MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Monday, August 1, 2011

STROLLER BABY..PERLU KE TAK?


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Wahh!! Pembuka kata kemain sopan gitu. Dah macam pembaca berita. Heh.

Hari ni 1st day puasa kan? Teruja tau nak abiskan puasa yang pertama ni. Pagi tadi kemain sungguh-sungguh bangun sahur kul 4 pagi siapkan lauk-pauk..lemah gemalai je aku memasak sekaliii tgk jam tinggal 15 minit je lagi nak imsak!! Bayangkan je la kabutnya kami laki bini makan nasik. Incik suami lagi laju..pasal dia nak kejar masa nak hembus asap lagi. Hahaha.


Okey okey..puasa, puasa jugaklah. Tapi hati nurani bakal mama ni tetap tak lepas dari menelek barang-barang anak..lebih teruja dari nak menelek baju raya ke kuih raya ke segala.

Buktinya???


Ya..semalam aku telah ter meng order sebijik stroller di sini untuk baby kecik dalam perut ni.

Rasa macam gila pulak.

Barang lain pun takde apa yang dibeli kecuali selai rompers Chealsea..tapi dah kemain beria meng order stroller dah. Entah betul ke tidak aku ni aku pun tak tahu.

Memang awal-awal dulu plan nak KIV dulu beli stroller and car seat sebab rasa macam tak penting. Tambah pulak dua menda alah tu la paling mahal sekali pun nak dibeli. Mahu berabis 5 6 ratus untuk dua benda tu jek.

Tetapi...tentiba semalam terjumpa ini.




tulsa jogger from sweet cheery



Mula-mula tu takdelah berkenan sangat sebab macam kecik.

Tapi bila tengok harga...

Wah!!! Boleh sangat ni. Aku pun bukan banyak duit sangat nak beli stroller yang harga 3 4 ratus tu. Heh.

Pastu mula lah sesi diskusi dengan incik suami. Okey ke tak stroller ni. Tak cukup incik suami, abis aku chat dgn famili kat KL pulak mintak opinion. Punyalah eksaited. Heh.

Sudahnya aku rasa macam okey kot stroller style jogger ni.

Boleh guna dari newborn sampai anak umur 4 tahun (0-18kg).

Ringan..lebih kurang 5 kg sajork. Jadi senang nak hangkut. Nak bawak turun naik flight pun senang.

Tempat duduk boleh laras. Tapi aku tak sure boleh laras sampai tahap mana. Rasanya tak boleh sampai baring kot..tapi takpelah. Its okey.

Kalau nak compare stroller ni dengan stroller yang harga lebih tinggi memang adalah bezanya, tapi bila aku pikir balik, baby aku nanti bukannya nak membesar 24 jam dalam stroller pun. Just nak guna untuk mudahkan pergerakan bila kita keluar jalan-jalan je. Jadi tak perlulah kot yang terlalu mahal.

Paling penting kena ikut kemampuan diri.

Ya..aku ngaku aku memang takde banyak bajet untuk stroller. Abis mahal aku boleh beli pun mungkin yang harga RM299.

Tapi dah jumpa yang ini...

Harga cuma......





RM129!!!


Harus aku order.

Tapi belum bayar lagi.

Heh.

6 comments:

  1. Salam Ramadhan bakal mama :p Mula2 tengok entri, rasanya x perlu kot beli awal2. Tp bila tengok harga...omaigod, memang patut beli. Hehehe...saya pon tak beli lagi. Duit habis ke breastpump n cloth diapers :p

    psst: x kisah kalau wan pilih nama amir . Makna pun baik kan. Lgpun kalau ada adik lg, (lg? :p), blh jd ketua, sesuai dgn makna nya. :)

    ReplyDelete
  2. Azlina..breast pump saya nak beli jugak tu...kopak lg poket mama and abah.huhu.

    Bab nama anak tu..yg sama tu bukan tang amir..tp yg satu lg. Ehhh..mcm dah ter reveal sikit pulak nama anak kat sini.=)

    ReplyDelete
  3. beli kat mana? murah gile.. kwn kat sekolah ada pakai stroller ni.. best je tgk anak die dlm tu..

    ReplyDelete
  4. Nurul...saya jumpa stroller ni katwebsite sweetcheeryonline.com. Cubalah klik..ada byk lg stroller, dan paling best harganya mmg murah dari harga kedai lain. serius!=)

    ReplyDelete
  5. agreed with Azlina...tak perlu beli awal2 stroller tu..sbb ms berpantang, dok kat umah jer kan...later br beli stroller, it's a MUST..mine dl beli ms baby dah 4months..mula2 mmg rase tak perlu, ingat nak pakai baby carrier @ baby sling jer...tp weight baby kan cepat naik, dah mula rase sakit bahu bila carry..plus sangat kesian bila baby nak tdo ms kita dok syok bershopping2 @ berjln2..so better beli stroller yg bole adjust smpi baring, baby bole tdo dgn selesa (ibu pon bole meneruskan misi bershopping dgn aman..hehe)..lg satu, better beli direct di mall kot..bole tgk kualiti stroller tu...sometimes, harga mmg murah tp quality kureng sket ( cam tak kukuh jer besi dia tu)...esp klu slalu turun naik flight..tau2 jer laa diorg handle camner ms nak letak dlm kabin..aigoo, terpanjang plak comment..hehe...

    ReplyDelete
  6. Good tips. Mmg tgh pikir2 nak beli stroller baby da nk masuk 6 bln..

    Follow me www.lovelyzaiz.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...