MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Tuesday, August 16, 2011

6 BULAN SUDAH..


Eh eh..dah mausk 6 bulan dah kandungan aku?

Sekejapnya.....

Pejam celik pejam celik...eh eh..dah membuyong dah perut aku. *padahal dulu pun boyot jugak.heh*


Kalau ikut ticker kat atas belog ni, baby belum pun lagi genap 6 bulan. Baru 23 minggu 5 hari. Ada dua hari lagi. Tapi kalau ikutkan bacaan scan yang latest baru ni, baby aku sekarang ni dah 25 minggu dah. Yep, baby aku memang besar lebih kurang 10 hari dari umur yang sepatutnya. Aku macam dapat rasa due date aku nanti mesti akan dianjakkan sikit ke depan. Maybe aku akan deliver hujung atau pertengah bulan November. Bukan lagi 8 Disember. Tengoklah macam mana nanti kan..

So far perkembangan baby sangat positif.

1. Aktiviti menendang dan menumbuk perut mama berjalan dengan lancar setiap hari. Tak lengkap hari baby agaknya kalau tak dapat terajang perut aku ni. Sebelum ni bila baby moving-moving rasa macam geli-geli je perut, sekarang ni..bila sesekali dia buat gerakan padu..memang boleh mengaduh senak aku. Hai la anak..


2. Sejak-sejak puasa ni, aku perasan baby akan bergerak aktif lepas aku makan. Katakan sebelum tu dia tido elok je dalam perut *tiada sebarang moving*, elok je lepas aku makan *samada berbuka atau sahur* memang akan rasa baby bergerak-gerak aktif dalam perut ni.

Aku rasa la..anak aku jenis kuat melantak macam mama dan abah dia jugak la. Pantang ada makanan masuk dalam perut, laju je..heh.


3, Perut aku dah mula gatal-gatal. Mula-mula ingat ada semut jalan-jalan atas perut, tapi bila check..eh takde pun.

Orang kata kalau perut gatal-gatal itu sebab rambut baby tu. Lebat gamaknya rambut anak aku ni. Gatal sampai dah macam king kong aku menggaru-garu. Oh ye, ada jugak yang bagi petua, kalau gatal perut masa preggy, jangan garu guna tangan..sila garu guna sikat. Ohh sedap kot garuk pakai sikat. Heh.

4. Itu cerita gatal perut. Aku ni sekarang bukan perut je gatal-gatal, satu badannn!

Nak-nak bahagian belakang badan.

Entahlah..sejak mengandung ni satu badan naik jerawat. Banyak kot. Lagi-lagi kat part-part yang senang berpeluh. Bawah dagu pun penuh jerawat. Mungkin sebab kerap peluh sebab pakai tudung. Belakang badan lagilah banyak jerawat. Celah cik B pun banyak jugak. Hodoh dah badan aku *macam lah sebelum ni badan licin bak sutera kan?*.

Jadi yang jadi mangsa kegatalan badan aku ni adalah incik suami.

Sampai beliau pun dah tahu sangat dah..kalau aku tentiba duduk sebelah beliau sambil menyelak belakang baju..itu maknanya aku mintak digaru la tu. Tak payah bagi arahan..laju je jari beliau garu badan aku.. Sedapppp.=)


5. Perkembangan lain...

Aku dah tak mampu nak ketip kuku kaki sendiri dah.

Senak perut bila kena menunduk bongkok-bongkok gitu.

Jadi...


"Abangggg..tolong ketip kuku kaki kite bolehhhhh? Pehlisss."


Heh.


Daa!

6 comments:

  1. he3...comel jer ble mtk incik suami ketipkn kuku...romantikk!!

    ReplyDelete
  2. Missazusarin..romantik memang romantik..tp sesekali bila dia terketip kulit jari..menjerittt!! haha

    ReplyDelete
  3. hehe gatal2 perut 2 mg biase la kot,kwn2 ckp sapukan krim stretchmarks PUREEN tu kt bhgn bwh perut n pinggang since 6months,bgs utk kurangkan gatal2 n elak stretchmarks after giving birth...bab ketip kuku 2,asben sy selalu je elak,takut terketip jari katanya..hukhuk :(

    ReplyDelete
  4. Ayda..krim pureen ek? Sebelum hubby ada beli bio oil, konon nak tolong sapu tiap hari kat perut xnak bagi strechmark..kononnya lah. Sudahnya adalah dua kali je dia tolong sapukan. Saya pulak asik lupa nak sapu. Tapi kena gigih sapu krim dah skrg ni..kalau x..berpeta la perut ni nanti.haha.

    ReplyDelete
  5. btol2.. org kate jgn garu perut.. nnt strecthmark. gosok2 je.. garu guna tgn pun org dh mrh, lg la garu pakai sikat.. hehe~
    ntah2 kite bersalin sm kot?
    edd kite pun pertengahan bulan 11 jugak..

    ReplyDelete
  6. Nurul..Ada chance tu nak bersalin sama nnt.insyaallah..

    Tentang perut gatal tu, saya pun tak pernah lg garu pakai sikat..selalu gosok2 je. Kalau x tahan sgt baru menggaru guna jari.hehe..Takotlah strechmark muncul..huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...