MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Friday, June 10, 2011

DULU SURUH JADI PELACUR SEKARANG SURUH PAKAI BAJU SEKSI

Perhatian: Entri ini adalah pendapat peribadi aku..kebanyakan isi entri ini adalah berkaitan denga diri aku, harap tiada yang tersentappp mak noks!




Baru-baru ni kecoh dengan kenyataan timbalan presiden Kelab Taat Suami Malaysia yang berstatuskan doktor yang meminta para isteri di Malaysia ni supaya melayan suami ala-ala layanan pelacur kelas pertama.

Wowww!!!

Tapi layanan ala-ala pelacur kelas pertama tu macam mana rupanya?

Aku tak pernah langgan pelacur. *pangg!*


Blurr..


Itulah yang terlintas kat pikiran aku mula-mula baca artikel tu dulu. Terus aku hebahkan pada incik suami. Reaksi beliau...


hanya mencebik.


Mungkin tidak bersetuju.


Aku pun tidak setuju bila peranan seorang isteri mahu disamakan dengan layanan pelacur kelas pertama. Mungkin maksud doktor tu mahukan isteri melayan suami secara layanan 1st class, yang tiada cacat celanya, yang boleh buat tidur suami lena sampai ke subuh..silap-silap haribulan terlepas subuh sebab terlalu nyenyak tidurnya. Heh.

Tapi apapun silalah jangan gunakan perlambangan yang negatif cenggitu.

"Pelacur"

Terasa hati aku dibuatnya.

Suami ada bagi reaksi cenggini..katanya tugas seorang isteri bukan hanya atas katil semata-mata. Tanggungjawab suami isteri lebih besar dari itu. Lelaki pun bukan setiap masa perlukan hubungan intim. Cukup kalau dapat pelukan dan ciuman kasih dari isteri setiap hari..sudah memadai untuk tenangkan jiwa. Itu kata suami..aku olah sikit la ayatnya.hehe.

Jadi kat sini aku boleh katakan, setiap lelaki perlukan layanan yang berbeza dari isteri masing-masing. Bukan semua suami mahukan layanan ala-ala pelacur, dan bukan semua suami kaki langgan pelacur dan tahu seni layanan pelacur kelas pertama tu sendiri.

Macam makanan...

Bukan semua orang suka makan KFC...kadang-kadang makan nasik dengan telur goreng tu lebih terkesan di hati.


Dan hari ini..

Keluar satu lagi isu baru..

Oleh Presiden Kelab Taat Isteri pulak..

"Isteri haruslah berpakaian seksi dan menarik untuk memenuhi keperluan batin suami"

Hmmm...


Kenyataan ini aku sokong jugaklah sedikit sebanyak.

Sebab kita isteri-isteri zaman sekarang ni selalu cuai bab ini. Termasuklah aku. Heh.

Kita ni..kalau nak keluar pergi kedai depan pun kemain berbedak bergincu bagai..konon takmau orang nampak selekeh. Tak salah...

Tapi dalam rumah kenapa kita selalu berat nak bersiap-siap cantik macam nak keluar pegi soping eh? Eh jap, jujurnya pertanyaan ni aku tanya kat diri aku sendiri..sebab mungkin ada readers yang membaca ni memang jenis selalu bersiap cantik ketika di rumah..kang sentap pulak.susah aku.hehe.

Terus terang aku memang bukan jenis suka berbedak bila dalam rumah. Habis kuat pun aku tenyeh bedak talkum je. Pastu kalau mood rajin aku calitlah sikit lip gloss konon nak bagi bibir nampak shining-shining gitu. Ceaa!!

Tapi pakaian...

Tetap baju kelawar!

Haha.

Kalau famili aku memang dah tau baju kelawar memang uniform rasmi aku kalau kat rumah. Selesa amat.

Tapi sejak-sejak dah ada sumai ni ada jugaklah koleksi baju-baju "tak malu" untuk aku pakai depan suami. hehe.


Tapi campur tolak tambah semua..aku rasa penampilan aku tetap selekeh bila di rumah.

Pernah aku suakan topik ni kat incik suami sebelum ni..Apa dia kecik ati ke bila aku selalu bersiap-siap cantik *cantikkk ke??* hanya bila nak keluar rumah..tapi bila dalam rumah selamba yada beraksi macam batwoman..haha.

Beliau senyum..."abang tak kecik ati lah..abang lagi suka ayang tak solek-solek..natural beauty."

Hohoho..jawapan amik ati tu.


Tapi atas kesedaran sebagai seorang isteri yang wajib melayan suami zahir dan batin termasuk melayan mata suami..maka aku pun tengah la cuba-cuba ubah penampilan sikit-sikit bila kat rumah.

Aku jarang dah pakai uniform kelawar aku tu bila suami ada kat rumah. Selalu kalau siang aku pakailah proper sikit...aku lenjan semua baju jalan-jalan aku. Habis tu, nak tunggu berjalan ke bandar memanglah jarang..baik aku sarung kat rumah je..jamu mata suami. Heh.

Bila malam..hehe..adalah pakaian malam yang sesuai. Takkan nak gebang sini jugak kot..hehe


Daa!



2 comments:

  1. salam perkenalan nana

    tulah camno nak layan en somi cam pelacur..hehhehe..

    isteri itu tempatnya tinggi..sangatlah tak boleh disamakan atau di setarakan dengan pelacur

    dan seperti kata en.somi nana, tugas isteri bukan diatas katil semata2..kan..kan...

    ReplyDelete
  2. part pakaian tu mmg zana setuju sgt.. mmg kena selalu berhias utk suami.. zana pun mula2 kahwin dulu mcm pelik jugak nak berhias2 dlm rumah.. tp lama2 dah jadi kebiasan pulak..

    apapun, yg pntg kita buat jer apa yg suami kita suka.. kalau dia suka natural beauty, so x perlulah nak berhias sgt..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...