MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Thursday, July 5, 2012

Cikguuuuu Jugak Yang Kena Buat.



Esok adalah hari penutup kejohanan padang dan balapan sekolah aku. Selalunya time penutup ni kan ada acara perbarisan rumah sukan kan? Ha..ada lah acara tu esok. Bila kata perbarisan rumah sukan, semua pun tahu camne rupanya.

Ada puteri pegang sepanduk. *tak pernah aku tengok putera pegang sepanduk. Nape ek?*

Pastu semua berhias bagai nak rak. Pakai selempang lah, rambu ramba lah, lilit sana sini.

Nak lagi glamer, taruk maskot sekor kat depan tu.

Dah macam kereta berhias dah aku tengok.

Tapi berkawadnya tak jugak cantik-cantik. Berterabur jugak serupa taik kambing. Hehe.

Masuk tahun ni kira 2 tahun la aku in charge perbarisan rumah sukan ni. Tahun lepas dengan Aidi dalam perut aku memekik tengah padang bebelkan budak-budak yang jalan macam robocop.

Tahun ni aku ingat bolehlah aku escape since ada ramai cikgu baru kat sekolah aku. Elehhh...kau tu pun macam lah cikgu lama sangat. Dua tahun pun tak sampai. Ceit!

Jadi sebabkan aku pun cikgu tak berapa nak lama..so aku in charge la lagi perbarisan ni. Keluar sensorang beli barang-barang aksesori bagai.

T.Shirt putih untuk 13 orang budak yang takde t.shirt putih kat rumah.

Cari cekak yang ada sesungut tu sebab tema kami pari-pari. Haha! Tapi hazabnyalah nak mencari 25 biji cekak tu. Semua kedai takde stok sebanyak itu. Aku dapat cari 13 bijik jek. Nasiblah..siapa dapat pakai..dapatlah.

Masuk supermarket borong kertas manila, A4 paper, gam gunting segala sampai penuh troli.

Keluar masuk kedai cari benda alah bulu-bulu yang selalu mak nyah mak nyah lilit kat tengkuk tu.

Masuk kedai kain pulak beli kain untuk buat bendera sebab bendera rumah sukan aku entah ke mana hilangnya. Kedaung!

Entah apa benda lagi aku beli lagi tadi entahlah. Yang pasti penuh tangan kiri kanan.



Dan benda paling kesian adalah...semua perbelanjaan di atas adalah menggunakan duit aku sendiri. Sob sob sob....aku tak sanggup nak tengok resit berapa ratus duit terbang melayang hari ni. Takpelah, asalkan tak kena makan megi sampai dapat gaji sudahlah. Huhu..



Dan ini...





Cikguuuu jugak yang kena cucikan.


Aduhainyepunnn!!


Korang kalau dapat tempat tercorot esok memang siap! Tadah telinga je lah. Heh.



4 comments:

  1. salam cikgu.. :P huda baca blog yong masa zaman b2b dulu.. ni seronok baca blog jiran. hehe. huda duk dgn husband kat L10

    ReplyDelete
  2. Hai Huda!! Ada sorang lagi jiran rupanya yang baca blog ni. Aish..malu pulak rasa. Haha.

    Tinggal kat L10 eh? Bolehlah kita saling kunjung mengunjung di Aidilfitri nanti kan? Hehe..

    ReplyDelete
  3. mmg follow blog wan ni.. tp entry ni ntah mana silapnye x terbaca.. ooo, jd cikgu ajar anak murid berkawad ye.. dlu time hari sukan, berkawad ke tidak cikgu wan ni.. hahah.. terigt zaman skola ngn cikgu wan nie.. *peace*lid*

    ReplyDelete
  4. Hamboi lid...stalker gitu. Haha. Eh dulu masa sekolah tiap tahun tau join kawad. Dari darjah 4 sampai ting 5 mana pernah miss. Masuk u pun siap join kesatria lagi. Itu yg terbawak-bawak smgt tu sampai dah jadi cikgu ni.hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...