MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Thursday, July 26, 2012

Syoknya Dapat Bonus Raya.=)


Hari ni bangun je subuh tadi terus rasa macam kepala berat sangat. Macam pening. Bila cuba berdiri, rasa pitam. Berpusing-pusing dunia. Jadi terus baring balik sambil memikir-mikir nak sekolah ke nak mc..nak sekolah ke nak mc. Last-last buat keputusan untuk mc. Heh. Jap gi nak pegi klinik. Manalah tau kot-kot aku  kena blood pressure ke apa, maklumlah..cikgu. Huhu.

Eh, semalam best kan bila dengar ada bonus raya.

Syukur alhamdulillah. Setengah bulan gaji tu bagi aku dah banyak dah tu. Cukuplah buat belanja raya. Incik suami pun dapat jugak. Syukur...rezeki kami.

Tapi dah dengar dapat bonus, terus tak tau nak buat apa dengan duit tu. Boleh?? Haha..macamlah kau kaya sangat duit berkepuk sampai tak tau nak buat apa kan? Banyak je benda boleh buat. Tapi kalau bab nak beli-beli baju raya lagi memang incik suami dah sekat dah.

Baju raya Aidi dah segini tingginya...boleh bikin menara.



Manalah laki aku tak jeling-jeling je bila aku pegang-pegang baju baby kat mall lagi. Haha.

Cukuplah tu.

Baju melayu husband pun siap ada 2 pasang. Padahal kena duty masa raya. Achaner? Bawak ke tahun depan la nampaknya baju tu. Hehe.

Baju aku pun setel dah. Dah jadi mak mak ni aku malas nak beli blouse and jeans dah. Hari raya memang tiap hari pakai baju kurung.

Tinggal kasut  raya je lagi. Semalam aku usha-usha jugak kasut raya kat supermarket underdog kat Labuan ni, tapi incik suami buat muka ketat tengok design-design kasut situ. Dia suruh cari kat Parkson. Eh sebijik macam mak lah, kalau nak beli kasut kat Labuan ni mesti suruh beli kat Parkson. Hehe.

Takpelah..dah orang nak sponsor, kita layankan ajek. Kang banyak-banyak komplen kang terus tak dapat baru padan muka.

Yang penting henbeg jurulatih i dah setel bayar.

incik suami lah kiut sangat bila keluarkan dialog...

"ayang...lepas hidangkan lauk tu, pergi mandi. Lepas mandi jom kita bayar duit beg kuch." 

Olololo...comelnya. Muntoh!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...