh ihhhh ehhh sampailah dia dapat berdiri.

Gigih sangat. Aku syak budak ni tak merangkak kot..dia terus berjalan je nanti. Haha.

Eh semalam memang ada kes. Aku memang regret jugaklah sebab boleh terlepas pandang.

Aidilah..

Entah apa dia buat entah..tentiba aku dengar bunyi GEDEGANG!!!

Tau-tau je dah kena timpa dengan kerusi.

Oh no!

Melurulah aku pergi tengok anak.

Aku saspek dia ada buat cubaan cubaan untuk berpaut pada kerusi meja makan tu. Kerusi tu kerusi kayu, tapi takdelah berat. Ringan je. Setakat Aidi tarik memang boleh sembah bumi. Huhu.

Jadi semalam, merasalah Aidi kena timpa kerusi. Ajaibnya dia langsung tak nangis. Cebik pun tak. Aku saspek dia kena kejutan. Itu yang sampai speechless tu. Haha. Tapi aku belek-belek jugak kepala badan dia apa semua. Takut kalau-kalau ada lebam ke apa. Tapi Alhamdulillah semua okey. Kena lebih berhati-hati. Budak dah melasak, kalau boleh rumah tu nak bagi lapang je tak payah ada benda apa pun. Senang.

Ha..ada satu lagi insiden.

Walker.

Aidi kan...dah dua kali terlurut jatuh ke bawah dari seat walker dia. Silap aku jugak, masa beli walker tu tak belek betul-betul. Seat walker tu tak berapa nak kukuh. Dia pakai ikat-ikat macam ikat tali pinggang tu jek. Dapat pulak anak yang berat badan boleh tahan berat, jadi selalulah ikatan tu terlucut. Selalunya setiap kali nak masukkan Aidi dalam walker, aku akan check dulu ikatan dia okey ke tidak. Tapi entahlah camne sekali tu..aku rasa aku dah check dah. Siap dah ketatkan lagi talinya. Tapi tentiba tengok..eh eh..Aidi dah jatuh ke bawah. Huhu. Pun dia tak menangis jugak. Aku pun tak paham, anak aku ni tak reti sakit ke apa entahlah. Hehe.

Dua kali jadi gitu. Nak tunggu jadi lagi buat kali ketiga ke?

Oh no!!

Aku terus banned itu walker.













Dan beli yang baru.

Hehehe.


Nantilah aku cerita kenapa aku nak jugak beli walker baru.

Kenapa tak stop aje terus guna walker.

Nanti aku cerita okey.

Daa!








2 comments:

  1. baru tengok kat NatGeo haritu, pasal Baby's Science, dia kata, tak semestinya baby kene ikut step (menyulor/merangkak/berjalan). Ada yang advance, terus berdiri, berjalan je.

    Agaknya Aidi tergolong dalam kelompok hat terus jalan tak?

    ReplyDelete
  2. comel je aidi xnanges heheheheh mesti terkebil2 je gitu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...