MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Monday, August 22, 2011

Mak Buyong Dan Baju Rayanya...



Hari ni sudah 22 Ramadhan...

Yeayy!!

Dah tak lama dah nak raya. Tak sabar nak balik kampung. Rindu sangat dengan semua famili and saudara mara kat semenanjung nun.

Tapi yang tak bestnya................




Raya kali ni aku balik kampung tanpa incik suami. Sob sob sob.. Incik suami kena bertugas pada hari raya, beliau cuma mula cuti pada raya kelima iaitu 3 September. Aku pulak 3 September tu dah nak balik ke Labuan balik dah. Jadi tahun ni nampaknya memang incik suami tak berkesempatan balik beraya kat kampung halaman..kesian.


Yang aku pulak tiket flight dah beli awal sebelum tahu yang incik suami tak dapat cuti raya. Dah tu, nak di burn kan tiket terasa sayang pulak..nak ditinggal suami beraya sorang-sorang kat Labuan ni pun tak sampai hati jugak. Memang berbelah bagi hati ni.

Lepas dah bincang dari hati ke hati dengan incik suami, beliau dengan ikhlas hati mengizinkan aku pulang berhari raya di semenanjung. Banyak kali jugak aku tanya, betul ke dia izinkan...ikhlas ke..redha ke...beliau sungguh-sungguh jawab ya.

Jadi dengan izin suami terchenta aku akan pulang ke semenanjung "berdua" dengan baby 29 Ogos nanti. Sehari sebelum raya..ohh memang feeling.

Suami pun awal-awal dah belikan aku sepasang baju raya...sehelai maxi dress warna ungu. Cantik. Aku suka.

Mulanya pikir tak payahlah beli banyak-banyak baju raya tahun ni. Badan pun dah membadak, baju raya pun memang takde selai pun yang dihantar ke tailor..jadi malas lah nak beria sangat tahun ni. Incik suami pun bukan ada di sisi di hari raya..huhu.

Sekaliii....


Sehingga jam 9 pagi tadi, aku kira-kira aku dah punya 4 pasang baju raya!!


Oh yeahhh!!


Tentiba baju raya beranak jadi empat helai. Hehe..


Tapi takpelah, sebab semua baju pun jenis maternity dress. Boleh aku pakai sampai lusuh untuk tempoh 3 bulan akan datang ni. Lepas bersalin pun boleh pakai lagi. Insyaallah...jadi rasanya tidaklah membazir sangat kan? Ceaaa! Menyedapkan hati.


Aku suka ohh baju raya aku.



Maxi dress..turqoise in colour.

Tahun ni mak kata dia pakai baju kaler turqoise...jadi harus sang anak membeli baju warna yang sama. Sedondon itu wajib. Haha.




Nursing + maternity kurung.

Berbaloi beli baju kurung ni, time preggy boleh pakai..time menyusu badan nanti pun boleh pakai. Pakej 2 dalam 1 katanya. Hehe.

Aku pilih kaler ungu jugak walaupun incik suami dah beli baju kaler ungu sebelum ni. Ini semua gara-gara adik perempuan aku si Ninie tak jumpa baju kaler turqoise..dia jumpa baju kaler ungu jek....jadi kalau dia nanges-nanges takde geng pakai baju kaler ungu..mehlah kakak mu ini temankan pakai baju ungu jugak. Nak sedondon aje famili aku ni. Haha.


Lagi dua helai baju takyahlah upload.


Malas pulak nak cari gambar.


Apa cerita baju raya anda??

Kongsilah!

7 comments:

  1. yongnana, kite serius xtau nak beli baju raya apa untuk 7 bulan perut ni... thanx tau letak link baju, kite nak g tengok skangg heeheee

    thanx thanx!!!!!

    ReplyDelete
  2. hati2 balik kg sorang2 tu yong ye..semoga selamat sampai dan bole melaram dgn baju2 raya nanti :)

    ReplyDelete
  3. kak 3 ogos tu br hari puasa yang ketiga la...hehehe

    ReplyDelete
  4. dd..cepat cepat..kalau lambat nnt abis.hehe

    Princess Nur..thanks ya! Selamat Hari Raya!

    Eiman..eh eh yelah..salah taip pulak..patotnya 3 September..haha..malmaklumlah...puasa..nak pikir pun takde kudrat.haha.

    ReplyDelete
  5. BW blog m2b =)

    waniey pon beli baju raya kt mumdreams..a bit pricey, but worth it ;)

    http://umiwaniey.blogspot.com/2011/07/makyong-dah-ada-baju-raya-weeeee.html

    ReplyDelete
  6. Waniey..saya tak dpaat nk try lg baju yg beli kat mumdreams tu sebab order on9..deliver pun ke Ampang..best ek pakainya? Hrp2 la suit kat badan..kalau tak, tatau la nak lantingkan ke siapa.huhu

    ReplyDelete
  7. okla jugak,tp kena try sana.memula amik XL sbb rase perut besar,tp geleber tang ketiak pulak.last2 amek L je.tapi kalo waniey da 9bulan nti agak sendat sikit kot =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...