MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Thursday, July 5, 2012

Demam


Sekarang ni memang musim orang demam kan? Lepas sorang sorang demam.

Sabtu minggu lepas, Aidi demam dulu. Tapi budak tu demam tak demam sangatlah. Badan tak panas, just batuk and selsema jek. Sekarang dah okey.

Pastu Rabu minggu lepas, ha aku pulak terjangkit demam. Mula-mula hidung je berair. Sok sek sok sek sepanjang hari. Esoknya ke klinik, doktor kata suhu badan aku memang panas. Tapi takdelah pulak aku rasa badan aku panas. Panas dalam mungkin. Pastu tekak dah merah. Memang dapat mc tanpa perlu dipohon. Huhuhu. Alhamdulillah sekarang aku pun dah kebah.

Semalam....

Orang yang konon paling jarang demam telah diserang.

Incik suami kesayangan kedemaman....sian sangat.

Semalam kat sekolah aku ada call incik suami, suara macam orang tengah mamai tido je. Aku tak pikir panjang terus je bebel..

"Abang ni tido lagi ke ni? Bangunlah bang..pergi baris. Nanti lambat."

Terus kau....bebel pot pet pot pet kondem laki kuat tido bla bla bla.  Sekali dia jawab...sayu je suara.

"Abang dah pergi baris dah tadi. Abang kat rumah ni. Abang demam. Nanti balik sekolah belikan abang ubat eh?"

Oh oh oh....bersalahnya. Padanlah suara dah lain. Serak-serak Ella gitu. Rupanya demam.

Ubat demam aku yang aritu pun tak habis lagi. Jadi bolehlah sambung habiskan. Lengkap dah ubat tu...ubat demam ada, selsema ada, batuk ada, sakit tekak ada, antibiotik pun ada. Tinggal mc je takde dah. Kui kui kui.

Bangun pagi tadi..badan incik suami masih panas.

"Abang...abang nak pergi kerja ke tak hari ni?"

"Pergi."



Kau kalau dah namanya tentera...sayangnya pada tugas tu kadang melebihi sayang anak bini.

Sakit demam pun apa ada hal kan?

Get well soon babang!

3 comments:

  1. aku pon rase macam nak demam gak sekarang ni...tekak dah rase perit...

    ReplyDelete
  2. aska mmg mcm tu kot..sama mcm ai att c pun pegi juga keje..huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...