MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, August 3, 2011

KESIAN INCIK SUAMI


Balik-balik je sekolah tengah hari tadi..incik suami sambut di muka pintu dengan senyuman manis...tapi tak lama..kejap jek. Pastu terus muka jadi kelat macam teh o bubuh 5 keping uncang.


Incik suami: Abang kena marah tadi........................


Lor...patotla pun muka tak semanis madu. Kena sembur rupanya kat tempat kerja.

Beliau pun berceritalah dari A to Z kenapa mengapa di mana bagaimana segala tentang tragedi kena sembur di bulan puasa yang mulia ini. Aku jadi tukang dengar...

Sedih tahu!

Aku tak bolehlah nak cerita sebijik sebijik sebab musabab kenapa mengapa semuanya terjadi. Kang kena saman pulak aku dengan TUDM...parah pulak.

Yang pasti memang incik suami ada buat silap masa bekerja...tapi hukuman yang diterima amatlahhhhhhh tidak setimpal.

Menyayat hati okey?

Ibaratnya kalau kau tertinggal buku teks kat rumah, pastu cikgu denda berdiri tengah panas dari jam 7 pagi sampai balik selama 3 minggu berturut-turut.


Di bulan Ramadhan yang mulia ini.


Sanggup??

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...