MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Monday, June 6, 2011

PERUT 14 MINGGU



Baby sudah nak masuk 14 minggu. Alhamdulillah..

Tapi kalau ikut bacaan scan hari tu..baby dah nak masuk 15 minggu dah. Membesar bagaikan johan nampaknya anak aku ni.

So tak hairanlah kalau perut aku pun bagaikan johan sekali.


kan besar tu..macam 6 bulan.huhu


Sekarang ni jeans aku memang surrender dah nak pakai. Walaupun masih muat, tapi terima kasih je lah. Senak perut rasanya. Kesian pulak kat anak.

Besar dah perut aku.

Betul ke aku ni mengandung 3 bulan setengah??

Kadang musykil jugak. Heh.


Bila perut dah makin besar, stamina pun dah makin kurang. Aku sangaaaat cepat keletihan. Kalau buat kerja rumah, harus buat slow-slow. Jangan nak cepat siap jek..sebab nanti yang tak cukup nafas nak sedut..aku jugak. Sangat cepat letih sekarang. Berdiri goreng nasi 10 minit pun dah bebel-bebel mulut aku mengadu letih kat incik suami.

Takpelah..demi mu anak.


Lagi...aku cepat berpeluh.


Panasss bahang setiap hari. Maklumlah Labuan ni pulau. Jadi panas tu memang hazab. Tambah pulak rumah takde ekon...berkipas lipas je la aku memanjang. Panass. Kadang tu dah tahan sangat, aku tutup pintu tingkap langsir semua rapat-rapat..pastu aku seksi meksi sendiri dalam rumah. Baru legaaa..


Tengah takde anak ni boleh la nak seksi meksi dalam rumah sendiri. Ada anak esok...uiii jangan buat perangai nak menyeksi depan anak. Tambah pulak anak dah dapat mulut..mau di canangnya satu taman..


"awak..awak..semalam kan..mama kite kan..dia pakai baju tak malu....."


Dang!!


5 comments:

  1. betul tu..ngandung mmg panas..dah la panas bertambah2 panas..uhuhu..

    ReplyDelete
  2. cumil nyer...especially tang perut tu...hihihihi....take care yer wan...
    time pregnant ni mmg akan terasa panas memanjang...byk2 kn lh bli baju kelawar...mmg selasa...berangin jer...hihih

    ReplyDelete
  3. gambar perut saya kat blog, gambar yg pertama tu dah nak masuk 5 bulan--tak de bump apa .. baby kamu membesar dgn jayanya! bagus!! saya skrng, berat dah cecah 75kg, masih rasa "oh berat baby ni" sedangkan baby cuma berat 0.8kg T.T

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...