MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Saturday, July 21, 2012

Playroom: Perlu Atau Tidak


Salam Ramadhan dan salam 1 Malaysia.

Wahhh..macam nak berpidato kan. Haha. Hari ni seronok sebab 1st Ramadhan. Aku tengok kat fesbuk masing-masing dok tayang lauk berbuka. Perghhh!! Memang sedap. Tengok gambar pun tau sedap. Aku je segan nak tepek lauk berbuka sendiri sebab tau dah tak sedap. Haha. Eh aku sebenarnya belum puasa lagi. Korang puasa-puasa lah dulu, aku puasa kendian sikit. Haha.

Jadi tajuk entri kita pada hari ini adalah


Playroom...Perlu Atau Tidak.

Begituuu...

Mari kita bahaskan. Miahaha!

Dulu..masa aku kekecik, tak pernah aku ada playroom apa semua ni. Toys aku semua mama simpan dalam bakul baju yang besar sekali tu. Bila nak main, ha kau terbalikkan je bakul tu. Maka mainan akan bertabur. Ruang tamu otomatik bertukar jadi playroom. Lepas main, simpan balik. Kemas. Begitulah setiap hari.

Bila aku mengandungkan Aidi...aku terus terdetik nak sediakan 1 bilik bermain untuk dia. Kenapa dan mengapa? Hurmm payah nak jelaskan. Tapi bagi aku ada beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum buat keputusan nak sediakan playroom anak ni.

1. Nak rumah kemas sentiasa.

Okey. Jujurnya ini adalah sebab utama kenapa aku dari awal bercadang nak buat playroom untuk Aidi. Kononnya kalau anak ada ruang bermain dia sendiri, ruang tamu akan lebih terjaga. Walaupun rumah aku takdelah kemas berkilat sampai secubit habuk pun tak jumpa, at least kalau Aidi ada playroom, takdelah aku jumpa anak patung beruang bawah kusyen sofa, teether bentuk ulat bulu ada atas kabinet TV, bola ada bawah meja makan dan sebagainya.

Aku sekarang memang tengah latih Aidi, toys tak boleh bawak keluar dari playroom. Nak main, main dalam bilik. Even nak minum susu pun aku train Aidi minum susu dalam bilik dia sendiri. Cuma walker dia je dibenarkan keluar dari bilik. Hehe.







2. Ada Ruang Lebih.

Faktor ni kena kenalpasti jugak. Kalau rumah ada bilik lebih, ada ruang lebih, bolehlah buat bilik bermain. Tapi kalau rumah ngam-ngam je biliknya..takkan nak meroyan nakkan playroom untuk anak jugak kan? Mungkin boleh pikirkan alternatif lain..contohnya beli playard, letakkan kat satu sudut dalam rumah sebagai ruang bermain anak. Lebih selamat banding biarkan dia main bawah meja makan.



3. Bajet.

Nak sediakan playroom untuk anak, bajet mesti ada. Tak banyak, sikit mesti ada. Playroom memang tak perlukan perabot. Kalau boleh tak payah ada sebarang perabot. Biarkan kosong dan lapang. Mudah untuk anak bergerak. Tapi tetap kena ada sedikit peruntukan untuk dekorasi bilik. 


- Beli tikar/alas lantai yang sesuai dan selamat untuk anak. Aku cadangkan ABC puzzle mat. Memang selamat sebab lembut. Aidi dah berapa kali jatuh, berapa kali muka tersembam ke lantai pun muka maintain macho. Tak sakit katanya. Haha.

- Beli rak/bekas/bakul untuk isi semua toys anak. Dicadangkan beli yang tidak terlalu tinggi supaya mudah anak-anak nak capai mainan mereka.

- Kalau ada duit lebih, boleh beli wall sticker yang bersesuaian untuk bilik baby. Aku beli wall sticker di buywallsticker.com. Beli pun cari yang ada diskaun besar-besar jek. Hehe. Aku terbeli lebih, pastu yang lebih tu aku bagi kat Mak Long Aidi untuk hias bilik anak-anak dia...sekali korang tau apa? Dia buang!! Aku jumpa dalam tong sampah rumah dia. Sedih sangat. Walaupun sticker 50 hengget, duit jugak tu wei. Sampai sekarang aku masih sedih kenankan sticker aku dalam tong sampah. Wuwuwuwu...Okey dah.





4. Sediakan toys yang sesuai.

Kalau ada playroom je tapi toys je takde tak jadi jugak kan? Hehe. Jadi sebagai ibubapa, kita kena sediakan mainan untuk anak. Toys ni sebenarnya mainkan peranan penting jugak dalam perkembangan otak baby. Ye memang dulu-dulu kita pun main je apa yang ada kat rumah tu. Ada sudip, mainlah sudip. Ada mangkuk, main mangkuk..tapi membesar jugak, berjaya jugak kerja hebat-hebat. Ye, itu nasib kita. Apa salahnya kau dah kerja hebat-hebat ni sediakanlah sedikit peruntukan setiap bulan untuk beli sesuatu yang boleh merangsang perkembangan anak. Bukan untuk orang lain, anak kita jugak.

Jadi beli mainan yang bersesuaian. Kalau baby baya-baya Aidi ni, elakkan beli toys yang ada small parts macam lego ke, playdoh, permainan masak-masak, even kereta kecik-kecik tu pun bahaya. Beli toys yang besar *jgn gedabak sangat*, lembut, mudah dipegang dan mudah dicapai oleh baby. Yang penting warna yang terang. Baik untuk mata baby.

Aku ni sedar diri bukan orang kaya, jadi kalau teringin nak beli toys branded macam playskool ke, fisher price ke apa..aku beli yang second hand jek. Beli kat juaimurah. Dapatlah toys yang branded dan masih elok pada harga murah. Biasanya 50% lebih murah. Jadilah. Bukan nak main sampai tua kan?



playgym, big rattle, music drum tu aku beli kat juaimurah. Semuanya favourite toys Aidi.



Setakat ni, itu je lah yang aku terpikir tentang playroom ni.

Apapun semuanya di tangan kita. Rasa nak sediakan playroom, boleh sediakan.

Kalau rasa tak perlu, pun tak jadi masalah.

Yang penting, sediakan ruang yang selamat untuk anak bermain. 



lepas dah penat main, kita tido. Huhu



Ini gambar paling latest. Tengah elok mama dengan abahnya makan berbuka..anak bertuah ni pandai bawak diri masuk dalam bilik layan diri sendiri.


Habis tunggang terbalik semua.

Lantakkan.

Nama pun playroom. 




7 comments:

  1. yong..bilik kite tiga..satu dah master room, satu dah jadik opis papa nye..satu lagik dah jadik bilik laundry..semua almari baju ke, yg berkaitan ngn kain baju dh terlambak bilik tu...memang teringin nak ade playroommmmm jugak....huhuuuuu (kenapa umah aku bilik tak empat????)

    ReplyDelete
  2. Besnya ader playroom!yonh,mana beli storage box letk mainan tu?mcm bes je,blh sumnat semua..hehehe

    ReplyDelete
  3. tu lah mcm nak buat playroom..
    1 bilik tu letak laptop mama, ps3 abah n mainan baby...ok kan...sume blh main kat situ

    ReplyDelete
  4. Untung aidi..mamanya kretip sedia playroom bagai...mama airis ni xkretip+xrajin..bilik ade tp penuh baju n brg2 xpakai..kalau kemas mau boleh wat playroom airis tu tp nk ke dia main sorg2 dlm tu..jauh dr ruang tamu n dapur mama lak nt

    ReplyDelete
  5. Nak jugak la wat playroom! Tp ade katl m lemari die plak...aaaaa belasah je la...:p

    ReplyDelete
  6. Seronoknya Aidi!!!
    Nanak saya, saya train macam nie gak.. Dah besar, keluar gak mainan dier tu..apa leh buatkan..

    Tapi ok la...kalo mood baik, suruh simpan... pandai jer hangkut semua masuk bilik mainan...

    Tapi kalo mood kureng, mama papa jugak yang kene simpan... heheh

    Bagus Yong, train awal-awal.. :-)

    ReplyDelete
  7. Yna...apaagi, beli rumah bilik 4 cepat. Haha..nak playroom semata sampai kena beli rumah baru. Hehe.

    Yun..storage box tu beli kat Parkson jek. Terpikat sebab colorful.=)


    Syima..elok jgk tu. Boleh bubuh tajuk OUR PLAYROOM intead of MY PLAYROOM. hehe. Tapi betul, baby kalau nak main pun dia suka kalau ada org teman dia main. So elok sgt lah tu..baby main toys dia..mummy and daddy pun main 'toys' memasing.=)

    Ayda...rumah kami cenonet jek, sng. Dari ruang tamu boleh pakai intai je Aidi tgh buat apa kat dalam bilik dia. Kalau rumah besar betingkat-tingkat mmg susah sikit kot. Jenuh nak naik turun kalau anak memanggil.


    Wawa..takpe, ada katil and lemari pun boleh. Tapi kena minima kan perabotlah. Aidi pun itulah playroom itulah bedroom itulah fitting room. Semuanya di situ. Haha.


    Diana..kita boleh latih jek..dah besar esok tak tau lah dia nak ngikut ke tak apa yg dilatih tu. Kalau tak ikut..mama jadi singa lah. heh.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...