MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, July 4, 2012

Resepi Bubur Chicktato With Cheese


Dah berapa hari dok timbang kira timbang kira nak beli ke tidak benda alah ni.



Sudahnya aku beli jugak

Kirim kat adik ipar aku belikan kat Sogo. Uiiii...nak yang kat Sogo jugak. Baru feeling key ell. Haha! Panjang ceritanya kenapa aku beli kat Sogo, tak payah ceritalah kan. Plot tak penting.

Jadi semalam dah try guna.

Mula-mula aku try guna warmer dia untuk panaskan susu Aidi. Eh..kejap je dah panas susu anak. *memanglah dah nama pun warmer. Ngok!*

Pastu aku mulalah rajin nak prepare food Aidi pulak. Eh food prosessor ni datang sekali dengan buku resepi tau. Alah..tapi tak banyak lah resepinya. Adalah dalam 10 jenis je kot. Tapi aku cuba-cuba try lah jugak. Improvised sikit-sikit maka jadilah...

BUBUR CHICKTATO WITH CHEESE.

Bunyi macam sedap kan? Eh memang sedap tau. Aidi pun kemain banyak makan. Habis sepinggan. Tambah cepat habis bila mama pun sama makan sekali. Haha! Tak senonoh mama makan makanan anak. Huhu..sedap sangat.


Meh aku share resepi.

Bubur Chicktato With Cheese.

Bahan-bahan:

-Beras
-Potato
-Isi ayam
-Slice cheese

Cara masak:

1. Masak bubur nasi macam biasa. Just bubur kosong. Tak payah bubuh garam etc.
2. Sementara bubur masak, kupas and potong potato kecik-kecik. Ayam pun sama. Basuh bersih and potong kecik-kecik.
3. Kalau ada steamer, steam potato and isi ayam tadi. Kalau takde steamer, rebus pun takde masalah aku rasa. Jangan bagi makan mentah sudah.
4. Lepas tu blend potato and ayam bersama sedikit slice cheese. Agak-agaklah cheesenya banyak mana kan. Jangan byk sangat, nanti muak pulak anak. Blend sampai jadi puree. 
5. Bila sampai time makan, campurkan bubur nasi dengan chictatocheese tadi. Bubuhlah sesudu ke dua sudu ke asalkan sedap. Heh. Yang belen, simpan dalam freeze untuk hari-hari esoknya.
6. Then..makan!!


Gambar adalah takde sebab mama terlalu eksaited guna food prosessor baru. Huhu.

Since Aidi dah tumbuh gigi ni aku memang dah start introduced dia makanan separa pejal. Macam bubur tu dulu aku blend jadi puree, sekarang ni tak dah. Aku masak bubur sampai betul-betul pecah then aku lenyek sikit-sikit pulak guna senduk. Barulah Aidi feeling orang dewasa dapat makan nasik. Hehe.

Next week Aidi 7 bulan.

Aku nak start bagi dia makan 2 kali sehari.

Pagi and tengah hari.

Maybe pagi bagi dia breakfast buah-buahan. Tengah hari baru makan nasik.

Okey ke camtu?






3 comments:

  1. aku bace pon dah terliur..ni kang aku yang buat tuk makan sendiri..huhu

    ReplyDelete
  2. bape hengget ni...??rase cam nk beli jgk..hihi

    ReplyDelete
  3. rasenye ok kalu bg tgh hari n ptg kot..ti bile mlm die lapo..

    tp kalu aidi kuat mkn,bg 3x shari..breakfast n ptg bg buah..xla berat sgt..lunch je cmpr bubur..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...