MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 25, 2012

Pernah Dengar Bicara Berirama??


Hari ni gaji kan?

=)

Alhamdulillah masih lagi menerima gaji. Huhu.

Aku minggu ni bizi sikit. Eh bukan sikit tapi banyak. Dengan bebudak nak final examnya next week. Tapi paling buat aku lelah adalah PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA yang akan diadakan Jumaat ini.

Pertandingan Bicara Berirama ni macam Choral Speaking la lebih kurang cuma ia dalam Bahasa Melayu. Jenis yang bercakap ramai-ramai serentak, ada nada tinggi rendah, ada irama lah kata orang. Boleh godek youtube kalau nak tengok video bicara berirama ni. Dah tu aku pulak insan terpilih yang kena bimbing pasukan Bicara Berirama Sekolah. Terer pulak aku kan benda-benda gini. Tapi dah diberi tugas, saya yang menurut perintah aje lah.

Petang ni lepas sekolah aku nak keluar shopping dengan incik suami. Eh, tidak dilupakan Aidi. Hehe.

Aku nak cari aksesori untuk pasukan bicara berirama aku ni. Team aku ni ahlinya semuaaaa pompuan yang cun-cun. Yang tak cun aku tak amik. Eh cikgunya cun sangat keww?? Haha. Kau tau je lah kalau dah bebudak pompuan macam-macam diorang nak sarungkan kat badan tu. Nak reben kat kepala lah, apa lah. Aku ni melayan je lah. Duit tuan?? Duit pakai sendiri punya....bodo. Gituuuu dialog Ahmad Albab. Haha.

Doa-doakanlah pasukan sekolah aku boleh jadi juara. Cewaaahhh!!! Latihan pun kelaut ada hati nak juara konon.

Coi!

Dah, jom pergi berlatih!

3 comments:

  1. salam...
    nk tanya lah aidi minum ssu ape ek??eh xde kena mengena ngan tajuk plak...tp mmg nk tau si tenit 2 minum ssu ape...

    ReplyDelete
  2. ooo igt masa sekolah masuk coral speaking

    ReplyDelete
  3. Cik Anon..Aidi minum susu Anmum. Sejak dari dia dalam perut lagi dia minum Anmum. Huhu.

    Syima..patotnya aku berguru dengan ko untuk latih budak ni pasai aku langsung takde pengalaman. Haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...