MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Thursday, August 4, 2011

BERBUKA PUASA DAN MEMBAZIR MEMANG SUSAH NAK DIELAKKAN.




Di satu petang di bulan Ramadhan...


Aku tanyalah incik suami, nak berbuka apa hari ni. Katanya tak payah masak lah, beli jek. Dalam hati aku..dah yes!yes! yes! dah. Letih woo..mengajar seharian..pastu nak masak lagi bagai dengan membawak perut ni. Minyak masak pun bukan ada. Jadi cadangan incik suami untuk membeli saja itu lebih menarik kelihatannya. *alasan.heh*


Aku ngajak beliau ke pasar ramadhan kat tengah bandar nun..mesti banyak choice banding dengan pasar depan umah ni..sikit nau pilihannya. Tak sedap pulak tu. Huhu.


Incik suami setuju..tapi dengan syarat dia pegi sorang, aku takyahlah ikut.

Ohhhh..ini tidak adil! Aku nak ikut jugak. Nak jugak pilih makanan sendiri. Ish..nak itot! nak itot! nak itot!

Incik suami tetap pujuk kata tak payah ikut..dia nak pergi naik motor jek. Senang..petang-petang gini jalan jem teruk kalau naik kereta. Aku pulak sekarang dah serender naik motor, tambah kalau nak jalan jauh ke bandar nun. Abis kebas segala kaki segala perut...sampai miss V pun naik kebas sama. Sakit.

Jadi redha je la incik suami pergi sendirian dengan syarat beliau mesti beli semua makanan feveret aku. Aku pulak takmau cakap nak makan apa..beliau mesti teka sendiri apa yang aku nak makan. Ceaaa! Sampai cenggitu merajuknya tak dapat ikut pergi pasar. Heh.

Sejam kemudian incik suami pulang....lalalalala.

Beliau bawak pulang ini.


Tu diaaa!!

Rasa nak keluarkan dialog gini jek..

"Bang oiii...pergi panggil anak-anak kita yang lima orang balik sekarang. Dah nak berbuka dah ni."


Banyak kot makanan dibeli. Macam dalam rumah ada anak lima orang dah aku tengok.


Entah berapa puluh hengget dia habiskan membeli ni semua.


Tapi yang bagusnya...

Semuanya adalah feveret food aku!!

Yeay!!

Seronoknya bila incik suami dah makin tahu selera tekak aku.


Murtabak...sampai 2 keping dibelinya. *yes..love murtabak*

Ayam percik...hoh yang ni sedap. *aku memang suka ayam*

Ayam rendang...pun suka..tapi incik suami yang makan kesemuanya. Heh.

Hati ayam masak kicap..*ini memang feveret ever. tambah lagi tgh pregnant gini, elok sangat makan hati ayam.Buat tambah darah*

Kuih dan muih....banyakkkkk! Aku kira-kira kuih muih saja dah lima hengget! Tapi semua aku suka. Heh.

Last sekali....

Yong tau fu....kau kalau nama yongnana tapi tak suka makan yong tau fu memang sia-sia je la kan? Haha..*tapi yong tau fu ini adalah tidak sedap. coi!*


Walaupun semua makanan aku suka...senyum panjang je bila hidang dalam pinggan, tapi pembaziran tetap berlaku.

Banyak kot makanan..gila ke nak habiskan.

Dan pengakhirannya..aku sempat lah bagi tazkirah ramadhan pada incik suami supaya tak beli makanan banyak-banyak lagi lepas-lepas ni.

Makan dua orang je kot..Anak dalam perut apa sangatlah dia makan. Heh.

Hasilnya...juadah berbuka semalam adalah tidak membazir lagi dah.

Habis kesemuanya..

Sampai gambar pun tak sempat nak snap..liciiinnn!


2 comments:

  1. organ dalaman haizan tak bagus untuk kesihatan.
    jangan terpedaya kalau kata organ dlm boleh buat tambah darah la apa la.

    ikutkan logik,hati tempat proses darah,semua darah kotor diasingkan dengan darah bersih la apa bagai.
    elok ke?

    Islam jgk tak galakkan makan organ dalaman haiwan.

    kalau ada yang salah,betulkan lah

    :)

    ReplyDelete
  2. Iqbal..ntahlah, tak pandai sgt nak kaji makanan ni. Yang tau doctor suruh makan lebih organ2 dalaman macam hati, paru, kerang pun okey untuk tambah darah..

    Huhu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...