MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Thursday, August 25, 2011

Baby Moving....Precious Moment.


Baby moving..

Kalau dapat rasa memang best.

Ramai jugak yang tanya, camne rasanya baby moving tu. Hurmm..kalau nak jawab soklan ni memang amik masa jugak nak jawab sebab tak tau nak describe camne.

Masa awal-awal dulu rasa macam ada angin-angin atau rama-rama terbang dalam perut.

Pastu lepas beberapa miggu rasa macam perut tersedu-sedu.

Makin lama rasa macam ada ombak laut dalam perut.

Dan sekarang aku dah mula rasa tendangan dan tumbukan manja sang anak.



Soooo precious!


sekadar gambar hiasan. Aku belum lagi ada can nak tengok tapak kaki anak melekat kat kulit perut cenggini.huhu



Sejak dua tiga menjak kebelakangan ni, aku selalu nak share rasa pergerakan baby dengan incik suami. Bila aku tengah baring-baring, relaks-relaks dan tentiba dapat rasa baby tendang-tendang sampai terjungkit perut..cepat-cepat aku tarik tapak tangan incik suami letak kat perut.


Incik suami menunggu dengan penuh debaran..

satu saat..

dua saat..

empat saat..

seploh saat..

Nothing.

Hampa pakcik tu.

Elok je incik suami angkat tapak tangan dari perut...budak kecik dalam perut ni mula balik buat aksi dancing lalala...berdenyut-denyut perut aku. Heh.

Nampak macam baby pandai kesan mana tapak tangan mamanya..mana tapak tangan abah. Sengaja dia takmau abahnya rasa dia moving-moving...nasiblah ye abahnya.


Incik suami punya kecewa sampai sanggup.....................






















Berjaga tengah-tengah malam, sengkang mata beberapa minit..

hanya untuk letak tapak tangan atas perut aku yang tengah syok tido..


Nak curi-curi rasa baby bergerak la tu...


Kannnn?





Hehe..


Baby..pehlislah sesekali bagi abah rasa aksi dancing lalala kamu itu.

Kesian abahhh.

4 comments:

  1. aloloo..soo sweet.take care diti dn baby elok2 tau =)

    ReplyDelete
  2. baby sy suke expose.. kalau ayah die pegang pun, die akan respons.. skang dah pandai main siku.. hehe~ rasa macam ada kawan kan kalau duduk sorang2.. =)

    ReplyDelete
  3. Khumaera..i will. Thanks ya!

    Jawatankuasa PPDa..hamboi nickname kemain jawatankuasa lagi tu..hehe..Bestnya baby dah pandai main siku.mesti senak perut kena siku dek anak..hehe. Mmg btol, skrg ni kalau duduk sorang2 rasa macm ada kawan buat sembang..seronok!

    ReplyDelete
  4. hehe.. wan, tu blog sekolah.. ter comment masa tgh update blog dadah pulak.. masa mula2 preggy, rasa mcm x nak dh lepas ni.. bila die dh besar mcm ni, rasa mcm best sgt.. huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...