MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Thursday, September 13, 2012

5 Tahun Lepas.....Hai Boleh kenalan? Heh.


13 haribulan September...

Genap 5 tahun menyulam cinta. Ceeewaaahh!!

5 Tahun kenal incik suami buat aku makin paham perangai dia. Dia pun rasanya dah masak sangat dengan perangai aku.

Dulu kan, masa zaman cintan-cintun kan, incik suami ni takdelah romantik sangat. Dia bukan spesis suka beli-beli kita hadiah ke apa. Aku tak tau lah dia memang not that type atau dia memang takde duit. Haha. Kami dulu dating naik LRT atau bas atau teksi jek. Takde nama nak jemput amik naik kereta ke apa. Dating pun selalu kat KLCC jek. Agenda biasa, makan-makan, tengok wayang, sembang-sembang...dah petang masing-masing balik. Incik suami masa tu masih lagi kerja kat TUDM Jugra, Banting. Jadi tiap kali nak dating gigihlah dia naik bas pergi-balik Banting-KL. Gepren punya pasal khennn. Haha.

Macam aku cakap tadi, dia bukan jenis suka bagi-bagi hadiah kat aku. Tapi dia selalu cakap...

"Nanti bila kita kawen, abang beli baaaanyaaaakkkk makanan untuk ayang. Peti ais tu nanti penuh dengan makanan untuk ayang."

Aku mula dengar aku gelak dulu.

Pastu pikir..mamat ni perli aku ke apa ni??

Aku tau lah badan aku memang menggajah kaaannn.

Haha. Takpelah. Anggap je lah itu impian dia.

Orang lain kemain janji emas intan permata kat gepren memasing, tapi boipren aku janji nak penuhkan peti ais dengan makanan. Derrr??!


gambar masa bercinta. Eh skrg pun bercinta jgk kan?hehe

Dan bila dah kawen sekarang ni. Dah langkau 2 tahun pun usia perkahwinan...

Yep.

Dia memang tunaikan janji dia tu. Sungguh.

Lagi-lagi time baru gaji atau time dia memang tengah ada duit.

Caaakaaappp jek kau nak makan apa. Semua boleh. Kalau pergi supermarket tu, kau capai je lah apa pun. No hal. Haha.

Time tu aku rasa macam shopping dengan mak pulak, sebab dulu-dulu kalau shopping dengan mak, semua pun boleh beli. Hehe.

Tu lah, bila aku pikir-pikir balik...

Ya, suami aku bukan orang kaya. Bukan orang berduit. Tapi susah-susah dia, dia tetap akan usaha untuk gembirakan aku.

Dia tau badan aku memang bam bam. Jadi dia tau aku suka makan. Eh sebenarnya KAMI suka makan.

Jadi dia lebih suka habiskan duit dia belikan aku makanan dari beli benda bukan-bukan.

Nak makan Mc D??

Dua set dia beli untuk aku.

Nak makan KFC??

Dinner plate plus burger siap.

Nak masak ayam??

2 ekor terus dia beli.

Coklat, keropok, biskut, buah, jus apa saja yang aku suka. Dia akan beli. Kalau mintak 1, dia akan beli 2. Kalau mintak 2, dia beli 4. Cane aku tak gemuk? Haha.

Jadi aku bersyukur sebenarnya dapat dia.

Biarlah dia tak kaya harta...

Tak mampu nak mewah-mewahkan aku dengan harta benda. Tapi the way dia treat aku, aku sangat-sangat tau dia sayang kat aku. Dan juga Aidi. Eh tentiba ada nama Aidi. Haha.



Errrr tutup mata jap.








I love u abang!!!

Okey boleh bukak mata dah.

Hehe.







8 comments:

  1. sweet! semoga hubungan yg dibina kekal bahagia hendaknya...

    ReplyDelete
  2. hihi suwit sgt. gelak2 dd baca hahaha

    ReplyDelete
  3. ololo sweetnya..bahagiakan ckup mkn..hehe hepi anniversary!!

    ReplyDelete
  4. parents yana selalu pesan,kl nak makan beli jer..xyah control2.dr beli benda merepek..hehee..gelak2 kat opis ni baca enty u..haha

    ReplyDelete
  5. hahah...comel ar korang laki bini..alhamdulillah...yang penting ikatan tu dah sah dan aku doa terus kekal hingga ke syurga..aminnnn....:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...