MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Thursday, June 2, 2011

SUAMI ANDA BAGAIMANA?


Suami ohh suami.

Suami ni memang banyak tabiatnya. Kalau dulu sebelum kawen memang nampak yang baik-baik jek. Bila dah kawen, baru mula nampak yang kurang baik sama. Eh tapi tak bermakna tabiat yang baik hilang macam tu saja. Tidak...biasanya tabiat baik-baik pun meningkat sekali ganda.

Beruntung.


Aku pernah terbaca, lelaki ni suka kalau isteri layan dia sama macam mak dia layan dia masa bujang dulu. Dulu kalau belum kawen, mak mereka lah yang gigih susah payah layan makan pakai segala.



Bangun tido...katil sepah larat sampai tertanggal-tangal cadar...takpe. Mak akan kemaskan.


Nak mandi...bukak baju seluar sepender segala..gumpal-gumpal atas lantai..oh takpe..jap lagi mak akan kutipkan.

Lepas mandi..towel main campak je mana sempat..mak akan kutip dan sidaikan.


Nak makan, nak minum? Order jek...sepantas kilat mak akan sediakan.


Pendek kata semua benda mak akan buatkan walaupun mulut sang ibu takkan berhenti pot pet pot pet berkilometer panjangnya.


Jadi sebab itu ada kelompok-kelompok suami yang suka sepah laratkan rumah ni. Dia suka bila tengok si isteri layan dia sama macam mak diorang layan diorang. Bukan maksud untuk mendera isteri..cuma mungkin mereka rasa lebih selesa, rasa seperti berada dalam dakapan ibu. Cewahhh!!*padahal yang berpeluh sampai masam ketiak adalah isteri*


Tapi tak semua lelaki cenggitu. Ada jugak lelaki yang pandai berdikari. Hatta dah punya isteri pun tahu je mana nak cari bawang halia segala nak masak kari katanya. Tahu nak sinsing lengan baju bila pinggan mangkuk dah penuh satu sinki. Tahu nak tolong sidaikan kain baju bila mesin basuh dah mula berhenti.

Oh bertuah badan.


Walau apapun, bagi aku...sekuat mana sang suami berdikari sendiri, sebagai isteri tugas melayan suami tetap perlu diutamakan.

Segarang mana rupa suami, sebenarnya dalam hati tetap ada taman.


Biar selentik mana misai suami...ketahuilah..mereka suka jika sekali sekala dimanjakan.


Tak percaya?


Cubalah!

=)


5 comments:

  1. suami saya senang je..kalau kita tak buat, dia yang buat..hihi

    ReplyDelete
  2. alamaaakkkk... abes sape nak layan kite, yong? huhu...

    ReplyDelete
  3. suka entri ni... mmg suami suka if isteri manjakan dia selalu.. nice entry dear!!

    ReplyDelete
  4. Farah...bagus cenggitu,itu namanya demokrasi terpimpin.=)

    Kak...kalau kite layan suami..suami lagiii layan kita kuasa tiga.haha

    Zana..betul kan?tp kalau terlalu manja pun susah jugak..esok2 kita jugak yg susah bila suami nak jerang air guna kettle letrik pun tak reti.huhu

    ReplyDelete
  5. suka...
    lelaki mmg manja adakala, mungkin malu nk tunjukkan. ha3.
    sweet.
    melayari bahtera rumahtangga.
    ^.^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...