MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Tuesday, July 24, 2012

Instagram?? Apakebendanya tu??

Amboiiiii hangpa la ni..masing-masing dok kalut instagram instagram no..mentang-mentang masing-masing telefon canggih. Jelly tau!

Aku ni dah lama jugak dok perati lepas sorang sorang dok post gambar kat facebook using instagram. Dalam hati aku..."diorang pakai fon canggih, bolehlah amik gambar cantik-cantik instagram instagram ni. Kau punya fon cokia ko duduk diam-diam sudah." Haha...mengutuk diri sendiri kekdahnya.

Tapi aku tak puas hati. Nak jugak tau menatang apa instagram ni. Jadi aku google.

Google kata, instagram boleh guna untuk semua telefon android.

Android??

Eh bukan fon aku pun kategori android ke walaupun harga pat ratus jek. Haha. Nak jugaaakkk.

Sekali godek godek....klik sini klik sana..download install sikit-sikit..

Tada!!!

Henfon cokia i dah ada instagram!! Weehooo!!

Pastu apa lagi...terus upload sekeping kat facebook.


Hai aunties!!




Lepas tu terus ada orang nak follow. Retis sangat kan aku? Haha..debishhh!!*tumbuk diri sendiri*

Padahal aku tak tau pun instagram ni macam blog, boleh follow follow. Pastu mulalah gelabah tak tahu camne nak follow orang.

Gelabah sangat okey.

Boleh baca perbualan sengal di bawah.







Rupanya si Tira Miss U tu pun tak reti. Wakaka!! Apa ni kak, nama je kita dua ni cikgu, tapi nan hado!

Eh hari ni 24 Julai besday Tira Miss U, HAPPY BIRTHDAY MAMA BABY A!!

Okey sambung balik. 

Yang aku ni tak habis-habis la dok godek-godek camne nak follow member kat instagram ni. Tak setel-setel.

Rupanya.....

Ha baca sendiri dialog di bawah. 



Gigih nak instagram pakai LAPTOP!!

Manalah boleh.

Oii..orang sekarang tak pakai dah lappy lappy ni. Semua pakat pakai notty notty *note* and s3 s3 and tabby tabby *tab* jek.

Pandai sangat nak ber instagram guna laptop. Zaman batu ke apa kau ni yongnana?? Haha.

Tapi takpelah..yang penting telefon cokia aku tu pun adik beradik android. Walaupun murah..yang penting boleh instagram.

Lepas ni semua entri kita upload gambar siap edit instagram hokey. 

Haha.

Okeylah..daa.

Nak masuk kelas.

Terimalah gambar instagram dari aku lagi.




6 comments:

  1. untung la kak yong ada hp android,saya ni hp cokia betul ni,android pun nan hado...hehehe...;p

    ReplyDelete
  2. ala nak jugak..ajar jap camne nak install...huhu

    ReplyDelete
  3. Hihi.... Malu je kan.... Org lain gmbr da beratus2 dlm instagram tu, kakak br 3 keping je, ngeeeee... Tu pon eddie yg buatkan akaun, blerghhhhh..... Eh eh, siap wish besday.... Tengkiu mama aidi... :-) i lap u lah, muwah2!

    ReplyDelete
  4. uit kelas berinstantgram hihihihi :)

    ReplyDelete
  5. Follow la yun jugak,nurul2209!heheheh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...