MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Friday, September 14, 2012

Fenomena Adam Dan Hawa. i fans club hokey!


Menangis sedu-sedan kau nengok drama!!

Drama apa?

Haha..ini semua tahu ni. Fenomena ni sekarang. Drama Adam & Hawa.


 



Best oh drama ni.

Aku pun entahlah macam mana boleh terjebak. Sebelum drama ni keluarkat TV, aku perasan ada banyak promosi tentang drama Adam & Hawa ni. Tapi aku tak amik port pun. Nak tayang bila, pukul berapa, cerita pasal apa semua aku bolayan jek. Aku memang malas nak ikut-ikut drama bersiri ni, kang apa pun tak boleh!

Satu hari tu, aku dok rebut-rebut remote dengan incik suami.

"Abang ni tengok citer apa niiiiii....tukar chanel lah. Nak tengok lain."

"Ni drama best ni. Jom lah kita tengok. Best ni."

Beria nau dia pujuk aku tengok. Drama tu lah. Adam & Hawa. Dalam merengus-rengus macam singa nak terkam mangsa tu aku pacak jugak mata aku kat TV. Tapi dalam hati.....eiiii rasa nak cabut-cabut je kad astro tu sebab kalah rebut remote dengan incik suami. Grrrrrr!!

Tapi lepas habis tengok 1 episod.....

Eh, macam ada aura pulak drama ni. Gituuuu... Terus gigih cari bila lagi ada ulang tayang episod 1 dan 2. Sebab masa tu aku tengok episod 3. Tapi aku asiklah terlepas tengok episod 1. Sampai sekarang aku tak tengok lagi episod 1. Aku nak cari jugak sampai dapat.

Best sangat drama ni. Aaron Aziz berlakon tak yah pertikaikanlah. Tapi aku bukanlah minat sangat pun dengan Aaron Aziz. Mata aku kata incik suami hensem lagi. Wakakaka!!!

Tapi yang aku terkesan sangat tu watak Ain lakonan Nadiya Nisaa. Aku first time tengok Nadiya Nisaa ni berlakon dalam filem Cun, dia pegang watak Manis yang cacat-cacat sikit tu. Memang kelas dia berlakon time tu. Tapi dalam drama Adam & Hawa ni, lagi kerrrlasss kau Hawa!!

Semalam punya episod, 5 minit pertama tengok aku dah merembes air mata. Aku toleh kat incik suami....

Eh eh, abang pun nangis ke?

Haha!

Inilah drama pertama yang aku suka nak tengok ulang-ulang kali setiap episodnya. Sampai terngiang-ngiang beberapa dialog drama tu..

"Eh, koboi pun tak nikah macam ni tau."   *hahaha, ini sumpah lawak.*

"Kalau Ain tu gila tak nak kawen dengan Adam, kalau cikgu Zawiyah..mesti rela hati je kan??"   *muka kakak taska tu masa cakap dialog ni memang boleh buat panas hati beb.*


Paling best adalah part ni...


" KAU NAK AKU SEPAK MUKA KAU??!! KURANG AJAR!! KAU BIAR MUKA KAU LALU DEPAN MATA AKU, SAMPAI MATI AKU BENCI KAU!"

Perghh!! Dengan memek muka, dengan gaya dengan tunjal-tunjal jari tu...huhuhuhuuh...aku yang penonton duduk belakang skrin pun naik takut nengoknya.

Sumpah best drama ni.

Siapa belum ada Asto Mustika HD, silalah langgan. Eh katanya kalau nak tengok online pun banyak je link. Google je lah ek.

Daaa!!

2 comments:

  1. eeeeeeee akk saya pun da gilekan citer ni la kak...gilerrrr sgt da ni..hehehehe

    ReplyDelete
  2. mmg best!! sggup kita follow page adam hawa smata2 nk tgu cter ni dupload evry day..astro xde punya psl!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...