MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Saturday, August 13, 2011

TERINGINNYA BUBUR KACANG HIJAU


Tadi aku tido petang. Dah lama rasanya tak tido petang, sesekali dapat lena petang-petang gini indah pulak rasanya.hehe.

Bila celik je mata..kepala aku terus terbayangkan satu makanan ni.





Bubur kacang hijau.


Teringin kot.

Ini semua gara-gara semalam la ni. Semalam aku pergi pasar ramadhan beli lauk pauk, tentiba terpandang satu mangkuk bubur kacang hijau yang makcik tu jual. Memang tinggal satu je lagi. Time tu aku takdelah rasa nak makan ke nak beli pun bubur kacang tu. Buat dekkk jek.

Tentiba bila ada sorang lelaki ni datang beli bubur kacang tu, barulah tentiba hati ni rasa macam nak pulak. Ngada.

Tadi elok ada depan mata kau buat dono je..bila dah ada orang beli baru hegeh-hegeh meroyan dalam hati kata teringin la apa la.

Terbawak-bawak sampai ke hari ni tahu rasa teringin tu.

Sampai termimpi-mimpi gamaknya.

Jadi..Sekarang incik suami tengah meronda ke pasar ramadhan tu, berharap sangat beliau bawak balik semangkuk bubur kacang hijau idaman hati.



Mengidam.



Update:
Baru call mama kat Ampang lepas je publish entri ni, rupanya mama masak bubur kacang hijau hari ni. Mama macam tau-tau je yang aku kat sini teringin sangat nak makan bubur tu. Kasih ibu kan....=)

3 comments:

  1. kak yong masak je la bubur kacang tu..kacang jek! hehe

    ReplyDelete
  2. Eiman..itulah husband kata..masak je la. Masalahnya kat dapur nun apa bahan pun xde..kacang hijau xde, santan takde, daun pandan takde..yang ada gula jek.haha.

    Lagipun bukan suka sgt mkn pun sblm ni..tentiba je tekak ni mengidam sgt.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...