MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, June 1, 2011

RASA TAK SELAMAT


Aku rasa macam dah tak selamat tinggal kat taman ni.

Lepas satu, satu kejadian buruk jadi.

Tak tahulah siapa yang dengki. Serasanya selama kami tinggal kat sini tak pernah pun musuh kami cari.


Tapi pagi tadi...kesian incik suami. Nak pegi keje tiba-tiba motor tak boleh start. Rupa-rupanya minyak takde. Kalau minyak takde sebab dia lupa nak isi satu hal jugak. Ini tangki minyak kosong sebab ada orang curi minyak!!


Incik suami kata ada orang "bertuah" potong tali minyak motor dia untuk curi minyak.


Haih! Tak sangka kat taman ni pun ada orang minyak.


Itu satu kisah..sebelum ni motor incik suami jugak kena kerja..Ada orang pecahkan tayar motor. Pagi-pagi nak pergi keje baru perasan.


Itu cerita motor suami. Cerita kereta aku tak tinggal jugak. Ada jugak yang dengki.


Ada satu hari elok aku parking kereta tepi jalan mengadap rumah, saja parking situ sebab senang nak tengok-tengok kereta. Kalau parking kat lot parking memang tak nampak langsung kereta.


Tapi malangnya..dah parking depan rumah pun terkono jugak.


Pernah sekali kereta aku kena "calar" dari depan ke belakang side body guna marker pen!!


Huh.

Nasib baik guna marker pen yang white board punya tu. Kalau guna marker pen permanent??


Mau bertukar hijau aku nanti.


Jadi sekarang memang rasa tak berapa nak selamat dah tinggal kat sini. Kita tak ganggu orang, orang suka-suka hati nak ganggu hidup kita.


Nak cari rumah lain la...rumah yang ada parking lot sendiri.


Nak pindahhh!!!!!

4 comments:

  1. kete kakak pon dah x larat nak tgk calar dah, yong. Elok cari umah teres la kan, selamat sikit. Lagi best kalo porch dier leh muat 2 kete.

    ReplyDelete
  2. Mana ada tempat yg selamat di Malaysia? Ada rakan tinggal di Kampung Selamat, Pulau Pinang pun rasa dia tak selamat kerana di situ ada ramai penagih dadah. Jika tinggal di Kampung Selamat pun tak selamat, di mana lagi nak selamat? Di dalam hutan mungkin selamat dari manusia, tapi tak selamat dari harimau dan gajah!!

    ReplyDelete
  3. siapalah yg dengki sangat tu kan.. kalau xpuas hati, cakap la depan2 kan.. sabar yer dear.. ingat baby dlm perut tu..

    ReplyDelete
  4. bahaya jgk tu... ngan org2 kt sabah ni kne hati2...pnah gak jiran depan umah sy kena curi tayar moto..dua2 skali lak tu.! risau cz moto kite pn dkt2 tu je alhamdulillah la huhu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...