MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Thursday, June 16, 2011

2ND CHECK UP


Semalam pergi klinik kesihatan untuk 2nd check up. Kali ni dah tak mau pergi awal pagi dah, takut jadi macam 1st check up dulu..lamaaaaaa kena tunggu giliran sampai terlepas kelas pukul 10. Kesian budak-budak. Jadi amik jalan selamat baik aku pergi klinik petang, lepas habis sekolah.

Jadi habis je sekolah jam 2, terus start enjin tuju klinik. Hari hujan la pulak. Aritu masa pegi 1st check up pun hujan jugak..kali ni pun jugak. Mungkin hujan rahmat kot. Hehe.

Sampai klinik....


Yes!!

Takde orang. Mungkin ada patient 2 orang dalam bilik doktor. Tapi kat ruang menunggu kosong. Sangat sorga.

Cepat-cepat pergi toilet amik urine sebab kejap lagi nurse tu mesti nak wat urine test. Apa yang di testnya aku pun tak pasti.

Tak lama kendian nama aku dipanggil. Yang terharunya nurse-nurse situ semua pakat panggil aku cikgu. Mula-mula dalam hati macam...eh eh..diorang hafal gamaknya pekerjaan aku. Rupa-rupanya baru aku perasan yang aku lupa nak tanggalkan name tag pada baju. Heh, siapa lagi yang rajin pakai name tag kalau bukan cikgu.hehe..

Macam biasa..mula-mula timbang berat.

Nak jalan ke mesin timbang tu hati dah risau dah..matik lah berat naik..kata cuti sekolah 2 minggu asik makan tido jek. Sekali....

Aik??!

Berat tak naik!!

Berat badan sama dengan berat masa 1st check up. Selama 4 bulan mengandung ni berat cuma naik 1kg je..itupun naik dua bulan yang lepas. Lepas tu tak naik-naik dah. Normal ke eh?

Nurse dah mula tanya-tanya, aku ada muntah-muntah ke....takde.

Aku ada kurang selera makan ke....takde. Bertambah selera lagi ada.

Jadi nurse pun mula pelik kenapa berat tak naik. Tapi nurse kata takpelah..kita tengok next check up macam mana..harap jangan sampai berat turun sudahlah.

Pastu amik tekanan darah...semua ok. Normal.

Amik darah sikit kat hujung jari....ohh lega. Kandungan sel darah merah pun normal..tapi nurse kata paras sel darah merah aku dah turun sikit banding dengan 1st check up dulu..Dulu bacaannya 13.9..sekarang dah turun sikit jadi 12 something. So nurse suruh aku makan makanan yang bekalkan darah banyak sikit..macam makan hati ayam, hati lembu, kerang ke...hmmm baiklah nurse. Saya akan makan maaanyakk!

Hope next check up paras sel darah merah tak turun lagi. Kalau turun below than 11, memang kena buat pemeriksaan lanjut.

Pastu kena baring kat katil. Nurse check badan...dia check mata, kaki, tangan, breast, perut segala. Jadi redha je la baring kat situ biar nurse sentuh mana dia suka. Haha.

Nurse kata rahim aku belum naik lagi. Makna kata baby masih kat bawah. Mula aku risau ingatkan itu satu masalah besar..rupanya nurse kata itu normal untuk kandungan 15 minggu. Nanti kandungan dah masuk 5 bulan baru rahim akan naik. Ok lega..

Pastu biasalah..nurse isi rekod buku pink tu sambil dia borak-borak dengan nurse sorang lagi..pot pet pot pet pot pet sampai aku rasa dekat 45 minit aku kat dalam bilik tu..Padahal patient yang tinggal cuma aku sorang. Heh.

Jadi sekarang kena rancang balik pemakanan..kena makan lebih sikit sebab makanan nak share dua nyawa. Aku sekarang makan macam biasa je..kadang sehari sekali je makan. Ikut suka aku la nak makan ke tak..adeh.

Yang penting berat kena bagi naik sikit. Naik sikit jek..jangan nak naik melampau pulak ye.


Rasanya inilah pertama kali dalam hidup aku merancang nak naikkan berat badan.

Pelik.

Selama ni asik pikir camne nak turunkan berat jek.

Heh.

3 comments:

  1. congrats again on ur pregnancy.. :) no worries... tunggu bulan ke-7 hingga ke-9... terbaik punya berat akan naik... ahahhaha... u take care!

    ReplyDelete
  2. no worries wan. saya dulu masa second checkup naik smp 4kg, then nurse bising. then checkup seterusnya, turun 1.5kg every checkup. then tup2 latest checkup amik ko naik 5 kg. sukses. nasib tak kena minum air gula~

    ReplyDelete
  3. kelaka baca entry ni, gelak2 dah ni :D awk ni kelaka laa hew2

    erm sy naik mendadak. asik 3kg 3kg. risonyee~~ klu nex checkup naik 3kg lg, kene minum air gula untuk pemeriksaan lanjut, uwaaaa tanakk

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...