MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Friday, June 17, 2011

CERITA BERAT BADAN DAN BAJU MENGANDUNG


Dua hari ni aku kecoh dengan cerita berat badan aku tak naik-naik walaupun dah pregnant hampir 4 bulan.

Sebenarnya dalam hati macam nak kata Yess!!! Berjaya maintainkan berat badan..tapi bila kenangkan anak dalam perut, hati mula risau takut anak kurang berat badan. Tapi kalau baby terlebih berat pun risau jugak. Tak dapat nak bayangkan kalau anak lahir berat lebih 3.5 kg!


Jadi aku pun mula lah bertanya kat ibu-ibu yang pakar. Aku tanya kat mak, kat makcik kantin sekolah pun aku mengadu jugak. Heh. Dan semuanya jawapan kata masalah berat tak naik awal-awal ni its okey. Nanti baby masuk bulan ke 6 ke 7 ke 8 ke 9 nanti bersedia je la mengadap mesin penimbang tu. Masa tu boleh menganga puas-puas. Silap-silap kena tadah mulut telan air gula siap. Hoh tamau!


Aku rasa berat badan aku tak naik-naik mungkin sebab aku aktif kat sekolah. Err sebenarnya takdelah aktif mana. Cuma aku banyak berjalan, panjat naik turun tangga, berdiri direct 2 3 waktu masa mengajar...jadi mungkin sebab tu berat susah nak naik walaupun makan setiap hari adalah telur. Haha.


Jadi lupakan je la pasal berat badan ni...asalkan anak sehat walafiat kira alhamdulillah dah.

Sekarang ni dah mula rasa-rasa nak mencari maternity dress. Kalau boleh nak yang labuh dan berlengan panjang supaya boleh dipakai ke sekolah hari-hari. Ramai yang suggest beli jubah..tapi aku ni jubah pun kalau pakai dah kena pakai saiz 46 atau 48. Nak cari saiz yang besar lagi adalah amat susah.

Tapi mungkin boleh cuba cari.

Dapat kumpul maternity dress dalam 6 helai pun cukuplah. Buat rotate seminggu. Pastu ulang-ulang je la pakai. Kalau nak nampak lain sikit tukar tudung je sudahlah. Takyah nak bazir sangat borong baju ngandung berbelas-belas helai. Nanti kalau ada rezeki ngandung lagi mesti nak beli baju ngandung baru pulak lagi kan? Hehe..dah pikir ngandung sekali lagi dah ha...maju ke depan. heh.

Apapun buat masa ni baju-baju sedia ada masih muat. Masih longgar. Kain baju kurung pun masih boleh dipusing-pusing keliling pinggang lagi. Rasanya bolehlah bertahan sampai baby 6 bulan. Start raya nanti baru nak sarung baju ngandung.


Kata takde baju raya tahun ni. Kain pasang yang berhelai-helai tu simpan je la dulu. Mana tahu lepas pantang nanti badan boleh terkurus pulak kan?

Alahaiiii..verangan!

4 comments:

  1. hai yong,

    rasanya kita mengalami permasalahan yang sama.saya dah 3kali check up, non ado berat badan naik.statik sajork.

    nebes nak mati sbb tatau ape keadaan baby kat dalam nun.tapi sbb dah baca awak pun alami benda yg sama, saya rasa kuat pulak.ade geng nih.

    due bulan 12 jugak kan? geng lagi.

    hehe

    ReplyDelete
  2. Hai Cik gaban...sama rupanya masalah kita ek?tapi takpe..jgn risau sangat..makan je macam biasa. berat badan tak naik tak bermakna berat baby pun kurang..kalau risaukan baby boleh pegi buat scan kat klinik swasta, nanti boleh tahu berat n saiz baby..tapi jgn buat selalu la..sekali je okla.

    Apapun sama-sama la kita jaga diri okey?

    Selamat mengandung!!

    =)

    ReplyDelete
  3. hye yong

    saya punya kes pun sama. berat susah nak naik dan worst is turun pulak adalah. sibuk nak control badan sbb b4 this penah naik terlebih. skrg nak naikkan punyalah payah. dulu sibuk nak turunkan berat, skrg sibuk nak naikkan plak. hehe

    Slamat mengandung jugak =)

    ReplyDelete
  4. Hai Hafnidah..itulah kna, dendulu sibuk nak diet-diet bagai, agaknya sebab tu badan dah susah nak naik berat dah.

    Tapi takpe...as long as berat baby normal..cukuplah. Skrg ni apapun rasa macam anak dalam perut lg penting. Huhu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...