MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Friday, September 7, 2012

Cabaran Pakai Pampers.

Cabaran memakaikan pampers pada baby.




Step 1:

 Senyum dulu sambil buat aksi peace no war. Hati musti gumbira beb. Sebab jap lagi kau mesti rasa nak meroyan.





Step 2:

Bukak dan buang pampers yang lama. Part ni kena hati-hati takut tentiba anak buat free waterfall show. Haha.



Step 3:

Lap guna wet tissue. Dapat basuh guna air adalah lebih baik. Kendian amik pampers baru. Nampaknya belum ada cabaran lagi di situ. Boleh buat kerja dengan lemah gemalai.



Step 4:

Pakaikan pampers baru. Eh, jangan tenung lelama pict ni. bahaya. Haha! Ini nampaknya cabaran bakal bermula. Si anak macam dah jumpa sesuatu yang menarik hati. Jeng jeng jeng!



Ha, yang seterusnya seterusnya ni dah takde step-step dah. Kau bantai je la pakaikan seluar dia laju-laju. Once anak dah berpusing gitu, maknanya...get ready mama, come get me mama!. Mampuih!



Ini memang bahaya. Patutlah kat tempat tu ada disediakan safety belt, tapi aku tak guna sebab rasa macam, eh apa benda ni? Pastu merasalah tengok anak buat aksi bahaya gini. Yang abahnya pulak ralit amik gambar. Tengok anak tu abang oiiii...



Semuanya kena buat laju-laju sebelum benda lain terjadi.



Kalau anak dah pandai berpusing badan, memang cabaran nak pakaikan pampers, nak pakaikan seluar baju dia akan jadi lebih adventure.

Kadang sampai kena bergusti dengan anak.

Yeahhh!! Mama kepit kaki Aidi.

Ohh yeahh!! Tangan Aidi dah kena kunci dengan mama.

Tentiba...


Horayyy mama!! Aidi dah dapat lepaskan diri. Mari kejar Aidi.


Begituuu..

Letih.

Sebab tu selalunya aku suruh abahnya bagi Aidi mandi, aku pakaikan baju. Sebab kalau aku yang mandikan, pastu aku jugak yang pakaikan baju memang berdabel la semput aku. Jadi kerjasama harus ada. Hehe.


Aku berani-berani takut je ni nak tunggu Aidi dapat kaki.

Aku rasa mesti akan ada adegan aku kena berlari keliling rumah sambil tangan kiri pegang pampers, tangan kanan pegang baju.

Bersedialah!


5 comments:

  1. Haha..aku sekrng ni pon da bersilat ngn qaleef setiaap kali nak pakaikan pampers seluar semuq..mmng letih..!!!

    ReplyDelete
  2. haha part shower tu kan...

    aisya pun kalau tukar pampers dia kena cpt2 sediakan pampers baru sbb dia kerap kencing.tak pun poo poo...

    ReplyDelete
  3. hehe..
    betul3..
    kalau aku hepp heeppp pun, bukan nya dia takut..sengih lagi adelah..adehhh..

    ReplyDelete
  4. huhu..same la kt ..part nk pakaikn pampers n baju la paling mencabar..blh kne blood pressure..huhu

    ReplyDelete
  5. cabaran budk semakin mmbesar cmtu la..eh nmpak anu..maluu..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...