MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Sunday, September 30, 2012

Jom Holiday Jom?


Hai!!


Semalam dah pegi beli safety gate. Tapi bengongnya dah beli, dah berpeluh angkut bawak masuk kereta, berpeluh jugak pikir macam mana nak pasang, alih-alih kena pulang balik ke kedai. Ada masalah teknikal. Letih!!! Kalau masalah takleh nak setel, aku nak balik duit aku. dua ratus tiga puluh hengget hoi! Banyak tu bagi aku yang kais pagi makan pagi ni. Haha. Nantilah cerita pasal safety gate.

Hari ni aku mood hepi. Sebab semalam dalam perjalanan nak pergi beli safety gate tu kami laki bini telah mengeluarkan idea yang bernas.

HOLIDAY!!!

Yeay!!

Tapi plan date untuk holiday ni jatuh pada hari raya haji. Huhuhu...aci tak?

Raya haji bukan ada sambut apa pun kan? Lagi-lagi kat Labuan ni. Habis-habis pun pegi sembahyang raya jek.

Bukan takde date lain, tapi dah itu je masa yang kami laki bini free.

Nak pergi mana??

Kota Kinabalu jek. Haha.

Dekat je lokasi holiday kami. Dah 2 tahun duduk Labuan tapi tak pernah lagi holiday ke KK. Aku pernah lah jugak ke KK tu tapi atas urusan kerja. Jadi tak feeling sangat. Kali ni nak pergi bertiga, mesti best.

So kau tau je lah kan..bila kata nak pergi holiday, orang yang paling terkinja nak cari hotel, google tempat-tempat menarik nak lawat, nak makan apa semua dah tentulah ISTERI. Kaaannnn?

Aku aim Promenade hotel. Semalam aku call hotel tu nak tanya tentang government rate. Operator tu kata tunggu esok diorang call aku balik.

Rugilah kalau boleh pakai government rate tapi tak nak guna ye dok??

Tak sabarnya...

Nak bawak Aidi swimming yang paling utama.


Awalnya aku cadang nak ajak famili abang ipar aku sekali. Bagi aku best jugak jalan ramai-ramai. Ada jugak orang boleh amik kan gambar.

Tapi incik suami TAK PAYAHLAH.

Ish, tak paham aku. Dengan abang sendiri pun berkira.

Takpelah, mungkin dia nak masa berkualiti dan privacy untuk keluarga kecilnya ini.=)





Siapa pernah pergi holiday KK?? Review..review please...

4 comments:

  1. salam pekenalan dari umi ..wahhhh kaalu pat jalan2 ni mesti best (^_^) ..tak pernah lagi pergi ..tapi dengar citer best (^_^)

    ReplyDelete
  2. Yeayy nk ikut!!hihi aida n hubby penah pegi KK thn lepas..not bad tmpt2 dia..ms tu aida preknen-kn airis so xboleh island tour tu..dgr cite mg best naik bot pegi pulau2 tu..cume xpasti aidi boleh join ke x..ms pegi aritu kitorg sewa keta n pegi mn2 based on map je..mg mudah nk cari tmptnye yg pntg ade gps..kitorg pegi kundasang,stay hotel kt sblh 1borneo tu mg jenuhla duk soping situ :)

    ReplyDelete
  3. Sy mmg every month akan turun kk sbb nk beli groceries (nearest bandar, padahal tgl kat lawas, srawak)...hehe...byk tempat bole pg sbb sbh byk sgt tpt yg best...plg wajib pg, mestila tgk gunung kinabalu, terus ke kundasang & tagal...kat tamparuli ada satu tpt br bukak...yg rumah terbalik tu...then, klu sempat pg pulau2 tu...jgn lupa pg pasar philiphine tp jgn bershopping di situ...mahal...bole beli mutiara and so on kat pasar mlm area kg air @ dpn psr philiphine...dan lastly, jgn lupa pg pasar gaya...sekian..hehe

    Note: sy plan nk pg labuan...any recommended places yg wajib pg?

    ReplyDelete
  4. Yong, uda dah gi KK 3x by flight tapi x menyempat nak gi by car sepanjang duk labuan ni.. raya haji x dapek jugak eh sbb kena pindah kat pulau buah pulak. satu keje nak packing2 dgn perut 7 bulan ni ;p tapi xpe la, ade hikmah kena pindah kot.. positif2, xleh stress

    anyway, menjawab soklan :) gi naik feri ke fly? i baca paper yg pagi tadi feri terbakar ek? hoho. meragukan betul tau service feri ni. wat i cuak je nak plan holiday KK by car. hopefully raya korban kang, semua nya lancar... last time i was in KK, our family stayed at Ming Garden (bfast sedap, pool bersih, hotel baru). lagi 2x tu terus gi offshore and stay umah mbr yg kerja sana. mbr i pernah stay kat Promenade service apartment and spacious gila katenye. Yong duk yg hotel kot? jeles tu ade govt rate! kalau cuaca baik, boleh la bawak Aidi naik bot. i lagi suka Manukan drpd Mamutik.. Kalau ada plan nak gi Kundasang, pun seronok. gi kaki gunung and dairy farm. balik hari pun boleh tapi jangan gerak lambat sgt sbb kang jalan berkabus by 7-8 pm.. Aritu ada tido 1 malam kat Mt Kinabalu Heritage resort and spa. nampak puncak gunung. uii, tak tergambar rasa seronok tu :) nak makan, i boleh recommend kedai mskn padang kat jesselton point, restaurant kak nong (btwn airport and ming garden, sederet dgn zara hotel). seafood, hmm, labuan lagi murah kot. dah muak makan so boleh pass ;p lagi 1, shopping alternative selain pasar kraftangan/filipine tu is pasar malam kat belakang le meridien.. i x suka duk area 1Borneo tapi boleh la berjalan sana. siap ada ariani/jakel k. curlass... semoga cikgu yong sempat wat research walaupun busy ngan keje yek!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...