MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Thursday, September 6, 2012

Aidi oh Aidi


Pembuka entri.

Nah.




Tido kau dalam walker.

Aneh betul.

Lawaklah Aidi ni tau. Aku rasa seminit sebelum aku snap gambar ni, Aidi ada je depan mata aku tengah 'driving" kereta berhias dia tu. Weeenggg sana. Weeenggg sini. Tentiba aku tengok dia dah parking depan TV. Aku pulak ada kat meja makan kat belakang. Jadi aku assume dia tengah tengok TV la kot dengan abahnya.

Sekali abahnya bersuara.

"Yang, Aidi dah tido."

Eh, tipulah abang ni. Kan dia dalam walker tu.

"Betul, dia dah tido."

Eh, pelik ni. Terus melulu aku tengok Aidi.

Ha...lepas tu apa yang aku nampak samalah dengan gambar yang aku tepek tu. Memang benar-benar dia tido.

Letih sangatlah tu kan. Padahal time tu baru pukul 5.30 petang. Terus angkat dia bawak tido dalam bilik. Dia bantai tido sampai pukul 8.30 malam.

Oh hebat. Heh.

Aidi sekarang seronoklah dengan dia.

Mak Long dia kata, antara Aidi dengan Widad, sorang lagi baby yang dia asuh tu...Aidi lagi aktif walaupun Aidi muda 2 bulan lebih dari Widad. Widad dah boleh jalan, tapi dia malas. Dia suka merangkak lagi. Aidi belum boleh jalan, tapi dia paling rajin meniti-niti dalam rumah Mak Long dia.

Baby lain biasanya cari tempat yang boleh pegang, yang boleh berpaut untuk meniti. Tapi Aidi, paut pada dinding pun okey jek dia meniti. Boleh bayang tak? Dinding yang tiada apa-apa, cuma wall semata..dia boleh lekapkan tapak tangan dia kat dinding tu dan berdiri. Lepas tu dia meniti sepanjang dinding dengan hanya guna tapak tangan.


Dan aku mula pikir-pikir balik.






Aku ada berkenan kat cicakman ke spiderman ke apa masa mengandung dulu.


Heh.

4 comments:

  1. cutenya aidi tdo....hihihihih...
    aidi nie mesti jenis budak yg berani..mesti cepat boleh jalan nnt...

    ReplyDelete
  2. cute la perangai budak2 ni kan...

    ReplyDelete
  3. hahahaha comel sgt

    yong ni pun kelakaa

    ReplyDelete
  4. mcm best je tgk kereta berhias aidi... mcm anak buah fazura punya..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...