MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 27, 2012

Masterchep Untuk Suami


7 hari dah berpuasa.

Alhamdulillah.

Tak lama dah nak raya. Maknanya tak lama lagi tunggang terbaliklah dapur aku ni nak siapkan makanan raya. Haha!

Tahun ni, aku sedikit kagum pada diri sendiri sebab berjaya mengawal diri dari membeli makanan banyak-banyak kat pasar ramadhan. Cewaaahhhh! Boleh kata setiap hari aku akan cuba jugak memasak. Hentam je lah masak apa pun sebab aku ni bukan kategori hebat di dapur. Balik-balik lauk sambal, tak pun masak kicap, tak pun sup, tak pun goreng-goreng jek. Nak kata masak yang menggunakan santan-santan ni memang aku kalau boleh elakkan. Entahlah..aku dengan santan macam segan sikit. Haha.

Pastu aku nak puji diri sendiri sebab selama seminggu puasa ni aku dah berjaya hasilkan 2 jenis kuih.

Haaa....mesti ada yang nak kata dalam hati *ek eleh...dua jenis kuih pun nak kecoh!*

Haha.

Takpe..sila gelakkan sebab aku pun kenkadang suka gelakkan diri sendiri. Umur dah banyak tapi kat dapur alahaiiiii.....malas nak sebut.




kuih keria air tangan yongnana



buah melaka versi merah in karer.


Secara peribadi, bulan Ramadhan ni telah melonjakkan *begituuuu* sedikit kemahiran di dapur aku ke satu tahap lagi. Tepuk tepuk tepuk.

Ni kalau mama tengok aku buat kuih muih, masak setiap hari semua ni mesti beliau tak percaya.

Sebab aku masa anak dara dulu..goreng ayam pun mentah dalam.

Haha!



3 comments:

  1. haha. yong, funny k melonjakkan. kuih2 bazar kat taman mcm kureng la. 2x dah beli tp x sedap. laksa pun x kena dgn tekak. yg kat bandar ok sikit. lagipun alfa cafe jual nasi dagang.. weehuu. my fav

    ReplyDelete
  2. "aku dengan santan macam segan sikit." Haha. kelakar betul akak ni.. sama lah kita..hehe..

    seminggu puasa 2 jenis kuih kira orait lah tu.. sebab akak kan bekerja.. keep it up..

    selamat menjadi masterchef untuk suami anda..hehehe..

    ReplyDelete
  3. eerrrr...aku nak masak gak bulan2 pose ni..tapi takde mase ar...[alasan] ;p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...