MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 20, 2011

AYANG...NANTI BERPANTANG KAT RUMAH ABANG LA YE?


Berpantang.

Memang satu tempoh yang menyeksakan buat ibu-ibu yang baru bersalin. Selama 44 hari segala bendalah mesti pantang. Makan kena pantang, pergerakan pun kena pantang, aktiviti pun kena sekat, sampai ada yang kata dalam pantang nak dekat-dekat dengan suami pun tak boleh. Dilarang. Haih!

Seksa nau bunyinya.

Tapi kali ni aku bukan nak ulas panjang lebar tentang pantang-pantang ni sangat, tapi aku lebih suka nak bukak topik tentang lokasi berpantang.

Kat mana lokasi terbaik untuk kita berpantang?

Rumah keluarga sendiri? *keluarga perempuan*

Atau rumah keluarga suami?

Atau berpantang di rumah sendiri?


Banyak nau pilihan.

Kebiasaannya, ibu-ibu lepas bersalin lebih suka memilih rumah keluarga sendiri sebagai tempat berpantang. Mungkin lebih selesa. Eh bukan nak kata rumah sebelah lagi tu tak selesa ye. Maksud aku mungkin lebih selesa sebab itu pernah jadi rumah kita satu masa dulu. Kita dah tahu selok-belok dalam rumah keluarga sendiri. Dikelilingi pulak dengan ahli keluarga yang memang dah berpuluh tahun kenal kita luar dalam.

Jadi keselesaan itu ada.

Kalau rasa nak mengada-ngada, nak merengek manja, nak mintak minum air extra lebih....takdelah segan sangat sebab yang menjaga adalah ibu ayah kita yang dah masak sangat dengan peel kita.

Kalau rasa nak tidur gaya kuak lentang ke, balik kuang ke, terbongkang depan TV sambil layan drama sinetron sekalipun..hati memang takde malu. Sebab berpuluh-puluh tahun dulu pun memang itulah perangai kita kat rumah. Mak ayah takde kuasa nak geleng kepala tengok perangai buruk kita lagi dah. Heh.

Itu antara bestnya berpantang kat rumah famili sendiri. Yang dah menjadi tradisi.

Tapi apa pulak salahnya kalau berpantang kat rumah sebelah sana?

Bukan ke mereka juga keluarga kita? Bukan ke kita jugak anak mereka?

Mak ayah sebelah sana pun rasanya teringin nak jaga menantu dan cucu dalam pantang. Tapi selalunya mak ayah sana hanya berpeluang tengok cucu bila cucu dah umur 2 bulan ke atas. Seksanya diorang nak menunggu tempoh 2 bulan tu baru dapat tengok cucu. Apatah lagi yang lahir tu cucu sulung dalam keluarga. Ohhh meronta-ronta jiwa tok dan pah belah sana.

Tapi itulah...

Bila berpantang di rumah sebelah sana, belum tentu kita berani nak merengek-rengek manja mintak minum milo taruk gula lebih.

Belum tentu kita sanggup nak tido siang terbongkang depan TV macam kebiasaan diri.

Silap haribulan ada yang malan-malam menangis berjurai air mata bercakap dengan mak sendiri kat telefon. Kalau ini sesi pantang yang kedua ketiga mungkin kita cool lagi, sebab kita pun dah agak lama dalam keluarga suami. Dah biasa. Tapi buat yang bersalin sulung, tambah pulak tempoh kawen belum pun cecah setahun *maklumlah bunting pelamin*, mesti sedikit sebanyak akan ada rasa risau di hati.

Jadi macam mana?

Berpantang je lah kat rumah kita suami isteri. Senang. Takde sebelah siapa-siapa.

Tapi...

Siapa pulak nak menjaga kita?

Suami? Ohh..kalau yang pertama kali menjaga isteri dalam pantang ni?? Boleh ke suami? Kita pun takde pengalaman..apatah lagi suami. Silap haribulan suami pulak yang melebih-lebih mintak dijaga. Haru!

Memikirkan tempat berpantang ni buat hati berbelah bagi.

Kalau suami 100% bagi greenlight boleh berpantang di mana saja kita suka..senang.

Tapi bila suami mula tunjuk-tunjuk hint offer kampung dia sebagai lokasi...

Ohh..susah hati.

Nak ditolak....itu permintaan suami.

Nak setuju.....hati sendiri fifty-fifty.


Jadi camno?

Dalam situasi aku, incik suami takdelah lagi bagi hint suruh berpantang kat rumah dia setakat ni. Tambah pulak awal-awal lagi aku dah booking nak bersalin and berpantang kat Ampang..rumah sendiri. Nampak macam incik suami setuju.

Tapi tak tahulah kalau tiba-tiba dia berubah hati.

Ohhh tidak...

2 comments:

  1. saya tak sbar nak tunggu berpantang pasal rasa cam best aje. leh rilek2 (kot??) hehe. tapi kan, kalau saya pun, saya lebih selesa berpantang kat rumah parents sendiri. tak betah la nak berpantang kat rumah mentua, rasa cam susah hati lak susahkan dia (tapi susahkan ibu sndiri takpe, heheh pasal dah biasa) oh ye, tips daripada kawan saya, jgn sesekali masa pantang tu, kasi suami enjoy/bujang kembali. seeloknya, dia pun kena terlibat sama jaga kita n baby, bagi dia rasa bangun pagi2 bagi baby susu, tukar pampers baby.

    ReplyDelete
  2. Stuju dgn kamu Xora..husband pun kena belajar jaga isteri dlm pantang..mana tahu beranak yang kali esok-esok tak mak-mak tak berpeluang nak jaga kita lagi...suami la pikul tugas.

    Bab tukar lampin basuh berak anak segala tu serah saja pada suami.hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...