MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Thursday, August 18, 2011

BILA SUAMI MENGIDAM



Tengah bersiap-siap nak ke pasar Ramadhan tadi..tentiba incik suami call.

" Ayang, nanti tolong belikan abang karipap dua henget ye."


" Baikkkkk."


Itu antara intipati penting perbualan kami tadi.

Beliau mahu makan karipap kentang sebanyak dua hengget hari ni.

Selalu pun memang incik suami suka makan kuih karipap, tapi takdelah sampai dua hengget. Selalu beli singgit jek sebab aku mesti akan beli karipap sardin pulak singgit. Yep, kami laki bini memang hantu karipap. Huhu.


Dan selalunya, aku yang akan call beliau tanya nak makan apa sekian sekian. Bila hari ni beliau yang call dulu buat order nak makan apa, maknanya memang pakcik tu nak sangat la makan karipap hari ni.


Wajib beli.


Berjalan lah aku sorang diri bawak perut ke pasar ramadhan nun. Gerai pertama dituju haruslah gerai kuih karipap.


Tapi................malangnya kakak tu tak meniaga hari ni.

Hampa.


Berpusing la aku satu pasar mencari kuih karipap di gerai lain.


Pun takde. Habis semuanya.

Jadi aku beli je la kuih lain mana yang ada.






Kuih seri muka, kuih pulut sambal *tak pernah makan*, kuih lapis.


Sikit pun takde rupa karipap.

Dengan perasaana hampa berjalan la aku nak balik rumah. Tapi dalam hati tak putus-putus dok pikir..suami-karipap-suami-karipap-suami-karipap.

Haih!

Tak boleh jadi ni.

Aku kena patah balik ni cari jugak kuih karipap sampai jumpa. Belah hujung-hujung sana sikit ada jugak orang meniaga..tapi jauh sikit la nak kena jalan. Tapi takpelah..suami punya pasal...

Maka patah baliklah aku dengan misi mencari kuih karipap kegemaran suami.


Dan tahu apa??


JUMPA!!!


Dan yang lagi best nak tahu apa??


Gerai tu pun jual karipap yang sama dengan karipap yang selalu kami beli.

Yeay!!



karipap kentang kegemaran suami


Karipap sardin feveret aku pun ada di gerai tu.

Suka!

Alhamdulillah..

Kalau niat kita baik, tentu Allah akan tolong kan?

=)

Aku senang hati sangat.


Biarpun sedikit penat sebab terpaksa berjalan jauh sikit dari biasa, tapi demi menyengangkan perut suami kesayangan...


Apa ada hal kan??












p/s: Tadi incik suami call lagi tanya dah beli tak kuih karipap dia? See?? Betul mengidam pakcik tu..huhu

2 comments:

  1. buka sakan la.. tp sy bila perut mkin besar, x bleh nk mkn bnyk2.. senak..

    ReplyDelete
  2. Farhanna..btul3..skrg ni tak boleh nak makan byk2 sekaligus. Senak perut..Kena makan sikit-sikit. Kalau incik suami iyelah..aym kfc sekali balun 4 ketul pun jalan jek. Haha..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...