MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Tuesday, August 9, 2011

MENU SAHUR PALING MUJARAB


Aduhai...seksanya menanti waktu berbuka. Kejap-kejap tengok jam..selang seminit tengok jam. Tak menyabar katanya. Mengalahkan budak kecik. Haih!

Oh ye, aku ada satu benda nak sharing maring kat sini. Tentang bersahur.

Aku ni memang spesis malas sahur. Dari zaman anak dara lagi aku memang pemalas nak celik mata bangun sahur. Nak bangun minum air pun kemain segan...takut mimpi indah hilang katanya. Hihihi.

Tapi sejak-sejak dah kawen ni kena jugaklah gagahkan diri bangun. Nasib baik incik suami bukan jenis time sahur mesti nak kena hidang nasik panas baru masak, lauk pun nak yang fresh from the kitchen aje. Beliau senang..aku panas-panaskan aje nasik and lauk belen-belen berbuka tu pun dia layan jek. Kau goreng telur mata dua biji, makan dengan nasik perangat *dipanaskan* bubuh kicap sikit pun dia laju je. Paling sorga bila dia kata tak mau makan, nak minum jek..memang best. Aku bancuh je air milo kesukaan beliau satu jag, dapat milo ais lagi melebar senyumnya. Senang.

Itu cerita laki aku.

Ini ha..masalahnya aku ni. Memang dendolu aku malas sahur, tapi bila dah membawak budak ni nak tak nak aku kena jugaklah makan sahur. Kesian kot kat anak kalau-kalau dia lapar siang-siang hari.

Jadi aku tetap akan makan. Macam mana pun aku akan makan sahur.

Tak dapat makan nasik, aku telan je koko crunch ke honey star ke yang ada kat dapur tu.

Dapat roti bubuh serunding pun layan jugak.

Tapi yang paling mudah, simple, dan mampu menahan lapar seharian adalah ini.


kurma madu yusuff tayuff. sedap.=)


Kurma.

Serius. Ini bukan bohongan.


Bersahur dengan kurma hatta 3 bijik je pun memang boleh buat perut kenyang sampai berbuka. Topup la sikit dengan minum air masak segelas dua. Memang bertahan.

Aku yang membuyong ni pun dah dua kali sahur makan kurma 3 bijik dgn air sejuk jek.

Baby tak lapar pun.

Heh.


Cubalah!

2 comments:

  1. serius actually kalau termiss sahur pun, baby still ok.. placenta memberi bekalan makanan yg cukup untuk baby

    ReplyDelete
  2. pengalaman menggandung n pusa tahun lepas mmg amalkan kurma je ms sahur, sbb mata mmg xleh nak bukak nk makan makanan lain.Alhamdulillah cergas je siang hari=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...